Genre novel di Malaysia.. ke mana kita?

Rabu, September 21, 2005
Apakah Genre novel yang menjadi kesukaan peminat-peminat novel di Malaysia? Adakah mereka hanya memilih cerita yang hanya bertemakan cinta semata-mata? Atau sebenarnya penulis-penulis di Malaysia yang tidak mahu mencuba genre-genre lain dengan alasan "tidak berbaloi" atau "tak pulang modal"?
Bukan apa, kadang-kadang mahu juga tahu selera sebenar rakyat Malaysia supaya senang untuk penulis-penulis baru seperti saya menulis novel yang disukai....
http://dbp.gov.my/dbp98/majalah/saster21/mac/ds03fok4.html
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 1:59 PTG, |

7 Comments:

  At 3:41 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Saya menyukai novel yang mengandungi pengajaran berguna dan dapat memberikan kepuasan setelah seseorang itu membacanya.

Mmg tidak dapat dinafikan yang tema cinta itu penting tetapi janganlah sampai ia menjadi begitu ringan dan meleweh-leweh sangat. Nanti pembaca jadi bosan plak

Apa yang saya lihat Novel Creative memang berat sementara alaf21 pula lebih kepada novel yang lebih santai dan ringan. Mungkin fokus mereka tertumpu kepada dua golongan yang berbeza.

P/S: Ur novels are good.. I have read both of them :)

*member RJ gak*
  At 9:57 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
John,
i like both ur novels. please write as you like. keep up the excellent work and good luck for ur new novel.

sooo looking fwd to "Cinderella Cinta"
  At 8:04 PG Anonymous Tanpa Nama said:
John!
Buat jer apa yang hang buat sekarang nih! Dah ok dah tu!! Lgpun aku lebih suka baca cerita yang bukan setakat cinta ajer... cam TASB ler, ada kisah cinta tetapi tema utamanya adalah kasih sayang keluarga dan persahabatan..

Any way congrats to ya for TASB!
  At 1:12 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Ramlee Awang Murshid mengetengahkan cerita thriller dan dia salah seorang novelis yang terkemuka di Malaysia :)
  At 1:14 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
John... buat ler cerita-cerita adventure ker, Fantasy ker... Rasanya ramai juga pengikut-pengikut genre ini di Malaysia
  At 3:35 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Terima kasih kepada yang memberikan komen... Sal, tak reti ler nak buat cerita fantasy dan adventure
  At 11:57 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Assalamualaikum John,

jumpa lagik kat sini...heheh Asnawi World! sukalah kat character Asnawi, Abang Asnawi, Pakcik Asnawi...nawi mmg world!

sorry belated happy besday to u...heheh dan

selamat meyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita diteguhkan iman dan taqwa serta ditetapkan kaki di atas titian sirat hamba-hambaNya yang soleh.

Sahabat Sejati Setia Abadi
Luvinna