MENGIKUT ARUS
Isnin, September 19, 2005
Assalamualaikum semua,
Saya kembali semula untuk menulis blog. Blog baru yang dinamakan sebagai blog TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG. Mungkin masih ada yang mengingati blog bahasa Inggeris Clutterworld (dan juga Sempadan Tanpa Seri) yang saya tulis dulu. Untuk pengetahuan semua, saya sudah tidak lagi meng'update' kedua-dua blog terbabit. Saya tidak dapat mengikat janji untuk menulis dan terus menulis kedua-duanya.
Jadi kenapa kini saya mahu menerbitkan blog baru?
Hmmm... Entahlah tidak tahu apa yang membuatkan saya tergerak hati semula untuk melakarkan diari rasa saya di laman maya internet ini.
Mungkin kerana ia adalah trend terkini di mana setiap orang punya diari online (atau jurnal harian mengikut interpretasi masing-masing) sendiri.
Atau mungkin juga ia adalah sesuatu yang normal untuk seorang penulis berinteraksi dengan peminat sastera sekaliannya.
Mungkin juga kerana teman-teman telah memberi nasihat bahawa saya sepatutnya mula menulis kembali di dalam blog.
Walau apapun, saya akan cuba agar blog baru ini tidak menjadi 'sejarah' sebagaimana kedua-dua blog yang disebutkan di atas tadi.
Jadi bagaimana saya berhadapan dengan blog kini?
Hmmm... mungkin benar juga kata orang, sesuatu perkara yang mudah sehingga petik jari aje pun boleh siap, tapi bila sudah ditinggalkan lama, segala skil tu akan menghilang entah ke mana. Tak reti nak buat apa-apa lagi. Macam si buta yang kehilangan tongkat. Dan inilah yang saya hadapi ketika nak mula buat blog baru TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG ni hehehe... PAYAH!
Segala yang dipelajari ketika buat blog dulu terpaksa dipelajari semula... saya terpaksa UN-Learn dan RE-Learn semula. Terpaksa merangkak dari bawah. Pendek kata, saya sudah tidak tahu apa-apa lagi tentang dunia blogging ini.
Inilah yang menjadi ketakutan saya. Adakah perkara ini (kesukaran mencipta blog baru) juga akan turut berlaku kepada penulisan saya? Hmm.. sudah hampir tiga minggu terkulat-kulat di hadapan skrin komputer tanpa dapat menzahirkan sebarang idea. Akal jadi berkarat dan terus berkarat sampai nak menghadap komputer pun malas.
Apa akan jadi bila suatu hari nanti saya juga terpaksa mempelajari semula bagaimana untuk menulis novel?

17 Comments:
« back home
Catat UlasanUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Akum..
Liza kat sini... dah baca dah STS ngan Tunjukkan... Bintang... BEST! Teruskan usaha dan semoga terus menulis di blog ini :)

Semoga terus berkarya dalam memartabatkan dunia penulisan melayu
John!!!!
Ms. Lonely ni :)
Jangan berhenti menulis dan mempersia-siakan bakat yang ada tu.. Insya Allah
Ala senang ajer, pergi bercuti ke mana-mana, release tension sket dan kemudian baru continue tulis balik

Terimakasih Anynymous dan As.. saya akan terus menulis lagi dan lagi...
Ms. Lonely, sebab banyak bercuti ni lah otak jadi berkarat untuk menulis hehe

akal berkarat, john? welcome to the club....! dah isi borang?
Hahaha... belom lagi nak isi borang.. kejap lagi ni!!!
Tahniah. Jangan biarkan idea berkarat. Teruskan menulis blog dan jugak novel... dah baca STS sebab ada word Seri.
Hehehe.. terimakasih Seri kerana memberi perangsang untuk JN terus berkarya. Aduhai Najwa... nasib baik lom isi borang lagi :)
Assalamualaikum John.
Selamat berblog semula. Lama tak jumpa ya....

Waalaikum salam Kak Salina! Apa khabar hehehe.. memang lama kita dah tak jumpa. Ari tu tak jumpa pun di pesta buku Kuantan?
P/S: nanti kita link kan blog kak Salina ke sini ya?

assalamualaikum john...
saya dah baca Sempadan Tanpa Seri...Besh!! saya suka baca cerita tu heheh...congratulation!
Baru hari ni saya dapat tau novel terbaru dari John...Tunjukkan aku satu bintang...sbb terbaca kat relekjab yahoogroup..
saya harap john dapat teruskan menulis cerita/novel2 yg besh2 dan world! heheheh
*sahabat sejati setia abadi* Luvinna

Terimakasih Luvinna...
Saya akan cuba untuk buat novel yang world gitu!! Hehehe..
Cubalah dapatkan Tunjukkan Aku Satu Bintang.. gerenti tak mengecewakan... :)

assalamualaikum....john,
saya akan cuba cari Tunjukkan Aku Satu Bintang weekend ni...ok!..hehehe
*sahabat sejati setia abadi* Luvinna
saya akan cuba cari Tunjukkan Aku Satu Bintang weekend ni...ok!..hehehe
*sahabat sejati setia abadi* Luvinna
OK.. Jangan lupa nanti bagi komen kat sini ek! :)
assalamualaikum....john
komen??...insyaAllah..:)
*sahabat sejati setia abadi* Luvinna
komen??...insyaAllah..:)
*sahabat sejati setia abadi* Luvinna
Waalaikum salam Luvinna..
Hehehe nak tahu juga reaksi orang yang membaca novel saya.. barulah nanti dapat menghasilkan yang lebih baik lagi :)