Sentimental ATAU mental?

Khamis, September 29, 2005
Sudah beberapa hari badan tidak berapa sihat dan minda mengalami tekanan perasaan. Dan saya seakan-akan sudah hilang "mood" untuk melakukan apa-apa sama ada kerja formal (kerja di pejabat) atau pun kerja tidak formal (menulis). Semuanya berpunca dengan 3 tawaran kerja baru untuk bekerja di tempat lain. Perlukah saya menerima salah satu dari tawaran dengan gaji lumayan itu atau terus sahaja bekerja di tempat sekarang ini?

Benar. Ada pro dan kontra jika saya menerima/tidak menerima tawaran berkeja di tempat baru ini:

Pro.
1) Peluang menimba pengalaman baru di dalam bidang kejuruteraan industri.
2) Gaji yang lebih lumayan.

Kontra.
1) Tidak tahu bagaimana "workload" ditempat kerja baru - adakah nanti saya punya masa untuk menulis atau tidak??

Dan pro dan kontra jika saya terus menetap di sini:

Pro
1) Sudah kenal dengan semua orang.
2) Mudah membahagikan masa untuk menulis di sebelah malamnya.

Kontra
1) Menjadi "stagnant".
2) Gaji yang tak naik-naik/lambat naik.

Neutral.
Bak kata seorang teman, hidup ini tidak menentu dan segala-galanya penuh dengan perjudian. Kadang-kadang memilih sesuatu yang baru akan memberi kepuasan yang tidak pernah kita kecapi sebelum ini TETAPI kadang-kadang juga, ia akan membawa kemudaratan yang menyebabkan kita menyesal seumur hidup.
Sama ada kita berani untuk menongkah arus atau terus hanyut dengan keadaan sekarang, segala-galanya di tangan kita...

Banyak lagi faktor lain tetapi sekurang-kurangnya itulah yang dapat saya fikirkan. Ada orang memikirkan soal kewangan, ada yang memikirkan tentang kepuasan bekerja semata-mata dan ada juga yang mementingkan kedua-duanya.

Saya?
Saya mahukan kepuasan karier di dalam bidang kejuruteraan dan juga penulisan.

Entahlah.
Mungkin saya berpenyakit mental kerana masih lagi tidak dapat membuat keputusan untuk menerima tawaran bekerja dengan gaji yang lebih lumayan ini....

Atau saya terlalu sentimental kerana sudah terlalu lama bekerja di sini dan punya banyak memori manis sehingga sukar untuk meninggalkan tempat ini!!!!!
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 7:24 PG, |

11 Comments:

  At 9:18 PG Anonymous Tanpa Nama said:
JN...
buatlah sembahyang istihara' biar dia yang melorong yang terbaik buat dirimu....walau apa pun jua keputusan nya pasti ada keberkahan nya....yg pasti manis buahnya....insya'allah...

'sakit mental'....minta dijauh kan....ia adalah proses biasa apabila kita terpaksa membuat pilihan....
  At 9:27 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Terima kasih Klena... rasanya itulah yang saya harus lakukan.. sembahyang istikharah... semoga apa jua keputusan kelak akan menghasilkan buah yang manis... :)

Thanks a lot. Very.
  At 10:32 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Alamak kalu sakit mental, macam mana nak menulis lagi ni? :)

Berserah pada yang Esa, semoga Dia memberikan keputusan yang baik untukmu...
  At 11:02 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Sometimes u can't get both things in ur life. When u gain, there will always be something to lose.
  At 2:07 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
JN,
buatlah keputusan yg terbaik utk diri sendiri, salah satu caranya dgn sembahyang istikharah. Life is about choices. Whatever choice we make, will determine our future. Yg penting, fikirlah apa yg diri sendiri mahukan. Adakah keputusan tersebut adalah terbaik utk diri anda sendiri. Tempat kerja yg baru mesti berbeza dgn tpt sekarang. Tapi kalau kita sudah duduk ditempat yg selesa, kita perlu mencuba sesuatu yg baru, terutama kalau kita masih berpeluang berbuat demikian. Kalau tidak, kita tidak berpeluang mempelajari benda yg baru. Life is a learning process! Fikir fikir kan lah!
  At 2:24 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Sara.. betul apa yang saudari cakapkan tu Life is all about learning process.. saya akan memikirkan dgn semasak-masaknya! Thanks very much.

Sal, Insya Allah x akan sakit mental nanti.. hehehe

Anonymous,
U r most definitely right! :)
Relaks John... aku pun sebenarnya baru aja kerja kat tempat baru ni 2 minggu++

kerja ni macam kek john. semua org yg pernah makan kek coklat tau mcm mana rasanya. tp semua org tau yang rasa kek coklat, walaupun sama, tapi ada perbezaan rasanya kalau pembuatnya berbeza.

kalau nak rasa kek baru, there's no other option but to EAT it. mendengar org describe tak memadai.

got what i meant?
  At 10:02 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Bro.. memang caya lah kat hang... betol apa yang ko cakap... aku memang kene rasa kek baru nampak gayanyer...

Thanks man! Thanks alot! I appreciate that
  At 6:02 PTG Blogger NeroEcha said:
Saya rasa better pi rasa tpt br le..kerja gaji tak naik2 buat masa je...kat mana2 kerja pun mmg ade halnya..take as challenge john..Good Luck
  At 11:45 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Assalamualaikum John, jumpa lagi di sini...heheh

"Semoga kamu cukup kebahagian untuk kamu bahagia...cukup cubaan, dugaan untuk kamu kuat...cukup penderitaan untuk membuat kamu jadi manusia yg sesungguhnya...cukup harapan untuk membuat kamu positif terhada kehidupan" dan

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia hilang barulah manusia benar-benar terasa". dan

"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan...jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh musnah...tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana senyuman itu dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah".

Semoga John berjaya mencari jawapan...hehhe

Sahabat Sejati Setia Abadi
Luvinna
  At 9:40 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Nero, Luvinna terima kasih banyak-banyak.. Hehehe.. saya telah membuat keputusan untuk resign dan ke tempat lain