Melankolia rindu 2005 revisited
Selasa, Oktober 11, 2005
Pernah duduk menghadap mentari jatuh dan menyaksikan mentari tenggelam ditelan kegelapan malam?
Pernah berbaring di atas padang rumput hijau dan memandang bintang-bintang di angkasa?
Dan Setiap kali selepas itu, Pernahkah berasa suatu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata?
Sesungguhnya kehidupan adalah pengharapan kita terhadap diri kita sendiri dan manusia lain. Kita mengharapkan agar seseorang yang kita cintai itu mencintai kita. Dan bila dia tidak membalas cinta kita, kita jadi terluka dan terus melupakan segala-galanya – Hati yang gembira, Masa Depan dan Orang di sekeliling kita – sehinggakan kelukaan itu menjadi besar dan tidak dapat diselindung kan lagi.
Teman-teman bagaikan duri yang perlu dihapuskan kerana mengganggu kita. Nasihat ibu dan bapa bagaikan hilang di bawa angin lalu. Hanya kita seorang dengan dunia luka kita sendiri.....
Dan lagi kemudian, kita saling menyalahkan antara lelaki dan perempuan dan berkata bahawa lelakilah (atau perempuan) yang menjadi penyebab hati kecil kita dilukai. Lelaki (atau perempuan) itulah yang sengaja tidak mahu membaca gerak kasih kita. Hingga ada yang mencemuh dan dicemuh. Hingga ada yang terbawa emosi, memikirkan perkara remeh.
Seolah-olahnya – CINTA ADALAH SEGALA-GALANYA – dan sesiapa yang terluka adalah pengembara luka untuk selamanya.
Ada juga bermain cinta – mencari cinta bagaikan dunia ini tidak ada perkara yang lebih utama dari perkara hati. Bahawa siang dan malam adalah jadual mencari cinta yang tidak ada sudahnya.
Dan cinta mendominasi 24 jam perjalanan hidup. Kisah luka, Kisah Cinta Tidak berbalas, Kelab Jiwa Luka, Perang kerana Cinta sehingga kadangkala urusan yang sepatutnya lebih utama menjadi perkara kedua!
Kita terlupa bahawa kehidupan ini adalah Pengharapan kita kepada 1) YANG ESA, 2) diri kita sendiri dan 3) orang lain. Kita terlupa bahawa kita hanya hidup untuk sedetik cuma – tetapi sayang dalam sedetik cuma itu, kita tidak melakukan yang terbaik. Kita alpa dan leka dengan “cinta orang lain”, walhal Kita ada pengharapan kepada YANG ESA dan kita ada pengharapan kepada diri kita.
Mungkin dua yang teratas tidak begitu penting dan satu yang terbawah adalah amat amat mustahak melayari kehidupan yang sebentar cuma ini.
Kita terlupa bahawa kehidupan ini adalah milik – NYA, Kita terlupa banyak perkara kerana Melankoli Rindu yang fana!
Melankoli Rindu di hati,
Impian Pelangi,
Hadir ketika Petang menunjuk diri,
Dan Pelangi membawa hati –
Rajuk dalam sepi,
Ku Katakan – Bangun Kawan!
Kenapa begitu susah benar memberi tawa,
Kenapa begitu susah benar untuk membenam luka,
Engkau tidak dapat mengejar Pelangi petang yang tiada,
Kenapa begitu susah benar untuk menerima nyata?
Melankoli rindu,
Hanya ada pada mu,
Tidak ada cinta yang bertamu,
Hanya senyum dan mainan ombak laut biru!
Lupakan seketika cerita cinta, langkah ke hadapan dan jangan menoleh pada mimpi semalam. Sesungguhnya tidak ada apa yang engkau dapat jika mengejar mimpi yang tiada.
Akhirnya engkau sendiri yang akan tersungkur dan menangis. Di dalam Proses yang menyakitkan itu – Engkau akan terlupa pada Tuhanmu dan Dirimu. Engkau akan jadikan kelukaan ini sebagai satu beban – sehingga memakan dirimu sendiri!
Hanya kerana orang lain yang melukakanmu – Engkau masih tidak mempunyai tiket untuk menyakitkan dirimu sendiri!!!!!

7 Comments:
« back home
Catat UlasanBenar john.. cinta yang lebih agung ialah cinta kepada PENCIPTA
Hanya kerana orang lain yang melukakanmu – Engkau masih tidak mempunyai tiket untuk menyakitkan dirimu sendiri!!!!!
Benar apa yang dikatakan itu
Benar apa yang dikatakan itu
Luahan hati john ke ni?
Bukan luahan hati saya.. sekadar mencoretkan apa yang terlintas di fikiran
very nicely written....
Thanks hehehehe
It's true... food for thought