CINDERELLA CINTA
Rabu, April 19, 2006
Saya sudah mula menulis kembali manuskrip CINDERELLA CINTA yang terbengkalai akibat serangan virus di dalam komputer saya beberapa bulan yang lepas. Penat juga menaip kembali ayat demi ayat, perenggan demi perenggan! Tetapi demi untuk menunaikan janji saya kepada kak Nida, editor CREATIVE ENTERPRISE yang banyak mengajar saya di dalam menempuhi dugaan sebagai seorang penulis profesional, saya cuba juga untuk menguatkan semangat ini.
Tetapi mungkin ada rahmat yang tersembunyi di sebalik semua yang tersurat. Dan satu perkara yang saya faham kini, saya dapat menguatkan kembali jalan cerita CC – segala yang kurang dan tidak relevan di dalam plot cerita dapat diperbaiki dengan lebih mudah. Seolah-olah saya sedang mengedit cerita orang lain pula!
Adakah CC istimewa? Ya! Bagi saya CC terlalu istimewa. Mungkin juga kerana ia adalah catatan peribadi mengenai pencarian cinta. Mungkin juga ia mengangkat pengorbanan seseorang (tidak kira lelaki atau wanita) sama ada untuk terus bertahan dengan cinta lama atau memulakan hidup baru dengan kehidupan yang seratus peratus berbeza dari yang asal.
Dan yang lebih penting lagi, ia adalah novel yang lain dari yang lain.
CC mengangkat plot cerita dari perspektif seorang wanita bernama LARA MIA. Segala nya yang berlaku berkisar pada kehidupan Lara Mia, tidak ada orang lain. - Dari awal hingga lah ke akhir. Setiap pergolakan dan konflik walaupun yang dialami oleh orang lain, akan dilihat/dialami dari kaca mata wanita ini.
Di dalam novel Tunjukkan aku Satu Bintang atau Sempadan Tanpa Seri, cerita diolah dengan mengambil kira perkembangan plot dari perspektif Asnawi, Daniel, Jeslina, Ida, Father Thomas, Saripah Aloyah, Khairul, Madam Judith (TASB) dan Asnawi, Zalina, Patrick Thornston, Elizabeth @ Fatimah, Zainab, Dato Mansur (STS) dan lain-lain.
Tetapi tidak CINDERELLA CINTA. CC adalah “kehidupan” saya dan anda semua. Bagaimana saya dan anda semua melalui kehidupan seharian kita di dalam keadaan yang penuh pancaroba ini, begitulah juga dengan CC.
Jadi secara am nya, bila seseorang membaca CINDERELLA CINTA, seolah-olah, dia sedang membaca tentang perjalanan dan sejarah hidup nya sendiri. Tetapi jika kehidupan seseorang itu “biasa” sahaja, terlalu monotoni, tidak ada yang menarik nya, MAKA segala-galanya akan menjadi lain dengan CC.
Melalui CC, kehidupan itu akan menjadi begitu kompleks bersulam dengan konflik yang penuh debaran, kegembiraan dan ada kala nya menyayat hati.
Di situlah cabarannya mengolah CINDERELLA CINTA!

3 Comments:
hahahahah! biaser ler cam biskut chipsmore
biskut chipsmore pun xlah hilang smpi berbulan2.... hehehehe... aja aja huaitin!
sarangheyo!!
sarangheyo!!
welcome back!!! hidup lagik rupanya blog ni ya! ingatkn akan bungkus gks cam yg dl2 tuh! hehehe... waiting for ur new 'miracle'!!