Sajak untuk siapa?
Jumaat, Mei 05, 2006
Sempadan Tanpa Seri,
Fana dalam mencari diri,
TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG,
Buat mewarna sesuatu yang telah hilang...

Ini adalah salah satu sajak yang diabadikan dalam buku TASB. Kalau selak muka surat yang pertama tu, anda akan menemuinya di situ. Dan secara peribadi, saya benar-benar menyukai sajak ini.
Mungkin ramai yang perasan betapa saya selalu memasukkan sebaris dua sajak di dalam hasil karya saya. Mungkin inilah yang dikatakan "trademark", saya tak tahu... tapi yang pasti, bagi saya, sajak-sajak ini pelengkap kepada sesuatu cerita.
Kerana sebaris sajak tidak hanya menceritakan sesuatu tersurat sahaja.
Sajak punya seribu rahsia tersembunyi.
Dan walau sejuta orang membacanya, mungkin ia masih lagi tidak dapat membuka rahsia yang cuba disampaikan oleh penulis asal sajak itu.
DAN KERANA ITU, SAYA GEMAR UNTUK BERSAJAK....

1 Comments:
« back home
Catat UlasanI Like that short poem of urs