Sneak Preview 2: Cinderella Cinta
Rabu, Mei 10, 2006
Dari biliknya, Mia dapat melihat jalan besar pekan Old Trafford yang menuju ke arah kota Manchester. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka tujuh. Malam sudah menjelma tiba tetapi dia masih dapat melihat rintik-rintik hujan di luar sana. Beberapa buah kenderaan bergerak perlahan walaupun jalan tidak berapa sesak.
Cahaya kuning menerangi jalan raya dan kawasan yang berhampiran dengannya. Di sebelah kiri, Mia dapat melihat bayang-bayang hitam sebuah gereja lama yang terbiar usang. Di perhentian bas berdekatan, sebuah bas dua tingkat berwarna oren pekat berhenti untuk menurunkan penumpang. Kelihatan teman serumah nya, Rahimah dan seorang perempuan tua berbangsa Inggeris turun dari bas itu. Kedua-duanya bergerak ke arah yang bertentangan, perempuan itu ke arah utara yang menuju ke pekan Old Trafford sementara Rahimah sendiri menuju ke selatan, arah rumah mereka.
Mia memandang langit kelam, seolah-olah mengharapkan rintik-rintik hujan segera menghilang. Nampak beberapa biji bintang di langit yang berawan. Nyata kehadiran bintang-bintang itu tidak dapat memberi sebarang seri di wajah malam. Malam musim bunga ini yang sepatutnya panas dan menenangkan. Tetapi segala-galanya sejuk. Segala-galanya kaku!
Ke mana bintang-bintang pergi? Ke mana hilangnya seri malam?
“Bintang-bintang akan berhijrah ke selatan Eropah bila musim dingin tiba. Jadi kita tidak dapat melihat bintang-bintang pada musim dingin di Manchester. Tetapi engkau dapat melihat banyak bintang-bintang di sini!” Ah! Suara itu kembali lagi dari dalam kenangan yang tidak jemu-jemu diingati sampai bila-bila. Bagaikan oasis yang menghilangkan seluruh dahaga. Bagaikan bayu segar yang menghilang segala kepenatan.
“Jadi kenapa aku dapat melihat bintang-bintang ketika musim sejuk yang lalu?” Mia bertanya kepada suara itu. Seolah-olah nya kenangan lama bersatu menjadi realiti di hadapan mata. Dia kini melakonkan semula watak nya sendiri satu tahun yang lepas.
“Itulah bintang-bintang yang kesepian. Mereka kehilangan arah bila pasangan mereka hilang tanpa dikesan. Tetapi engkau dan aku... kita tidak akan hilang ditelan masa. Kerana itu kita di sini dan sedang melihat bintang-bintang indah yang berteritip di atas sana!” Suara itu kembali lagi. Seolah-olah Mia kini sedang berhadapan dengan pemilik suara itu.
“Engkau bohong! Bintang-bintang tidak boleh bergerak!” Dia cuba menafikannya. Dan suara itu tertawa. Ah! Tawa yang sungguh indah. Bagaikan seluruh alam tertawa bersama nya.
“Aku tidak pernah berbohong, Mia. Kerana cinta kita bagai bintang di atas sana!” Ah! Tiga tahun yang lalu. Tiga tahun yang penuh cinta. Seolah-olah dia kembali semula ke tempat itu. Tempat rahsia mereka berdua. Tempat mereka memadu cinta yang suci. Pelabuhan Dover di selatan England.
Dia dan sang arjunanya, Edri. Kasih yang tidak akan lenyap sehingga ke akhir zaman. Edri.
Lelaki itu bagaikan masih ada di sisi Mia. Membelai rambutnya sambil menunjukkan setiap buruj bintang dan nama mereka. Mia dan Edri. Uda dan dara selamanya. Mereka tertawa bersama. Mereka menangis bersama.
Mia memejamkan mata nya. Dia seolah-olah dapat mendengar kembali deruan ombak laut yang memecah pantai. Di sekeliling mereka, deru angin bertembung dengan dinding bukit batu kapur putih yang bagaikan menara istana lama itu. Bunyi camar-camar liar masih lagi riuh menangkap ikan. Edri di sisi nya, sibuk menghidupkan bara api bagi memanggang ayam dan sosej daging.
“Edri... tempat ini begitu cantik!” Masih lagi terngiang-ngiang di fikiran Mia perkataan yang diucapkan nya ketika melihat keindahan alam milik Tuhan itu. Dia berdiri menghadap laut, membiarkan bayu segar membelai rambut panjang nya yang beralun mengikut lagu laut yang sedang bergelora. Edri cuma tersenyum.
“Ed... aku tidak mahu berpisah dengan engkau!”
“Aku juga tidak punya kekuatan untuk meninggalkan engkau!”
Mia menatap Edri. Dia suka melihat mata bundar lelaki itu. Dan senyuman Edri. Dan lesung pipit Edri. Dan alis kening Edri. Ah! Dia suka melihat segala-galanya tentang lelaki itu. Edri yang tersayang.
“Bukit batu kapur ini punya legenda tersendiri...” Beritahu Edri ketika mereka sedang duduk menghadap mentari yang terbenam.
“Dahulu, di sini tinggal seorang puteri yang cantik. Bila seorang ahli sihir mahu mengahwininya, puteri itu menolak permintaan ahli sihir itu. Akibatnya puteri itu disumpah lalu menjadi seekor angsa yang cantik. Cuma di sebelah malam sahaja ia akan bertukar menjadi puteri tadi. Akhirnya dia bertemu dengan putera raja yang jatuh cinta dengan puteri itu...” Ujar Edri sambil memandang laut yang membiru di hadapannya.
“Lalu adakah mereka bahagia selama-lamanya?” Tanya Mia pula ingin tahu.
“Tidak... putera itu meninggalkan puteri tadi lalu mengahwini orang lain. Puteri itu menjadi sedih dan membunuh dirinya dengan terjun dari bukit-bukit yang tinggi ini!”
“Kau jahat! Aku tidak mahu mendengar cerita yang sedih ini! Dan aku tidak akan membenarkan engkau meninggalkan aku!” Edri tertawa sementara Mia pula pura-pura menarik muka marah. Tetapi akhirnya mereka tertawa senang. Tawa yang meriangkan alam.
Mereka tidak tidur malam itu. Mereka duduk bersama sambil mendengar lagu laut dan malam yang bercahaya indah. Edri memberitahu Mia bahawa mereka sedang berada di taman bintang. Taman bintang mereka yang akan kekal ke akhir zaman. Dan tidak ada sesiapa pun yang dapat merampas nya dari mereka berdua.
Di bawah langit pelabuhan tua itu, di dalam dingin malam yang menyentuh tubuh, Edri dan Mia mengira bintang-bintang infiniti – bagaikan yakin kebahagiaan mereka juga seperti itu, tidak ada akhirnya. Edri di sebelahnya merenung jauh. Memaku pandangan ke arah bintang-bintang di wajah malam, walaupun dia kira pandangan Edri menembusi jagat raya dan bintang-bintang yang bergemerlapan malam itu!
“Bintang-bintang di atas sana bagaikan raja dan permaisuri agung. Dan mereka akan duduk di sana selamanya. Dan bintang yang kita lihat semalam masih tetap bersinar indah malam ini... tapi...”
“Tapi?”
“Tapi cinta kita bagaikan bintang-bintang infiniti,
Di atas sana,
Engkau mungkin dapat melihat bintang semalam,
Sekali lagi malam ini,
Tetapi siapa tahu?
Bintang-bintang di atas sana,
Adalah geografi rindu,
Gugusannya mungkin telah berubah,
Sementara sinarnya mungkin sudah tidak sama seperti semalam,
Engkau juga mungkin sudah tidak dapat melihat,
Bintang yang sama malam ini,
Tetapi cinta kita tetap bersinar selama yang mungkin!”
Satu tahun yang lalu. Sajak dari Edri. Betapa Mia amat menyukai sajak spontan dari Edri. Kini, Mia cuba mengingati setiap baris dari sajak itu dengan kepahitan yang terpaksa ditelan nya. Mia cuba tersenyum seperti yang dilakukan nya dahulu. Sajak untuk dirinya. Sajak dari Edri. Sajak mereka berdua.
Cinta Mia terhadap Edri tetap bersinar tetapi mereka tidak akan dapat bersatu buat masa sekarang ini. Memang tepat bagai setiap baris yang diucapkan oleh Edri. Cinta mereka adalah nafas infiniti yang akan bernyala sekalipun tidak ada guna nya lagi seri dan cahaya bintang yang terang.
Mia mengeluh hiba lalu memandang ke luar jendela. Rintik-rintik hujan masih lagi belum reda. Sudah tidak ada sesiapa pun di luar sana. Kesepian menguasai alam. Yang ada hanyalah deru angin yang menggoncang ranting-ranting tua yang tidak bernyawa lagi. Rahimah juga sudah tidak ada di luar. Barang kali sudah sampai di rumah walaupun Mia tidak mendengar bunyi ketukan atau deringan loceng di muka pintu.
Di dalam kesayuan, Mia masih mampu untuk tersenyum. Dia tidak tahu kenapa dia masih lagi mengingati lelaki itu.
Dia masih ada lagi.
Tidak! Dia sudah mati, Mia!
Aku tetap cintakan Edri.
Demi Tuhan, Victor mencintai engkau, Mia...
Aku cuma mahu menjadi pencinta yang setia sahaja.
Pencinta yang setia? Itu kebodohan namanya!
Bunyi ketukan bertalu-talu di muka pintu menyedarkan Mia dari lamunannya. Dia mengesat air mata yang entah bila keluar nya itu. Pasti itu Rahimah. Mia tidak mahu Rahimah tahu bahawa dia baru sahaja menangis. Lalu dengan malas, segera dia ke ruang tamu untuk membuka pintu. Rahimah memang selalu terlupa untuk membawa kunci sendiri.
“Imah... aku dah cakap...” Namun kata-kata Mia mati di situ sahaja. Oh! Tuhan. Yang benar nya dia sudah kehilangan kata-kata. Jantung nya berdebar-debar. Bukan Rahimah mahupun Juliana yang sedang berdiri sambil tersenyum memandang nya.
Tetapi Victor yang sedang tersenyum dengan penuh pengharapan.
Victor yang datang menagih cinta yang tidak pernah berbalas.
Di dalam hati, Mia berharap bahawa semua ini adalah semata-mata mimpi. Dan dia berdoa semoga Tuhan segera menghilangkan lelaki itu dari pintu rumahnya!

0 Comments:
« back home
Catat Ulasan