Sneak Preview 3: Cinderella Cinta
Isnin, Mei 29, 2006
Malam tadi, buat pertama kali nya Mia memberitahu Juliana dan Rahimah tentang pemergiannya ke Pakistan di atas nama misi kemanusiaan. Kedua-dua orang teman itu tidak sedikit pun terkejut. Memang mereka sudah tahu dengan penglibatan aktif Mia di dalam organisasi bukan kerajaan Mercy Manchester.
“Aku mahu tinggal ke sana di dalam tempoh tujuh atau lapan bulan. Itu pun bergantung dengan perkembangan di sana. Sepeninggalan aku nanti, aku harap engkau berdua tidak akan menyewakan bilik aku kepada sesiapa pun!” Ujar Mia bergurau. Juliana dan Rahimah hanya tersenyum sumbing. Mereka tahu Mia hanya bergurau sahaja.
“Kalau kau tak balik?”
“Kau berdua kena jadi sukarelawan Mercy Manchester dan pergi ke Pakistan untuk selamatkan aku!”
Pagi ini, Juliana mengajak Mia dan Rahimah pergi berkelah. Destinasi mereka adalah taman bunga Bury. Taman yang menjadi kesukaan ketiga-tiga sahabat itu. Kata Juliana, ini adalah untuk meraikan Mia sebelum dia bertolak ke Pakistan nanti.
“Ah! Tapi kan aku ada dua minggu lagi sebelum ke Pakistan. Kita boleh pergi bila-bila masa sahaja!” Mia berdalih sambil memberitahu bahawa masih banyak lagi barang yang mahu dikemaskan.
“Jangan menunggu di saat akhir. Kau mungkin akan jadi lebih sibuk sehingga kita benar-benar tak ada masa untuk ke sana. Lagipun aku dan Rahimah ada ujian minggu depan!”
“Baik! Baik! Kita pergi sekarang!”
Taman bunga yang begitu cantik ini terletak di pekan Bury, lebih kurang enam kilometer dari pusat bandar dan lapan belas kilometer kalau dikira dari rumah mereka Old Trafford sana.
Banyak pohon-pohon bunga pelbagai spesies yang ditanam di sana. Ada juga zoo mini yang disediakan untuk menarik perhatian pengunjung. Kepada yang gemar bersukan, dua buah padang tenis disediakan di bahagian timur taman. Laluan berjoging pula dibina mengelilingi taman agar pengunjung dapat menikmati keindahan alam yang menyegarkan.
Tetapi pada minggu terakhir musim bunga lah (dan sempena menyambut musim panas), acara sebenarnya akan berlangsung. Ketika itu, segala jenis spesies bunga dari serata dunia akan dipamerkan kepada orang ramai. Di sebelah malam nya pula akan diadakan pesta unggun api dan pertunjukan silap mata.
Kali pertama mereka menyaksikannya adalah ketika pameran musim panas yang lepas. Semenjak dari hari itulah, mereka telah bersetuju untuk terus datang ke taman itu bila ada masa mengizinkan. Kini, Mia, Juliana dan Rahimah telah menjadi pengunjung setia kepada taman bunga Bury di hujung kota Manchester.
Tetapi Juliana dan Rahimah tidak pernah tahu bahawa Mia telah berbohong kepada mereka. Setahun yang lalu, sebelum Juliana dan Rahimah menyewa di rumah Mia, Mia juga pernah datang ke sini. Begitu juga dengan tahun-tahun sebelum nya. Dia pernah datang ke sini setiap tahun dengan sang arjunanya. Edri. Dan hanya mereka berdua sahaja.
Di dalam dingin musim bunga, mereka akan duduk menghadap unggun api sambil melihat nyala api menari-nari dipuput angin lembut. Mereka akan menunggu di situ sehingga lah bara api yang terakhir padam. Selepas itu, baru lah mereka balik ke rumah.
Dan selalu nya, mereka akan mengukir nama mereka pada pangkal pohon-pohon tua yang ada di sekitar taman (dari tempat duduk nya, Mia dapat melihat ukiran yang mereka buat pada salah satu pohon Oak yang tua, cuma nama mereka sahaja yang sudah tidak berapa jelas kelihatan) sebelum meninggalkan tempat itu.
Di tepi pangkal pohon tua bersaksikan bintang-bintang, mereka berjanji untuk sehidup dan semati. Berjanji untuk selamanya bersama. Berjanji untuk tidak akan berpisah sampai bila-bila.
Hati Mia menjadi sebak bila terlihat pangkal pokok dengan ukiran nama mereka yang masih wujud di situ. Mia tahu bahawa ukiran itu sahaja lah tanda bukti bahawa dia dan Edri pernah memadu kasih suci di sini dahulu. Itulah bukti fana yang dapat dipegang dan dirasai Mia. Kerana segala-galanya yang lain kini wujud di ingatan cuma.
Mia mengeluh kecil. Victor juga tahu tentang ukiran nama Mia dan Edri di situ. Cumanya, Victor telah menjumpai ukiran nama mereka di dalam keadaan tidak sengaja. Lelaki itu menjumpainya pada hari yang sama dia meluahkan cinta nya terhadap Mia secara terbuka!
Ketika itu sudah tiga bulan Edri meninggalkan Mia secara tiba-tiba. Mia masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta agung mereka boleh terputus di tengah jalan begitu sahaja. Dan Victor telah membawa Mia ke taman itu untuk menggembirakannya.
“Masih ingat lagi ketika kita berjiran dulu? Ketika kita berumur tujuh tahun dulu?” Victor bertanya lembut sewaktu mereka sedang menikmati aiskrim di petang yang panas. Mia hanya menggeleng kepala tanda tidak ingat. Dan Victor tersenyum simpul.
“Aku mengambil anak patung mu dan kemudian menyembunyikannya di bilik tidur ku. Engkau menangis seharian. Ibu memarahi ku dan aku terpaksa memberikannya semula pada kau. Tapi kemudian kau curi bola ku. Bola itu hilang dan aku pula yang menangis sampai ibu terpaksa beli bola yang baru!”
Mia hanya tersenyum mengingatkan kisah lalu. Ingatannya terhadap Edri pudar seketika. Victor turut tersenyum sama. Barangkali dia lega kerana berjaya memadamkan kedukaan Mia, walaupun hanya untuk seketika.
“Bola tu tak hilang. Aku beri pada seorang budak lelaki gemuk!”
“Tadi kau kata kau tak ingat apa-apa?”
“Engkau dah ingatkan aku pada masa silam kita...”
Kedua-duanya tertawa riang. Di saat itu, Mia sedar bahawa Victor tidak membawa nya ke taman ini hanya untuk membuatkan Mia riang semula. Victor mahu memberitahu nya sesuatu yang penting. Sesuatu yang akan mengubah wajah persahabatan mereka selama-lamanya.
“Mia... kau tahu kan yang kita sudah rapat sejak dari kecil lagi?”
“Ya?”
“Aku rasa kita akan bahagia kalau kita bersama...”
Kali ini suara Victor sedikit bergetar. Namun Victor cuba memberanikan dirinya. Dia meramas tangan Mia dengan lembut.
“Victor... kau kan tahu yang aku cintakan Edri?”
“Ah! Mia... Dia dah tak ada lagi kat sini. Edri dah tinggalkan kita berdua. Dia tak perlukan kita lagi!” Nada Victor begitu lembut memujuk Mia. Tetapi kata-kata Victor itu telah membuatkan Mia teringat kembali kepada sang arjunanya.
“Victor... aku sayangkan engkau hanya seperti seorang abang. Seorang teman baik. Dan engkau sebagai kawan baik Edri tentu tahu bahawa aku milik dia!” Beritahu Mia tegas cuba untuk menyedarkan Victor.
Victor lantas bangun sambil mengangkat tangan tanda tidak berpuas hati. “Itulah! Aku kawan baiknya! Dan engkau adalah kekasih kawan baik aku! Tapi sedarlah Mia. Edri tak akan kembali lagi.” Victor menempelak Mia sambil mengeluh kesal. Air mata Mia pula mulai mengalir deras.
“Vic... Edri Cuma pergi ke Pakistan sekejap aja... nanti dia akan balik semula ke sini!”
“Mia! Mia! Engkau sepatutnya melihat masa hadapan engkau bukannya terikat dengan bayang-bayang masa silam yang tak akan muncul lagi!”
Mia cuba menahan sendu di dada. “Masa hadapan aku? Apa yang ada di hadapan aku?”
“Aku! Aku ada di hadapan engkau! Aku lah masa hadapan engkau! Masa hadapan kita berdua!”
Mia memejamkan mata tidak mahu memandang ke arah Victor. Hatinya jadi resah dan tidak menentu.
“Aku tak tahu, Victor! Jangan paksa aku untuk buat sesuatu yang akan buat aku menyesal seumur hidup! Maaf! Aku mahu ke tandas sebentar!” Mia terus berlari meninggalkan Victor yang kelihatan menyesal meluahkan kata cinta nya terhadap Mia di saat itu. Namun tidak sedikit pun panggilan Victor dihiraukan. Hatinya terlalu kecewa. Kenapa dia harus berpisah dengan Edri?
Hampir setengah jam kemudian, baru lah Mia muncul semula. Tetapi wajah Victor kelihatan muram. Lelaki itu cuba tersenyum tetapi senyumannya begitu sayu.
“Maafkan aku, Mia... aku mencintai engkau tapi aku tak tahu betapa dalamnya kasih engkau terhadap Edri.”
“Victor...”
“Engkau tak perlu risau. Masa kau kat tandas tadi, aku pergi ke pohon tua sana. Aku tahu engkau dan Edri selalu ke sini. Bagaimana aku boleh tahu? Tak usah lah kau tanya, Mia... tapi setelah melihat janji setia antara engkau dan Edri pada pohon tua tu, aku jadi malu sendiri. Aku tak boleh paksa kau, Mia!”
“Cinta kau pada Edri terlalu tinggi, Mia! Dan aku tahu, kalau suatu hari nanti kau kehilangan cinta itu, engkau harus ke sini untuk menyegarkan kenangan lama. Kembali lah pada kenangan lama kau. Aku tahu kau tak akan tersesat walaupun aku tahu aku yang akan kesepian nanti...”
Hati Mia tersentak. Dan kenangan lama yang bermain di ingatan tadi terus hilang begitu sahaja.
Kembali pada kenangan lama kau, Mia!
Cari kembali segala kenangan engkau dengan Edri!
“Mia! Kau nak sandwic ni?” Tanya Juliana tiba-tiba. Rahimah di sebelahnya hanya memandang Mia sambil menggeleng kepala. Dia sibuk menyenduk nasi untuk mereka bertiga. Mia mencapai sandwic yang dihulurkan dan terus memandang ke arah perdu pohon tua tidak jauh dari mereka itu. Lambang cinta yang telah hilang. Lambang cinta yang tetap dikenang!
Mia tersenyum girang tiba-tiba. Tuhan telah mengabulkan permintaan hamba-Nya yang seorang ini. Kerana Victor, Mia sudah tahu bagaimana mahu memastikan pencariannya terhadap Edri tidak sia-sia!

1 Comments:
« back home
Catat UlasanJohn... tak sabar nak tunggu buku CC keluar... tak puas le baca preview yang pendek ni...