SNEAK PREVIEW: Cinderella Cinta

Khamis, Mei 04, 2006
Rakan taulan yang dihormati,
Saya persembahkan...
Muka surat pertama CINDERELLA CINTA (versi sebelum di-edit)

Mia memandang bunga-bunga Tulip yang sedang berkembang mekar. Indah sungguh pemandangan musim bunga ini. Titisan-titisan terakhir salji di hujung rumput sudah mulai mencair. Dalam masa beberapa hari lagi, yang tinggal hanyalah lopak-lopak yang ditakungi air, kesan tinggalan musim sejuk yang baru sahaja melangkah pergi.

Dia mengeluh pasrah. Mungkin cuma sekeping hati ini sahaja yang penuh dengan salji yang membeku. Salji yang tidak pernah mencair semenjak setahun yang lalu!

Dengan langkah penuh longlai, Mia masuk ke dalam. Dia cuba menghiburkan hatinya dengan menonton siaran televisyen yang sudah sedia terpasang sejak daripada tadi lagi. Kelihatan seorang penyanyi terkenal sedang mendendangkan lagu tentang kesedihan seseorang yang ditinggalkan kekasih. Oh! Tuhan. Kenapa lagu ini yang dipilih?

Mia merungut sendirian. Tidak tahu kah mereka bahawa bunga-bunga di taman sana telah berkembang mekar? Bahawa segala-galanya yang ada di muka bumi ini sedang menantikan kegembiraan musim panas? Mereka sepatutnya menyanyikan lagu gembira bukan cerita kesedihan!

Kenangan telah mati, Mia! Tidak usah berharap pada lelaki kejam seperti itu!

Kenangan belum lagi mati! Dan aku akan tetap menunggu dia sehingga ke akhir zaman!

Walaupun engkau akan menderita selamanya?

Tinggal kan aku sendirian!

Engkau memang perempuan bodoh, Mia!

Hatinya bagaikan mahu menjerit pilu. Tidak bolehkah walau satu saat, satu saat sahaja, oh Tuhan! Cuma satu saat sahaja, hatinya bersetuju dengan perasaannya yang kesepian itu?
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 8:49 PG, |

7 Comments:

  At 11:48 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Best! Memang best! Tapi cerita ni backgroundnya masih di Manchester lagi ke? Sebab ada pokok tulip dengan salji tu...
  At 2:24 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Adakah kali ini cerita berat dan sedih seperti TASB dan STS?
  At 1:23 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
john, tak sabar nak pegang CC di tangan..boleh tambah preview?
  At 2:27 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Hehe.. terima kasih...kak Lia.. cerita kali ini merangkumi tiga negara, England, Pakistan dan Malaysia... jadi di harapkan semua akan terhibur dan berpuashati nanti..
anonymous1: Cerita nya adalah berat, sedih tetapi dia watak heroin ini akhirnya akan mendapat kebahagiaan yang dipinta.. seperti cinderella...
anonymous3: Insya Allah.. Tunggu sahaja di ruangan blog Tunjukkan Aku Satu Bintang ni....
  At 3:48 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
John... anda betul2 telah membuatkan akak tidak sabar2 untuk mendapatkan naskah ini... ;)
John... 10-Q atas kunjungan... sesungguhnya demi kamu akak sanggup redah walaupun lautan api.. ahaks (kaki dah okey...!!)
Nanti naskah ini akak dapatkan terus dari kamu.. dpt tt sekali.. so complete semua buku john dah ber tt.. okey?!
  At 3:56 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Kak Wan...
Insya Allah diizinkan Tuhan kita bertemu lagi nanti :)
  At 10:49 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Saya pun tak sabar2 nak miliki naskh ni. Entah bila gamaknya dapat disiapkan.:)- ebriza