Menjenguk TASB....

Isnin, Jun 19, 2006
Salam kembali!
Aduh... maafkan saya kerana sudah terkena demam bola seminggu dua ini... dan masih lagi tak kebah-kebah!Itulah yang menyebabkan blog ini ditinggalkan kesepian begitu sahaja..

Dan ramai juga yang bertanya bagaimana dengan perkembangan Cinderella Cinta... Alhamdulillah.. walaupun macam kura-kura tapi sudah ada progresnya!

Terlalu banyak halangan di dalam menghasilkan manuskrip yang ketiga ini, terlalu banyak dugaan... dan saya pasti Allah S.W.T sedang menduga saya sama ada saya akan meneruskan penulisan CC atau terbehenti di tengah jalan sahaja. Tapi insya Allah, demi peminat semua, saya akan teruskan jua. Jadi di harapkan segala-galanya berbaloi!

Hmmm... ramai yang menghantar e-mel tentang cerita Tunjukkan Aku satu Bintang lebih-lebih lagi tentang kehidupan Daniel selepas Asnawi berkahwin dengan Jeslina. Mereka mahu tahu bagaimanakah kehidupan watak-watak utama ini setelah Father Thomas Rodriguez meninggal dunia. Hehehe.. secara jujurnya saya mempunyai beberapa plot yang boleh diperkembangkan untuk menjadi TASB bahagian ke-2 (Atau sempadan tanpa seri bahagian ketiga!!).

Tetapi entahlah... saya rasa bersalah untuk meneruskan lagi kesinambungan plot yang sudah sedia terbina semenjak dari buku pertama lagi, Sempadan Tanpa Seri... Biarlah kita tinggalkan Asnawi, Jeslina, Ida dan Daniel di dalam keadaan "gembira selama-lamanya" tanpa ada lagi dugaan yang menimpa hidup mereka.


Kebenaran telah terkubur,
Buat selama-lamanya...


Insya Allah sneak preview Cinderella Cinta yang seterusnya akan saya hantar sehari dua lagi di sini... TUNGGU........
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 1:24 PTG, |

1 Comments:

Bro,

Jangan lupa bagitahu bila Cinderella Cinta keluar tau. Pre-booking nih.. hehe