Nyanyian-nyanyian camar: REVISITED
Rabu, Julai 26, 2006
Aku akan pergi,
Buat menjejak mimpi,
Walau dalam duri,
Aku tidak akan berhenti...
Pendakian ini,
Sudah tiada serinya lagi,
Tetapi akan ku gagahi,
Walau tanpa engkau di sisi...
Jangan tangisi aku,
Di atas kembara tanpa restu,
Mungkin belum sampai seru,
Untuk kita bersatu...
Jangan kesali kenangan lalu,
Yang terpinggir dalam bisu,
Kerana aku sudah tidak mampu,
Melihat engkau di dalam sendu...
Cinta kita,
Mungkin di sini sahaja,
Tetapi rindu kita,
Akan terasa selamanya...
Kisah kita,
Mungkin berakhir tanpa bahagia,
Tetapi hati kita,
Akan bersemi selamanya...
Benarkan aku pulang,
Mencari dia yang hilang,
Dan aku akan terus terbang,
Sehingga TUHAN memanggil ku datang....
Buat menjejak mimpi,
Walau dalam duri,
Aku tidak akan berhenti...
Pendakian ini,
Sudah tiada serinya lagi,
Tetapi akan ku gagahi,
Walau tanpa engkau di sisi...
Jangan tangisi aku,
Di atas kembara tanpa restu,
Mungkin belum sampai seru,
Untuk kita bersatu...
Jangan kesali kenangan lalu,
Yang terpinggir dalam bisu,
Kerana aku sudah tidak mampu,
Melihat engkau di dalam sendu...
Cinta kita,
Mungkin di sini sahaja,
Tetapi rindu kita,
Akan terasa selamanya...
Kisah kita,
Mungkin berakhir tanpa bahagia,
Tetapi hati kita,
Akan bersemi selamanya...
Benarkan aku pulang,
Mencari dia yang hilang,
Dan aku akan terus terbang,
Sehingga TUHAN memanggil ku datang....
1 Comments:
« back home
Catat UlasanI have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »