Selayang Pandang 1
Khamis, Julai 27, 2006
Saya baru sahaja membeli DEWAN EJA PRO melalui internet. Rasa janggal pula bila semenjak bulan lepas saya menulis tanpa perisian yang satu ni. Seperti si buta yang teraba-raba di dalam gelap. Seperti meredah hujan tanpa payung di tangan. Segala-galanya serba tak kena!
Bukan selama ini saya tak menggunakan DEWAN EJA. Ya, saya telah menggunakan DEWAN EJA (tetapi bukan DEWAN EJA PRO) sejak tahun 2001 lagi iaitu ketika masih merangkak dengan manuskrip pertama yang dikenali dengan judul ‘Cinta Di Mersing, Luka Di Prestwich’ – (dan berubah menjadi Sempadan Tanpa Seri beberapa bulan kemudiannya)...
Tapi bila laptop yang telah menjadi teman setia saya sejak tahun 2000 lagi “hilang” dan kemudian saya terpaksa membeli laptop yang lain, barulah saya tersedar bahawa saya juga harus “membeli” DEWAN EJA. Tapi itupun setelah beberapa minggu menggunakan perisian Demo dan setelah beberapa hari perisian Demo itu tidak boleh lagi digunakan.
Sukar untuk menceritakan/kelebihan DEWAN EJA. Saya bebas berkarya tanpa takut tersalah ejaan. Ini kerana DEWAN EJA dengan cepatnya akan menggariskan perkataan yang salah itu dengan garis merah. Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan DEWAN EJA. Pendek kata, sebagai seorang penulis anda WAJIB memilikinya atau perisian lain tetapi yang seumpama dengannya.
Itulah pesan mentor saya, kak Liana Afiera Malik....
Kepada bakal-bakal penulis di luar sana, inilah juga pesan saya - saya rasa jika ANDA benar-benar mahu menjadi seorang penulis, anda seharusnya dilengkapi dengan ‘senjata’ yang ampuh ini, iaitu DEWAN EJA (atau yang seumpamanya).
Senang nanti para editor mengedit manuskrip novel untuk diterbitkan.
Alah bisa tegal biasa....
P/S: Maafkan saya kalau tersalah ejaan, sebab walaupun dah download DEWAN EJA, masih lagi belum ‘set-up’ di dalam komputer!!!!

1 Comments:
« back home
Catat UlasanWonderful and informative web site. I used information from that site its great. Imitrex price http://www.action-games-2.info Pacific battery Moving companies atlanta georgia ga interstate moving Jimmy chew shoe distributor interracial Www searchdetective net zocor Chevrolet astro meridia digital photography printing Diazepam withdrawal signs and symptoms baseball fantasy lcd tvs with hd tuners built in Printer epson picturemate inkjet backpacks for kids