Bila Cinderella Cinta akan disiapkan?

Selasa, Oktober 17, 2006
Insya-Allah jika tidak ada aral, maka CINDERELLA CINTA akan dapat disiapkan dalam tempoh kurang dari sebulan lagi. Sehingga jam 7.30 am ini, cuma tinggal beberapa bab sahaja sebelum ayat terakhir di dalam bab terakhir ditulis.

Bab-bab terakhir ini akan memberikan kejutan yang mungkin tidak akan disangka oleh pembaca CINDERELLA CINTA nanti. Apa kejutannya? Anda akan mengetahuinya bila novel itu dipasarkan kelak.

Novel ini terbahagi kepada lima bahagian dan setiap bahagian memperlihatkan perkembangan emosi dan ketabahan hati watak utamanya, Lara Mia. Dan novel ini merentasi dua sempadan dan tiga negara iaitu England, Pakistan dan Malaysia.

Sajak penutup untuk bahagian kelima ini:

Sendu itu milik aku,
Yang akan ku bawa untuk seluruh nafas lesu,
Selamanya terpaku,
Dalam diri yang merindu...
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 7:56 PG, |

0 Comments: