Cinta Dalam Sepotong keju: Adakah patut diteruskan?
Isnin, Disember 18, 2006
Sebenarnya, idea untuk menulis Cinta Dalam Sepotong Keju (CDSK) ini telah lama muncul - kira-kira 3 tahun yang lalu, tetapi kerana pada masa itu, saya lebih memfokuskan kepada manuskrip "Tunjukkan Aku Satu Bintang" (TASB) dan yang terbaru, "Cinderella Cinta" (CC), maka CDSK telah diperapkan menjadi pekasam.
Beberapa hari yang lepas, saya telah menjumpai manuskrip ini. Namun, bila saya membaca kembali keseluruhan novel itu (yang telah berjumlah 76 m/surat, saiz 12 langkau dua baris), saya jadi was-was, sama ada saya patut menghabiskannya ataupun terus 'dibakulsampahkan'.
Entah, saya tidak tahu kenapa saya seolah-olah tidak menyukai CDSK, tetapi yang jelas gaya bahasa yang digunakan jelas berbeza dari TASB mahupun CC. Adakah saya patut meneruskannya? Untuk beberapa hari ini, saya akan menghantar beberapa bab yang telah saya taip semula dan dihantar di blog ini. Mungkin nanti pembaca yang budiman dapat menolong saya...
Satu kampung tahu dengan perangai Salleh yang memalukan. Sebut sahaja nama anak-anak gadis di kampung itu, semuanya sudah diganggu oleh Salleh. Kalau tidak kerana itu pun, mereka kenal benar dengan Salleh yang punya jerawat batu berbonggol-bonggol di wajah. Dan rambutnya? Ya Allah! rambut yang panjang mengurai mengalahkan puntianak!
Teman rapat merangkap pembantu peribadinya ialah Zamani, pemuda berusia tiga puluh tahun yang suka mencuri ayam penduduk-penduduk kampung. Zamani hanya sempat menamatkan zaman persekolahannya sehingga ke darjah lima sahaja. Di kalangan rakan-rakannya, Zamani lebih dikenali dengan nama Bob Marley kerana punya rambut panjang yang berpintal-pintal seperti penyanyi enam puluhan itu. Dan baunya...hanya Tuhan sahaja yang tahu! Dua lagi teman rapat mereka ialah Seman jongang dan Talib yang kurus bagaikan jerangkung.
Yana membetulkan kaca mata berbingkai hitam yang dipakainya dan pura-pura memandang ke tempat lain. Beg besar berwarna biru tua yang digalasnya dibetulkan sedikit untuk mengurangkan rasa lenguh yang sudah merayap di badan.
Yana berdoa di dalam hati supaya Salleh dan tiga lagi rakan-rakannya itu tidak perasan akan kehadiran Yana di dalam terik mentari tengah hari itu. Seluar bersaiz besar dan kemeja T labuh bertulis ‘Sukaneka FELDA Pasir Raja’ yang dipakainya membuatkan pergerakan gadis itu sedikit lucu.
Ah! Pedulikan apa orang kata. Asalkan dia dapat balik ke rumah dengan selamat dan memberitahu ibu tentang berita gembira dari Kuala Lumpur, itu sudah cukup baik. Yana memandang ke hadapan. Cuma selang lima buah rumah sahaja sebelum dia sampai ke destinasinya.
“Alamak! Cik Yana badut kampung lalulah! Nak ke mana laju-laju tu? Duduklah dengan kita orang!” Yana menjuihkan bibir bila mendengar teriakan Zamani. Salleh pula ketawa terbahak-bahak sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.
Yana cuba untuk tidak mempedulikan mereka. Pandangannya terfokus ke hadapan dan langkahnya semakin dilajukan. Secara tiba-tiba, ada satu tangan yang merentap bahunya dengan kuat membuatkan Yana hampir-hampir terjatuh. Kalau Yana tidak menoleh pun, dia tahu Zamani yang memegangnya. Bau rambut Zamani cukup kuat bagaikan bangkai tikus dalam sebuah bilik yang tertutup yang tidak ada pengaliran udara keluar!
“Eh! Apa ni Zamani? Lepaskanlah!” Zamani cuma tertawa senang.
“Alah, Yana. Kau ni jual mahal lah! Aku tahu kau tu bukannya ada teman lelaki pun. Asyik-asyik berkepit dengan buku. Cubalah bawa bersolek sikit!” Perli Salleh pula yang mengekor di belakang Zamani tadi. Dia kini berdiri betul-betul berhadapan dengan Yana.
“Kau bukannya ada kawan, Yana... baik kau kawan dengan aku dan Salleh!” Perli Zamani pula. Yana menggetap bibirnya menahan sayu. Dia terasa hati dengan kata-kata Zamani itu.
Ya! Dia tahu dia tidak punya sebarang kawan. Bukan dia yang sombong tetapi tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Siapa yang mahu berkawan dengan anak orang yang paling miskin di kampung itu?
Yana juga tahu bahawa fizikalnya juga berbeza dengan adik beradiknya yang lain. Matanya yang sepet dan kulitnya yang putih kuning itu membuatkan pelajar-pelajar di sekolahnya memanggil Yana dengan nama anak Cina pungut.
Pernah ketika dia berada di dalam darjah lima dahulu, Yana balik ke rumah sambil menangis teresak-esak. Kawan-kawannya (kalau boleh dipanggil kawan!) telah mencuri kasutnya ketika kelas pendidikan jasmani dan mencampakkan ke dalam sungai di belakang sekolah. Dia terpaksa balik dengan hanya berstoking sahaja di dalam terik mentari yang membahang. Tumitnya bagaikan dibakar. Dan sakitnya? Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Dua hari dia merajuk tidak mahu pergi ke sekolah. Ibu memujuknya dengan membawa Yana ke bandar Kulai yang letaknya kira-kira tiga puluh kilometer dari kampung FELDA Pasir Raja. Ibu memberitahu Yana bahawa dia akan membelikan kasut baru untuk Yana.
Yana tahu ibu tidak punya duit yang banyak. Arwah ayah telah lama meninggal dunia dan tidak ada apa-apa yang ditinggalkan untuk mereka sekeluarga. Dan pada zaman ekonomi yang tidak menentu itu, berapa kerat sangat hasil kelapa sawit yang mereka dapat? Tambahan lagi gaji yang sedikit itu terpaksa pula dibahagi dua dengan pekerja-pekerja Indonesia yang memotong buah kelapa sawit di kebun mereka.
Demi Yana ibu telah mengorbankan sebahagian dari duit perbelanjaan dapur mereka untuk membelikan kasut baru buat Yana. Ibu sanggup melihat Hanafi yang baru sahaja memasuki darjah dua ketika itu dan adik bongsunya Hairul yang berumur empat tahun makan secara ala kadar sahaja. Hampir dua minggu ibu hanya memasakkan bubur nasi dengan lauk ikan bilis dan ulam kangkung yang tumbuh dengan banyaknya di belakang rumah mereka.
Semenjak dari hari itulah, dia tidak berkawan dengan sesiapa pun. Temannya adalah buku-buku dan perpustakaan yang sudah menjadi rumah keduanya. Dia mahu belajar pandai-pandai dan membalas jasa ibu yang banyak berkorban untuknya. Jadi salah kah dia jika tidak mempunyai ramai kawan?
“Betul kata Zamani tu... marilah duduk sebelah aku ni!” Sahut Seman jongang yang merestui perlakuan teman-temannya.
“Tak pun kalau kau malu, kita boleh berasmara di kebun kelapa sawit kat belakang rumah aku tu. Kau seorang, kami berempat!” Sahut Salleh sambil membelai pipi Yana. Yana meronta-ronta sambil cuba mengelakkan wajahnya dari dipegang Salleh. Yang lain-lain sekadar tertawa tanpa rasa simpati.
“Lepaskanlah aku, Salleh! Aku tak buat apa-apa pada kau. Janganlah buat aku macam ni!” Yana cuba merayu. Air matanya hampir mengalir keluar. Tidak ada orang yang lalu lalang. Jantung Yana berdegup kencang. Bagaimana kalau Salleh benar-benar melakukan apa yang dikatakannya itu?
“Tolonglah Salleh, Zamani! Jangan!” Yana merayu lagi tetapi rayuannya tidak diendahkan. Salleh menghampiri Yana dan menyentuh dada gadis itu.
“Kau tahu tak? Kau ni sebenarnya cantik. Baik kau jadi kekasih aku!”
“Hoi, Salleh! Zamani! Apa yang kau buat pada arwah Pak Mat tu? Kau nak mampus?!!!” Suara Lebai Samad yang menjerit dari jauh dengan enjin motornya yang tersengguk-sengguk itu sudah cukup membuatkan kutu-kutu kampung yang diketuai oleh Zamani melepaskan Yana. Dan keempat-empatnya terpegun bagaikan baru sahaja ternampak hantu!
Lebai Samad memecut motornya ke arah mereka dan tidak sampai beberapa saat kemudian, satu penampar hinggap di pipi Salleh. Lebai Samad berdiri bercekak pinggang memandang keempat-empat anak muda itu silih berganti. Tidak ada yang berani menentang pandangan tajam Lebai Samad ataupun cuba untuk bersuara.
Yana mahu tergelak melihatkan Salleh yang kini bagaikan tikus ketakutan.
“Kau tak ada kerja lain ke Salleh? Malu aku kat masjid... semua orang cakap anak lebai Samad suka kacau anak dara orang!” Lebai Samad mengherdik anak terunanya itu. Salleh masih lagi tunduk terpaku. Dia tidak berani menatap biji mata ayahnya yang bagaikan hendak tersembul keluar itu!
“Kami... kami cuma bergurau aja, abah...” Beritahu Salleh terketar-ketar. Dia memang takut dengan ayahnya itu.
“Kepala otak kau, bergurau macam tu! Aku tak kira, kau balik rumah sekarang! Asar nanti aku nak kau kat masjid. Kau juga Zamani, Seman dengan Talib! Kalau tak ada, aku suruh budak-budak masjid cari kau nanti! Faham?”
Tanpa sebarang kata, Salleh segera mengambil motornya dan memecut laju meninggalkan Zamani, Seman dan Talib yang masih terpinga-pinga itu. Kemudian, Seman dan Talib pula tergesa-gesa meminta diri untuk pulang ke rumah.
“Kau pula Zamani, semenjak ayah dan mak kau meninggal, rumah ni dah jadi macam sarang setan! Patutnya kau sebagai anak tunggal banyakkanlah buat amal, sedekahkan Al-Fatihah pada arwah orang tua kau!” Giliran Zamani pula yang terpaksa mendengar syarahan dari Lebai Samad.
Zamani dengan perasaan malu meminta maaf dan kemudian masuk ke rumahnya tanpa memandang sedikit pun ke arah Yana. Yana mahu tertawa tetapi ditahankannya sahaja. Dia tidak mahu merosakkan suasana yang begitu serius itu.
“Dah, Yana... mari Lebai hantar kamu balik... jangan dilayan dengan budak-budak yang tak ada masa depan ni!” Beritahu Lebai Samad, kali ini dengan nada lembut dan mesra. Yana tersenyum dan mengangguk perlahan-lahan. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan ibu!
Beberapa hari yang lepas, saya telah menjumpai manuskrip ini. Namun, bila saya membaca kembali keseluruhan novel itu (yang telah berjumlah 76 m/surat, saiz 12 langkau dua baris), saya jadi was-was, sama ada saya patut menghabiskannya ataupun terus 'dibakulsampahkan'.
Entah, saya tidak tahu kenapa saya seolah-olah tidak menyukai CDSK, tetapi yang jelas gaya bahasa yang digunakan jelas berbeza dari TASB mahupun CC. Adakah saya patut meneruskannya? Untuk beberapa hari ini, saya akan menghantar beberapa bab yang telah saya taip semula dan dihantar di blog ini. Mungkin nanti pembaca yang budiman dapat menolong saya...
BAB 1
Yana mempercepatkan langkah melepasi sekumpulan anak-anak muda yang sedang asyik bermain gitar. Yana kenal dengan mereka. Salah seorang darinya ialah Salleh anak bilal Samad. Memang dia tidak ada tokoh menjadi anak kepada seorang bilal di kampung itu. Masakan! Ayah sibuk melaungkan azan di masjid dan anak pula sibuk melaungkan lagu di tepi tembok di hujung kampung.Satu kampung tahu dengan perangai Salleh yang memalukan. Sebut sahaja nama anak-anak gadis di kampung itu, semuanya sudah diganggu oleh Salleh. Kalau tidak kerana itu pun, mereka kenal benar dengan Salleh yang punya jerawat batu berbonggol-bonggol di wajah. Dan rambutnya? Ya Allah! rambut yang panjang mengurai mengalahkan puntianak!
Teman rapat merangkap pembantu peribadinya ialah Zamani, pemuda berusia tiga puluh tahun yang suka mencuri ayam penduduk-penduduk kampung. Zamani hanya sempat menamatkan zaman persekolahannya sehingga ke darjah lima sahaja. Di kalangan rakan-rakannya, Zamani lebih dikenali dengan nama Bob Marley kerana punya rambut panjang yang berpintal-pintal seperti penyanyi enam puluhan itu. Dan baunya...hanya Tuhan sahaja yang tahu! Dua lagi teman rapat mereka ialah Seman jongang dan Talib yang kurus bagaikan jerangkung.
Yana membetulkan kaca mata berbingkai hitam yang dipakainya dan pura-pura memandang ke tempat lain. Beg besar berwarna biru tua yang digalasnya dibetulkan sedikit untuk mengurangkan rasa lenguh yang sudah merayap di badan.
Yana berdoa di dalam hati supaya Salleh dan tiga lagi rakan-rakannya itu tidak perasan akan kehadiran Yana di dalam terik mentari tengah hari itu. Seluar bersaiz besar dan kemeja T labuh bertulis ‘Sukaneka FELDA Pasir Raja’ yang dipakainya membuatkan pergerakan gadis itu sedikit lucu.
Ah! Pedulikan apa orang kata. Asalkan dia dapat balik ke rumah dengan selamat dan memberitahu ibu tentang berita gembira dari Kuala Lumpur, itu sudah cukup baik. Yana memandang ke hadapan. Cuma selang lima buah rumah sahaja sebelum dia sampai ke destinasinya.
“Alamak! Cik Yana badut kampung lalulah! Nak ke mana laju-laju tu? Duduklah dengan kita orang!” Yana menjuihkan bibir bila mendengar teriakan Zamani. Salleh pula ketawa terbahak-bahak sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh.
Yana cuba untuk tidak mempedulikan mereka. Pandangannya terfokus ke hadapan dan langkahnya semakin dilajukan. Secara tiba-tiba, ada satu tangan yang merentap bahunya dengan kuat membuatkan Yana hampir-hampir terjatuh. Kalau Yana tidak menoleh pun, dia tahu Zamani yang memegangnya. Bau rambut Zamani cukup kuat bagaikan bangkai tikus dalam sebuah bilik yang tertutup yang tidak ada pengaliran udara keluar!
“Eh! Apa ni Zamani? Lepaskanlah!” Zamani cuma tertawa senang.
“Alah, Yana. Kau ni jual mahal lah! Aku tahu kau tu bukannya ada teman lelaki pun. Asyik-asyik berkepit dengan buku. Cubalah bawa bersolek sikit!” Perli Salleh pula yang mengekor di belakang Zamani tadi. Dia kini berdiri betul-betul berhadapan dengan Yana.
“Kau bukannya ada kawan, Yana... baik kau kawan dengan aku dan Salleh!” Perli Zamani pula. Yana menggetap bibirnya menahan sayu. Dia terasa hati dengan kata-kata Zamani itu.
Ya! Dia tahu dia tidak punya sebarang kawan. Bukan dia yang sombong tetapi tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Siapa yang mahu berkawan dengan anak orang yang paling miskin di kampung itu?
Yana juga tahu bahawa fizikalnya juga berbeza dengan adik beradiknya yang lain. Matanya yang sepet dan kulitnya yang putih kuning itu membuatkan pelajar-pelajar di sekolahnya memanggil Yana dengan nama anak Cina pungut.
Pernah ketika dia berada di dalam darjah lima dahulu, Yana balik ke rumah sambil menangis teresak-esak. Kawan-kawannya (kalau boleh dipanggil kawan!) telah mencuri kasutnya ketika kelas pendidikan jasmani dan mencampakkan ke dalam sungai di belakang sekolah. Dia terpaksa balik dengan hanya berstoking sahaja di dalam terik mentari yang membahang. Tumitnya bagaikan dibakar. Dan sakitnya? Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Dua hari dia merajuk tidak mahu pergi ke sekolah. Ibu memujuknya dengan membawa Yana ke bandar Kulai yang letaknya kira-kira tiga puluh kilometer dari kampung FELDA Pasir Raja. Ibu memberitahu Yana bahawa dia akan membelikan kasut baru untuk Yana.
Yana tahu ibu tidak punya duit yang banyak. Arwah ayah telah lama meninggal dunia dan tidak ada apa-apa yang ditinggalkan untuk mereka sekeluarga. Dan pada zaman ekonomi yang tidak menentu itu, berapa kerat sangat hasil kelapa sawit yang mereka dapat? Tambahan lagi gaji yang sedikit itu terpaksa pula dibahagi dua dengan pekerja-pekerja Indonesia yang memotong buah kelapa sawit di kebun mereka.
Demi Yana ibu telah mengorbankan sebahagian dari duit perbelanjaan dapur mereka untuk membelikan kasut baru buat Yana. Ibu sanggup melihat Hanafi yang baru sahaja memasuki darjah dua ketika itu dan adik bongsunya Hairul yang berumur empat tahun makan secara ala kadar sahaja. Hampir dua minggu ibu hanya memasakkan bubur nasi dengan lauk ikan bilis dan ulam kangkung yang tumbuh dengan banyaknya di belakang rumah mereka.
Semenjak dari hari itulah, dia tidak berkawan dengan sesiapa pun. Temannya adalah buku-buku dan perpustakaan yang sudah menjadi rumah keduanya. Dia mahu belajar pandai-pandai dan membalas jasa ibu yang banyak berkorban untuknya. Jadi salah kah dia jika tidak mempunyai ramai kawan?
“Betul kata Zamani tu... marilah duduk sebelah aku ni!” Sahut Seman jongang yang merestui perlakuan teman-temannya.
“Tak pun kalau kau malu, kita boleh berasmara di kebun kelapa sawit kat belakang rumah aku tu. Kau seorang, kami berempat!” Sahut Salleh sambil membelai pipi Yana. Yana meronta-ronta sambil cuba mengelakkan wajahnya dari dipegang Salleh. Yang lain-lain sekadar tertawa tanpa rasa simpati.
“Lepaskanlah aku, Salleh! Aku tak buat apa-apa pada kau. Janganlah buat aku macam ni!” Yana cuba merayu. Air matanya hampir mengalir keluar. Tidak ada orang yang lalu lalang. Jantung Yana berdegup kencang. Bagaimana kalau Salleh benar-benar melakukan apa yang dikatakannya itu?
“Tolonglah Salleh, Zamani! Jangan!” Yana merayu lagi tetapi rayuannya tidak diendahkan. Salleh menghampiri Yana dan menyentuh dada gadis itu.
“Kau tahu tak? Kau ni sebenarnya cantik. Baik kau jadi kekasih aku!”
“Hoi, Salleh! Zamani! Apa yang kau buat pada arwah Pak Mat tu? Kau nak mampus?!!!” Suara Lebai Samad yang menjerit dari jauh dengan enjin motornya yang tersengguk-sengguk itu sudah cukup membuatkan kutu-kutu kampung yang diketuai oleh Zamani melepaskan Yana. Dan keempat-empatnya terpegun bagaikan baru sahaja ternampak hantu!
Lebai Samad memecut motornya ke arah mereka dan tidak sampai beberapa saat kemudian, satu penampar hinggap di pipi Salleh. Lebai Samad berdiri bercekak pinggang memandang keempat-empat anak muda itu silih berganti. Tidak ada yang berani menentang pandangan tajam Lebai Samad ataupun cuba untuk bersuara.
Yana mahu tergelak melihatkan Salleh yang kini bagaikan tikus ketakutan.
“Kau tak ada kerja lain ke Salleh? Malu aku kat masjid... semua orang cakap anak lebai Samad suka kacau anak dara orang!” Lebai Samad mengherdik anak terunanya itu. Salleh masih lagi tunduk terpaku. Dia tidak berani menatap biji mata ayahnya yang bagaikan hendak tersembul keluar itu!
“Kami... kami cuma bergurau aja, abah...” Beritahu Salleh terketar-ketar. Dia memang takut dengan ayahnya itu.
“Kepala otak kau, bergurau macam tu! Aku tak kira, kau balik rumah sekarang! Asar nanti aku nak kau kat masjid. Kau juga Zamani, Seman dengan Talib! Kalau tak ada, aku suruh budak-budak masjid cari kau nanti! Faham?”
Tanpa sebarang kata, Salleh segera mengambil motornya dan memecut laju meninggalkan Zamani, Seman dan Talib yang masih terpinga-pinga itu. Kemudian, Seman dan Talib pula tergesa-gesa meminta diri untuk pulang ke rumah.
“Kau pula Zamani, semenjak ayah dan mak kau meninggal, rumah ni dah jadi macam sarang setan! Patutnya kau sebagai anak tunggal banyakkanlah buat amal, sedekahkan Al-Fatihah pada arwah orang tua kau!” Giliran Zamani pula yang terpaksa mendengar syarahan dari Lebai Samad.
Zamani dengan perasaan malu meminta maaf dan kemudian masuk ke rumahnya tanpa memandang sedikit pun ke arah Yana. Yana mahu tertawa tetapi ditahankannya sahaja. Dia tidak mahu merosakkan suasana yang begitu serius itu.
“Dah, Yana... mari Lebai hantar kamu balik... jangan dilayan dengan budak-budak yang tak ada masa depan ni!” Beritahu Lebai Samad, kali ini dengan nada lembut dan mesra. Yana tersenyum dan mengangguk perlahan-lahan. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan ibu!
2 Comments:
« back home
Catat UlasanJohn... kalau tanya pendapat kak wan... teruskan je..!! :p
Betul ke kak... erm.. sebenarnya masih tak konfiden nak teruskan nih... anyway thanks kak!