Cinta Dalam Sepotong Keju: Sneak Peek panas!!
Rabu, Disember 27, 2006
Aku tidak tahu sama ada bahagian daripada bab ini boleh menyebabkan ia digunting oleh panel editor di CESB nanti... Bagaimanapun bahagian panas dan situasi di 'pub' ini sebenarnya telah di'lembut'kan beberapa kali sehingga ia tidak menggambarkan sangat senario sebenar di England. Lagipun aku tidak mahu menyinggung sensitiviti masyarakat di Malaysia amnya, dan Melayu khususnya. Mungkin aku akan mengubahnya lagi sehingga bahagian dari bab ini boleh dikategorikan sebagai "UMUM" dan tidak ada bahan yang 'panas' lagi hehehe...
Dan aku juga telah mengikut nasihat salah seorang novelis terkemuka tanah air Ebriza Aminuddin (Dambaan Pilu, Aku cinta kamu sekadar menyebut beberapa tajuk sahaja) untuk menghantar bab-bab di dalam Cinta Dalam Sepotong Keju tanpa mengikut turutan lagi. Dan mulai dari entri yang lepas juga, aku sudah tidak menghantar satu-satu bab itu sepenuhnya, mungkin hanya 30%, mungkin hanya 50% sahaja...
Hmmmm... ATAUPUN mungkin sebenarnya aku patut menghantar versi "UNCUT" di sini...
John O Gaunt, pub kecil yang tersembunyi di antara deretan kedai teres dua tingkat yang mengisi ruang tepi jalan besar Market Street di tengah-tengah bandar Lancaster. Di muka pintunya terdapat papan tanda tergantung (yang begitu buruk!) yang bertulis ‘JOHN O GAUNT INN WELCOME!’.
Tidak ramai yang datang ke sini. Hanya orang yang sudah mengenali tuan punya kedai sahaja yang selalunya singgah untuk menenangkan fikiran. Dan itulah yang disukai oleh Daniel, Adam dan Derek. Di sinilah tiga rakan baik itu selalu berjumpa bila ada kelapangan. Lagi sedikit yang berkunjung, lebih baik!
“Daniel! Daniel! Di sini!” Adam memanggilnya dari satu sudut kedai yang sedikit tersorok. Cuma Adam sahaja yang ada di situ walaupun di atas meja sudah ada empat gelas minuman yang belum terusik.
“Kawan baik aku!” Adam tersenyum dan bangun untuk bersalaman dengan Daniel. Itu pun kalau menggenggam tangan dan kemudian melagakan di antara satu sama lain boleh di anggap sebagai satu salam!
“Mana Derek?”
“Belum sampai lagi! Kejap lagi sampailah!”
“Habis air siapa ni?”
“Aku belikan untuk kau dan Derek dengan sepupunya! Aku belanja malam ni!”
Memang betul apa yang dikatakan Adam. Tidak sampai beberapa minit mereka berbual-bual, Derek datang dengan seorang gadis yang cukup cantik dan seksi. Gadis itu memakai skirt pendek hitam yang seolah-olah terlekat di tubuh. Dia mengenakan jaket kulit hitam yang dipadankan dengan beg tangan yang juga berwarna hitam. Rambut perangnya yang lebat mengurai itu membuatkan setiap lelaki yang memandang gadis itu memandangnya buat kali yang kedua!
“Maaf kawan-kawan. Aku terlambat! Kenalkan... Amelie. Amelie... ni kawan-kawan baik aku, Daniel dan Adam!” Beritahu Derek tersengih lebar memperkenalkan Daniel dan Adam walaupun pada ketika itu, kedua-duanya bagaikan sudah tidak kesah lagi dengan kehadiran Derek. Pandangan mata mereka hanya tertumpu pada Amelie sahaja.
“Bonsoir! Nama saya Amelie! Dari Paris!” Beritahu Amelie sambil mengukir senyum mesra. Oh! Jantung Daniel benar-benar bagaikan mahu tercabut. Dia tahu bahawa dirinya telah jatuh cinta pandang pertama dengan Amelie!
“Ah, Paris! Kota pencinta. Kota yang romantik! Tak hairan kalau Amelie datang dari situ!” Kata-kata dari Daniel itu membuatkan Adam dan Derek ketawa terbahak-bahak. Amelie hanya tersipu-sipu malu.
“Amelie... Daniel ni lelaki kasanova. Jaga-jaga! Tak apa... saya boleh jaga Amelie dari dia ni!” Adam pula mencelah untuk mengambil hati Amelie. Dia memang tidak akan mengalah kepada Daniel malam itu.
“Kasanova? Kasanova sepatutnya boleh bercakap di dalam bahasa dari kota romantik!” Balas Amelie. Nampaknya gadis itu juga mahu menduga Daniel. Adam dan Derek mengetawakannya bagaikan orang yang terencat akal. Kawan yang tidak boleh diharap!
“
Je ne suis pas un casanova, je suis juste stupefie par votre beaute!” (Aku bukan kasanova, cuma aku terpukau dengan kejelitaan kau!). Kebolehan Daniel berbahasa Perancis itu membuatkan Amelie tersenyum lebar. Memang sah Derek tidak pernah memberitahu Amelie yang Daniel memang boleh bertutur di dalam bahasa Perancis.
“Je suis vraiment impressionne! Ou apprenez-vous le francais?” (Aku benar-benar kagum! Di mana kau belajar bahasa Perancis?)
“De la maman. Elle est francaise!” (Dari ibu. Dia berasal dari Perancis!)
“Quelle partie en France?” (Di bahagian mana di Perancis?)
“La Normandie.” (Normandie.)
“Derek! Cepat tutup mulut Amelie! Jangan bagi dia bercakap lagi!” Adam menjerit dan menarik Daniel ke sisinya. Sambil tertawa itu, dia memeluk Daniel dan cuba menutup mulut Daniel.
“Derek! Kawan kita ni sudah mabuk!” Mereka ketawa tidak mempedulikan pengunjung-pengunjung lain. Lima enam orang yang duduk berhampiran dengan mereka juga tertawa geli hati melihat gelagat Adam yang lucu.
“Nous devrion aller quelque part au quiet!” (Mari kita pergi ke tempat yang sunyi!)
“Ou?” (Di mana?)
“Adam! Daniel dah merepek balik!” Gurau Derek pula yang menjerit dan cuba menutup mulut Amelie. Adam pula cuba membuatkan Daniel menogak air yang dihulurkan kepadanya.
“Sous les etoiles! Loin de ces idiots!” (Di bawah bintang-bintang! Jauh dari orang berdua yang bodoh ni!)
Kali ini tiba giliran Daniel dan Amelie pula yang tertawa geli hati. Adam dan Derek tidak tahu bahawa mereka baru sahaja diperbodohkan tadi. Keempat-empat sahabat itu bergurau senda bagaikan berada di dalam dunia mereka yang tersendiri. Dan sudah bergelas-gelas minuman yang dihabiskan tetapi masing-masing masih tidak menampakkan tanda untuk beredar dari situ.
“Jadi ke mana kita nak pergi?” Tanya Adam sambil menguap. Sudah beberapa kali sebenarnya dia menguap letih. Derek sudah hampir tertidur. Cuma Amelie dan Daniel yang kelihatan masih lagi segar. Daniel tahu bahawa dia tidak mabuk walaupun pandangannya juga sedikit berpinar-pinar. Dia hanya berani untuk mencuba sehingga lima gelas sahaja. Itu pun kalau diketahui oleh ibu, mati dia dibuatnya. Tetapi Amelie walaupun sudah meneguk bergelas-gelas air kuning itu, masih lagi waras dan bertenaga.
“Malam masih lagi muda! Mari kita menari dan menyanyi dalam udara malam yang sejuk!” Kata Amelie lantas menyanyi riang. Daniel tersenyum sumbing. Ah! Ingatkan Amelie masih lagi waras, rupa-rupanya dia juga sudah mabuk seperti Adam dan Derek!
“Apa kata kalau kita lawan minum sampai mabuk?” Tanya Derek tersengguk-sengguk.
“Oh, Tuhan! Kau sudah mabuk, Derek!” Adam memarahinya.
“Eh! Besok kita ada kelaslah!” Daniel bangun tiba-tiba. Dia melihat jam di tangannya. Sudah pukul dua belas tengah malam. Bukankah tadi baru pukul enam petang?
“Oh! Tuhan... sudah pukul dua belas malam!”
Adam dan Derek menjerit seperti budak kecil bila menyedari bahawa mereka sudah lama berada di situ. Masing-masing bangun dan bergegas keluar dari John O Gaunt sambil menyumpah.
“Daniel! Voulez-vous m’aaopagner ce soir? Je suis froid...” (Daniel! Mahu tak engkau menemani aku malam ni? Aku rasa sejuk...)
Amelie mengenyitkan matanya. Oh! Dia pura-pura mabuk rupanya di hadapan Derek dan Adam tadi. Dan kini dia mengajak Daniel untuk menemaninya malam ini.
Oh! Daniel tahu kalau dia mengikut Amelie balik ke hotel malam ini, dia pasti tidak akan sampai ke kelas tepat pata waktunya. Mungkin juga dia terus tidak akan datang ke kelas esok! Jangan pergi! Besok ada kelas! Besok ada kelas!
“Okey...” Daniel tersenyum. Bagaimana mungkin dia menolak pelawaan Amelie yang bagaikan bidadari itu?
9 Comments:
makan masa bertahun nak update blog!
~zalisa maz~
~zalisa maz~
Ebriza...
hehehe... Nanti jadi "panas" plak blog ni! huhuhu
Zaliza Mas,
Lama dah saya update blog.. awak jer lama tak menjenguk ke sini :)
hehehe... Nanti jadi "panas" plak blog ni! huhuhu
Zaliza Mas,
Lama dah saya update blog.. awak jer lama tak menjenguk ke sini :)
John, dah dapat email daripada saya?Sekadar memberi cadangan.-ebriza
Ebriza.. thanks..dah dapat dah.. tapi belom berkesempatan utk balas balik.. sibuk sket ari nih hehehe
kat UK sekarang ni masalah utama di kalangan remaja (selain teenage pregnancy) ialah 'binge drinking' (with total estimated cost of 20billion pounds). mungkin lepas scene ni boleh selitkan adegan kesan akibat binge drinking... so at least the story has a moral to tell.... more info on binge drinking? wikipedia lah.. hehe
john, pandai ye.. letak sikit-sikit sana-sini buat org pening tapi saya masih rasa semua golongan boleh baca, bukan remaja saja
ahmed razman...
I will definetely check it out!
em... hehehe.. time kasih.. lega bila semua golongan dapat menerima cinta dalam sepotong keju ni
I will definetely check it out!
em... hehehe.. time kasih.. lega bila semua golongan dapat menerima cinta dalam sepotong keju ni
Adakah ini Daniel dari Tunjukkan Aku satu bintang?
Saya dtg lagi sekadar utk berkongsi pendapat. Tak salah menggambarkan suasana sebenar di Pub tu, atleast para remaja dpt mpertimbangkan yg mana dan buruk jika awk masukkan sesuatu yg blh memberi kesedaran pada mereka.Agar keslahan di dalam watak yg awk tonjolkan tdk diulangi oleh mrk di luar sana.
Htr aje ke cesb, biar pihak cesb yg putuskan samada utk digunting ataupun tidak bab versi uncut tu ... Kalau ia digunting, awk boleh masukkan special edition dlm blog awk versi uncut, pasti meletop!
Satu lg ... uik, saya masih belum mencapai title novelis terkemuka tanahair.Saya masih bertatih utk mencapai title tu.Hehehe ... neway, terima kasih kerana mengiktirafkan saya. :-D ebriza