Kajian Novel DBP: Antara komersialisme dengan Intelektualisme

Jumaat, Disember 15, 2006
Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tajuk: Kajian Novel Popular di Malaysia: Antara komersialisme dengan Intelektualisme
Tarikh: 14-15 Disember 2006
Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP, KL (8am-5pm)

Salah satu novel yang akan diperbincangkan adalah "Tunjukkan Aku Satu Bintang".

Saya tidak dapat menghadiri perbincangan ini di atas sebab-sebab tertentu. Saya tidak tahu apakah motif yang hendak dicapai walaupun saya berharap segala produk yang keluar hasil dari perbincangan itu nanti semuanya yang baik-baik belaka.

Kadang-kadang saya naik hairan kerana di Malaysia ni seolah-olah kita cuba mewujudkan dua kelompok penulis - 1) Penulis intelektualisme 2) Penulis komersialisme.

Selalunya yang dihentam adalah penulis komersial yang dikatakan hanya menulis novel-novel picisan dan hanya mahu mengaut keuntungan dunia sahaja. Dan penulis-pemulis ini dikatakan tidak membantu kepada pembangunan sahsiah masyarakat.

Memang benar ada novel-novel picisan yang memang punya mutu yang rendah, tetapi ingat, tidak semua seperti itu. Tetapi yang menghairankan, kenapa novel-novel murahan ini yang menjadi "best-seller" di Malaysia? Lalu adakah salah penulis yang terpaksa meng'stereotaip'kan novel-novelnya demi mendapatkan sesuap nasi hasil daripada kerja mereka?

Hehehe... tak tahu kenapa pula saya menjadi serius seperti ini....

Untuk nota kaki yang lain, akhirnya manuskrip "Cinderella Cinta" telah berjaya disiapkan... :) Jadi kepada kak Wan Amalyn.. "sabo-sabo' lah ya! :)

Projek seterusnya; adalah novel picisan remaja berjudul "Cinta Dalam Sepotong Keju" :) :)






 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 11:20 PG, |

6 Comments:

Apa hasil perbincangan tu? Ada sapa-sapa boleh cerita?
Ada sesiapa yang tahu?
  At 5:58 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
John... mmg kak wan dah tak sabar ni... moga2 sempat dengan Book Fair tahun depan :p

nak tau gak apa hasil perbincangan tu... :D
  At 9:03 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Tak tahu juga ni kak.. minta2 dapat diterbitkan sebelum pesta buku la...
  At 6:44 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Ringkasan dari kesimpulan kertas kerja TASB:
Unsur komersial dan intelektual bersepadu dgn baik. Dlm novel ini pengarang menyiratkan pendapat betapa pentingnya seseorang Muslim itu dibimbing ke arah kenaikan dan menjalani hidup lurus dan benar.

Pendapat saya: sayang, kajian novel yg baik begini banyak tertumpu pada penjelasan jalan cerita. tidak dihuraikan pula unsur intelektualisme atau nilai estetika sepertimana dijelaskan untuk novel-novel lain.
  At 8:11 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Terima kasih em :)