Kenapa Novel Remaja?

Jumaat, Disember 22, 2006
Ada beberapa orang yang bertanya kepada saya, kenapa saya mahu menulis novel remaja (dibaca: novel picisan remaja!) sedangkan saya telah menulis 3 novel (satu lagi novel baru sahaja dihantar untuk penerbitan) yang dianggap berat dan memeningkan kepala (walaupun masih lagi berada di dalam kelompok novel kreatif/popular).

Saya hanya tersenyum, saya beritahu mereka - tidak ada novel picisan atau novel berat. Setiap novel punya kelompok peminat yang tersendiri. Masalahnya, bila seorang akademik berusia 40 tahun membaca novel (contoh novel A) yang dikhususkan untuk anak-anak remaja berusia 15-20 tahun, maka betullah tanggapan ahli akademik tersebut bahawa novel A tersebut adalah novel picisan. Tetapi jika anak-anak remaja terbabit membeli novel B yang penuh dengan kandungan ilmiah, sudah tentu anak-anak remaja terbabit pun punya tanggapan yang sama seperti tanggapan ahli akademik itu terhadap novel A!

Masalah yang saya lihat di sini ialah, ahli akademik kita suka/mahu meletakkan novel popular kepada satu kumpulan sahaja - novel picisan!

Saya tidak faham kenapa. Adakah salah pembaca? Atau salah penulis sendiri? Anda yang punya jawapannya.... Tapi jangan salah sangka pula, saya tetap berpendapat semurah mana pun novel itu, jika bahasa Melayu adalah mediumnya, maka penulis MESTI dan WAJIB menghormati bahasa Melayu TANPA mencampur adukkannya dengan bahasa yang merosakkan kecantikan warisan bahasa Melayu itu sendiri!

Jika di negara barat, anda boleh menulis apa sahaja... novel cinta murahan, novel seram, novel Thriller, novel bertema kemanusiaan, novel keagamaan atau apa sahaja. Tidak ada yang memperdebatkannya. Malah, setiap genre itu punya hadiah penghargaannya sendiri.

Mungkin kita terpaksa melupakan DBP untuk memberikan penghargaan ini. Mungkin juga penerbit-penerbit novel popular boleh bergabung tenaga untuk mewujudkan hadiah penghargaan mereka. Sekurang-kurangnya penulis-penulis yang berada di genre ini merasa dihargai dan dihormati.

Jadi kenapa saya mahu menulis novel remaja?
Saya tersenyum kembali. Kata saya lagi, saya mahu mencuba sesuatu yang baru..
Variasi. Saya suka untuk mempelbagaikan eksperimentasi saya di dalam dunia sastera ini.

Siapa tahu, untuk novel yang seterusnya, saya akan menulis sesuatu yang benar-benar berat pula?

 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 10:21 PG, |

10 Comments:

  At 11:08 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Smekom John,

saya setuju dengan pendapat awak untuk semua penerbit genre novel popular bergabung tenaga untuk mengadakan satu anugerah bagi menghargai kita di dalam genre penulis novel popular. Secara tak langsung, ia dapat mencetuskan semangat kita untuk lebih giat berkarya dan menghasilkan novel yg bermutu tinggi walaupun bukan di bidang akademik.

Bagus persoalan yang awak utarakan ini.

Salam : Ebriza
Walaikum salam Ebriza,
Nanti kena beritahu pak Jaafar taib la nampaknya ni! hehehee

Tapi memang betol la... kalau hasil kajian novel DBP tu tak menyebelahi penulis karya popular... kita yang kena bangkit sendiri dan tolong sesama sendiri, kan?

:)
  At 12:23 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
John,

Tahu tak pe ... Hmm,awk cubalah utarakan usul ni pada Pak Jaafar Taib, manalah tahu dia ada perancangan utk projek masa depan. Hehehe ...

Kalau artis blh dihargai dgn pelbagai hadiah, kenapa tidak dgn kita yg sakit otak memerah idea. Betul tak?Bukan senang nak perah idea, kan John? Tambah sakit kalau idea tak datang.

:)-Ebriza
BETOLLLLLL DAN SOKONGGGG!!!!
Rasanya di bidang seni, artis yang paling sukar nak perah idea adalah penulis... tapi merekalah yang paling sedikit sekali mendapat insentif...
  At 8:13 PG Anonymous Tanpa Nama said:
John, tahniah kerana berjaya menulis buku 100% dalam bahasa melayu. Saya pula berpendapat tidak salah kalau penulis menggunakan juga bahasa asing dalam buku melayu jika
1) bahasa asing itu dikenalpasti sebagai 'asing' iaitu dicondongkan
2) penulis ingin menyampaikan keadaan sebenar dan bahasa asing lebih menepati maksudnya
3) bahasa asing itu betul tatabahasa dan nahunya
4) mangalih bahasa asing itu ke bahasa melayu mengubah gaya penulisan penulis itu


Penerbit bergabung untuk hadiah penghargaan? bagaimana kalau satu-satu penerbit itu hanya akan menonjolkan karya terbitan mereka sendiri? Perlu juga badan berkecuali untuk hal ini dan tak semestinya DBP.

*mantan remaja*
Kat UK ni boleh cari macam2 book awards (sebagai contoh www.costabookawards.com). Kedai kopi pun boleh kasi penghargaan. Mungkin langkah permulaan boleh jumpa Kinokuniya, Borders atau MPH dan bincang dengan mereka. Takpun ikut langkah Costa, jumpa San Fransisco, Starbucks dan Coffee Bean.

Oh ye, kalau nak teruskan CDSK, masukkan cerita postgrad jugak... hehe
  At 7:35 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Mantan remaja,
Terima kasih di atas pandangan anda... saya rasa apa yang and maksudkan itu betul.. apa yang cuba saya katakan ialah penggunaan perkataan slanga dan mecampur-adukkan perkataan Inggeris ditengah2 ayat bahasa melayu yang membuatkan bahasa Melayu di dalam novel itu menjadi "rosak"...

2. Mungkin Creative, ALaf 21, etc... kena taja hadiahnya tapi orang yang menjadi juri mestilah neutral dan bukan dari Creative,alaf dan sebagainya.
  At 7:36 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Abe,
Insya Alllah... kalau nak masukkan nama hang pun buleh.. tapi kena jadi watak sampingan jer la.. sebabnya watak utama dah bagi nama dah..
haha...kalau nama aku ada nanti, aku belikan ko jersi Manchester United
  At 7:29 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Ahmed Razman... OK! Deal! :) :) hehhehhehehe....