Lagi tentang kajian novel: Novel Popular kecoh lagi...
Sabtu, Disember 16, 2006
BELUM sempat Bengkel Kajian Novel Popular Di Malaysia: Novel Popular: Antara Komersialisme Dengan Intelektualisme anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berlangsung, ia sudah menjadi isu hangat pada Mesyuarat Agung Pena Ke-43 lalu.
Penjana Teori Persuratan Baru, Mohd Afandi Hassan, mempertikaikan tumpuan yang diberikan DBP pada genre berkenaan dan keadaan dimudaratkan lagi apabila terdengar desas-desus cadangan untuk menyediakan hadiah khusus untuknya.
Ledakan kejengkelan itu disambut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar, dengan alasan penulis novel popular memberi bentuk dinamik baru kepada gerakan penulis dan penerbitan buku bahasa Melayu di negara ini.
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) pula turut menerima ledakan kejengkelan itu apabila menjadi penganjur bersama untuk Bengkel Kajian Novel Popular Di Malaysia: Novel Popular: Antara Komersialisme Dengan Intelektualisme.
Timbalan Presiden Pena, Datuk Baharuddin Zainal, menyatakan pendirian Pena dalam ucapan penggulungannya dengan kenyataan badan penulis itu bertindak atas kapasiti pemikir yang perlu bekerjasama dan bertolak ansur tanpa terpengaruh cita rasa peribadi.
“Saya yakin perbincangan novel popular sebenarnya menumbuhkan perdebatan di kalangan penulis muda dan ilmuwan serta penolakan berterusan, hanya melambangkan tindakan anti-intelektual,” katanya.
Bengkel dua hari yang dirasakan jelek oleh Mohd Affandi itu akan berlangsung di Menara DBP, pada pagi ini dan 13 sarjana akan membedah 16 karya yang diserahkan penerbit novel popular kepada penganjur.
Sastera diberitahu, pemilihan 16 novel popular terbabit dibuat berdasarkan populariti pengarang, kekerapan ulang cetak, mencatat jualan paling laris di pasaran dan tidak pernah memenangi hadiah sastera.
Berita penuh

7 Comments:
« back home
Catat UlasanDi dalam perkembangan lain pula, kajian menunjukkan pasaran novel-novel cinta remaja merundum sebanyak 33% ... ALAMAK... saya baru sahaja beritahu nak buat novel remaja 'Cinta Dalam Sepotong Keju' ... nampak gayanya terpaksa berfikir beberapa kali lah kalau nak buat tu!!!
Gud Luck walau dlm genre apa pun yg awk ceburi. Saya tak sabar nak dapatkan novel CC awk di pasaran n novel warkah berlagu pilu saya pun dh diterima oleh cesb. - Ebriza
Oh! Warkah Berlagu Pilu dah diterima dah? Tahniah Ebriza! :) :)
Ebriza, atau sesiapa...
Siapa yang tahu hasil dari perbincangan kajian novel DBP tu? mungkin boleh update di sini...

ada 16 kertas kerja yg dibentangkan dan setiap kertas kerja mengikut kajian satu-satu sarjana yg tersendiri. jadi nak kata hasil yg tepat... susah nak cakap la. saya ada kertas kerja TASB extra. john berminat?
Em ada kertas kerja tu? Best nya.. boleh tak kalau kongsi ngan saya.. sekurang2nya saya boleh tahu apa yang harus diperbaiki untuk novel yang seterusnya...
Em...
Dah anto ek?
Dah anto ek?