Pembikin novel dua dalam satu!
Khamis, Disember 28, 2006
Aku mahu mencuba sesuatu yang baru melalui Cinta Dalam Sepotong Keju ini - sebuah novel remaja/dewasa yang santai dan tidak dipenuhi cerita/konflik yang berat (dibaca sebagai: novel picisan hahahha!)... Hmmm.. sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru sangat dan sudah banyak berlambak di pasaran, tetapi aku dapat rasakan bahawa deria imaginasiku perlukan rehat sementara selepas 3 buah novel yang penuh dengan bahasa puitis dan maksud tersirat.
Ya! Anggaplah buah tangan yang aku usahakan ini sebagai sebuah eskapism sebelum aku menekan gear satu dan meluncur laju untuk novel yang akan datang.
Hmmm.. sebenarnya memang sudah berada dalam kotak fikiran aku (novel akan datang) tapi biarlah aku simpan dulu... Ceritanya sedikit tentang paranormal - pesakit yang boleh sembuhkan orang dan manusia yang hilang kepercayaaannya dengan Tuhan.... dan seorang budak yang cuba menggembirakan ibunya yang cuma tinggal beberapa minggu sahaja untuk hidup.
Jadi aku terpaksa mengkaji terma-terma dunia perubatan kembali sebelum memulakan novel seterusnya itu.
Tetapi kadang-kadang otak aku terfikir juga, bagaimana kalau aku menulis dua buah novel serentak? Bolehkah aku menulis dua buah novel yang berlainan gaya bahasa dan tema di dalam satu-satu masa? Aku berharap ada penulis-penulis di luar sana yang telah atau sedang melakukan eksperiman dua novel di dalam satu masa. Pasti menyeronokkan, pasti memecahkan kepala! hehehe...

10 Comments:
2 novel berlainan dalam satu masa? macam tiup seruling sambil ketuk drum...macam menyelam pastu minum air...macam buat kerja sambil YM....susah tapi boleh dibuat.. hehe...
dah tengok citer The 4400? isu menarik berkenaan Shawn yg boleh sembuhkan orang dan masalah yg dia hadapi dgn power dia tu...

Ebriza.. nasib baik tak tertukar cerita ek di antara dua novel tu? hehehehe :)
abe...
Wah berpuisi nampak? :) Aku rasakan kao ada bakat menulis gak la bro huhuhu :) nak tambah satu lagi... cam buat keje sambil main solitaire bila boss tak der huhuhu
Alamak! Camner boleh tau nih.. salah satu inspirasi aku adalah cerita 4400 tu la... kantoi.... huhuhu

Hampir tertukar citernya ... tu yang cakap tak mampu buat. Eh ...4400 pun citer kegemaran saya. Tapi yg termiss 4400 musim kedua. Memang syok oo layan citer tu. Hehehe. Selamat Hari Raya Aidiladha .. - Ebriza
Sama la saya.. :)
ni kiranya macam citer paranormal la ni... :D
4400 ada lagi ke..?? rasanya cam dah abis kan..?? ke kita yang tertinggal jet ni.. *garu paler* uuwwaaa sedihnya... kita suka sgt citer tu... lagi satu citer Medical Investigation [MI]... pun dah abis...!!!

Kak Wan...
Lebih kurang la.. tapi sebenarnya lebih tertumpu dengan persoalan iman dan kepercayaan.. itulah yang sebenarnya saya nak kupas :)

Gunakan KJ Method.
wah... ni yang tak sabar nak tunggu ni... :)
Hehehe ... bagus juga kalau nak mencuba tapi saya tak mampu la nak buat dua novel sekaligus dlm satu masa. Kalau ada pun, saya akan siapkan satu2 dulu sebelum mula yg baru. Bkn apa, takut terkonpius lak. :D
Pernah cuba tapi sakit kepala otak ni membuatkan saya tumpukan pd sebuah-sebuah dulu.Hehehe ....
neway, gud luck!
~ebriza~