Azam baru?

Khamis, Januari 04, 2007
Salam!
Kembali semula ke blog ini. Di harapkan semua sihat-sihat dan tidak mengalami keracunan makanan atau kenaikan berat badan yang mendadak ketika hari raya yang lalu (hehehe...). Dan diharapkan juga semoga tahun baru ini menambahkan lagi ukhuwah persaudaraan sesama kita.

Namun yang pasti, doa dan rasa kasihan saya ditujukan kepada mangsa-mangsa banjir yang menderita di atas bencana yang telah menimpa mereka beberapa hari yang lepas. Walaupun saya sendiri tidak menerima kesannya secara langsung, tetapi kaum keluarga saya yang lain turut menderita akibat banjir. Kasihan keluarga Pak Ngah yang terpaksa merayakan Hari Raya yang lepas ini hanya dengan juadah Maggi dan air kosong sahaja! Semoga mereka dan mangsa-mangsa banjir yang lain tabah di dalam mengharungi dugaan Tuhan yang besar ini.

Saya hanya mahu mengingatkan diri saya sendiri bahawa selalunya manusia lupa bahawa segala bencana itu punya hikmah dan ada sesuatu yang baik dan manis di sebaliknya, Insya Allah, jika kita menerimanya dengan sabar. Mungkin juga ia satu tanda bahawa kita patut berhijrah dari sifat dan kelakuan yang dahulu kepada yang baru dan lebih baik. Mungkin juga kita sudah patut menanamkan azam baru sempena lembaran baru di tahun yang baru ini.

Jadi apa azam anda semua?

:)

Azam saya tahun ini adalah seperti berikut:

1. Menyiapkan dua novel di dalam tahun ini. (Saya rasa saya boleh melakukannya!!)
2. Setiap bulan saya mahu menghabiskan membaca sekurang-kurangnya tiga buah novel (Tabiat yang sudah beberapa bulan saya tinggalkan... dan juga untuk menyahut kempen membaca!!)
3. Bangun setiap pagi pada pukul 5.30 pagi (hari Ahad yang liat sikit hehehe!)
4. Dan yang terakhir tetapi yang paling penting sekali... hmmmm mungkin yang satu ini saya rahsiakan daripada dikongsi dengan anda semua :) :) :)


Saya juga ingin memberitahu semua bahawa saya telah menerima kertas kerja kajian novel popular: Tunjukkan Aku Satu Bintang beberapa hari yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Em di atas susah payah mengharungi banjir untuk sampai ke pejabat pos dan menghantarnya kepada saya. Nasib baik juga pejabat pos Pasir Gudang tak dihanyutkan air maka dapatlah posmen menghantarnya terus ke rumah! (Em! Jangan marah... saya bergurau ni! :)) Alhamdulillah segala dokumen yang dihantar semuanya sampai di dalam keadaan yang selamat.

Insya Allah saya akan berkongsi serba sedikit mengenainya di dalam blog ini esok. Sehingga kita berjumpa lagi!


 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 8:20 PG, |

9 Comments:

  At 9:39 PG Anonymous Tanpa Nama said:
John,

Semoga berjaya mencapai azam tahun baru dgn menghasilkan 2 buah novel tahun 2007.

Saya juga nak kekal maintain azam tahun ni dgn menghasilkan 3 buah novel seperti tahun lepas (kalau blh) dan juga menamatkan persoalan 'BILA' yg tak pasti. Hehehe ... (Tak taulah bila nak pasti)

~Ebriza~
Wah Ebriza!
3 novel setahun... bestnyer... saya masih jauh lagi nak jadi macam awak la.. dua tuh pun merangkak2 la hahahahah
lupa lak...
persoalan BILA tu memang memeningkan betol la... hai.. sampai naik botak saya dibuatnya!
:) :)
  At 5:17 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Hehehe ...

Tentang Persoalan 'BILA' saya sendiri pening nak bagi jawapan apabila terlalu banyak pertanyann diajukan pada saya.

Entahlah ... Saya pun tak tahu BILA nak tamat! :) :) :)

~ebriza~
kalau sajer nak baca buku yg lain genre... cuba baca latest novel by Michael Crichton - Next. a thought provoking piece of reading..in the same line with his previous novel - A State of Fear
  At 7:37 PG Anonymous Tanpa Nama said:
best tak? i'm reading a science fiction genre at the moment - Aurian (The artefact of Power book 1) by Magie Fury - It's better than Harry Potter or Lord Of the Rings I'm telling ya!
  At 10:12 PG Blogger Idlan said:
ko jangan tak tahu razman.. siap borong satu series terus.. hehehe
Erk.. ada satu lagi lom dapat .. buku no 3! huhuhu
  At 11:34 PG Anonymous Tanpa Nama said:
syukur dah dapat. betul-betul ingat hanyut air dah...

azam no. 4 tu mesti 'sesuatu yang bermakna' kan? kan? kan?