Cinderella Cinta: Jenguk lagi!
Rabu, Januari 17, 2007
Separuh yang terakhir dari bahagian penuh bab ini...
Mia menarik nafasnya yang tersekat-sekat. Dia menatap kembali bingkisan e-mel dari Ona itu. Hatinya tiba-tiba sebak. Jadi Ona juga gagal untuk mencari Edri? Jadi Edri telah hilang dari hidup gadis bernama Lara Mia ini? Dan Edri tidak akan kembali lagi?
Oh! Tuhan. Kadang kala terlalu kejam permainan dunia. Kita selalu terlupa pada cinta yang tulus. Kita buta untuk menilai kejujuran sebuah pengharapan. Tetapi bila segalanya hilang, kita merana dan menyesali keterlanjuran itu. Tetapi kita tidak mungkin akan dapat mengembalikan harapan yang hilang itu. Hilang dan hilang dan hilang tanpa sebarang kenangan lagi!
Entah bila air matanya tumpah, Mia tidak perasan. Ah! Dia tidak pedulikan semua itu lagi. Air mata sudah tidak bernilai lagi. Kerana Edri sudah tidak dapat dijumpai lagi. Sudahlah Salimullah juga tidak tahu tentang Edri...
Tetapi kenangan juga yang datang. Kenangan dengan Edri.
“Nanti kalau kita dah kahwin. Aku nak pindah ke Mountpellier di selatan Perancis. Aku mahu bina kebahagiaan buat engkau dan anak-anak kita nanti. Biar sepanjang hari kita boleh menyusur pantai dan mengutip karang-karang laut. Kita akan bahagia di sana, Mia. Kita akan bahagia!”
Mia cuba untuk tidak menangis. Mia cuba untuk tidak menitiskan air mata lagi. Tetapi kata-kata Edri itu bermain lagi di ingatannya. Bagaikan duri-duri yang tersangkut di hati. Dan Mia tidak dapat membuang duri-duri itu tetapi terpaksa hidup di dalamnya dengan keperitan dan kesakitan selama mana nafas masih lagi bernyawa. Dan air mata gugur lagi membasahi bumi...
“Mia... kenapa engkau menangis, Mia?” Suara lembut bersimpati menerjah lembut ke deria telinga Mia. Dan Mia tidak perlu menoleh untuk mengetahui siapa yang menyoal itu. Victor kini sedang berdiri di muka pintu.
“Maafkan aku... maafkan aku. Pintu terbuka luas tadi. Dan aku cuma mahu meletakkan fail-fail ni. Tapi aku nampak kau sedang menangis pula...” Ujar Victor dengan satu kelembutan yang begitu menenangkan. Mia tidak menyahut tetapi cepat-cepat mengesat air mata yang membasahi pipi.
“Mia... aku minta maaf sebab berkasar dengan engkau tadi. Tak sepatutnya aku tuturkan kata-kata yang menyinggung perasaan engkau tadi.”
“Victor, tak usah... aku tak ada apa-apa. Aku cuma...”
“Tak Mia! Aku terpaksa beritahu kau juga. Aku terlalu sayangkan engkau sampai aku tak mampu nak terima hakikat yang kau tak sudi nak terima aku. Maafkan aku, aku... aku tahu bahawa kau menangis sebab sikap aku yang bodoh tadi!” Kali ini Victor menghampiri Mia yang masih duduk terpaku di kerusinya.
Mia cuba tersenyum. Oh! Tuhan. Hatinya tiba-tiba bergetar dengan seribu dosa dan rasa bersalah. Victor. Lelaki itu tidak tahu bahawa penyebab kesedihannya adalah Edri dan bukan dia! Ah! Victor terlalu jujur sehingga tidak dapat meneka bahawa Mia sedang menangisi kehilangan Edri dan bukan Victor!
“Engkau sedang tengok apa?” Victor cuba bertanya sambil melemparkan senyum yang menawan hati. Cepat-cepat Mia menutup skrin komputernya sambil menggeleng kepala. Gadis itu tidak mahu Victor terasa hati jika mengetahui bahawa Mia sedang mencari Edri kembali.
“Tidak ada apa-apa Vic. Aku... aku cuma mahu tahu lebih terperinci... tentang... tentang budaya hidup di pergunungan ni. Jadi aku... cuba cari dalam internet. Vic, aku lapar. Boleh kau teman kan aku makan kat luar sana? Aku tak boleh tidur kalau lapar!”
Mia memarahi dirinya berkali-kali. Dia tidak tahu kenapa dia boleh memberikan cadangan yang begitu memalukan itu. Mengajak Victor makan malam berdua di tengah-tengah budaya yang memandang serong bila lelaki dan perempuan keluar bersama? Dia memang mencari nahas!
Victor memandang Mia dengan wajah kehairanan tetapi beberapa ketika kemudian, dia tersenyum lebar.
“Mungkin itu cadangan yang baik. Aku juga lapar. Tapi lebih baik kalau kita ajak yang lain.” Beritahu Victor jujur.
“Aku panggil yang lain.” Ujar Victor lagi lalu melangkah pergi. Mia terpaku sambil memerhatikan Victor. Mia mengeluh hiba. Lelaki itu tidak pernah sedikit pun berputus asa...
“Vic!” Suara Mia mematikan langkah Victor. Dia menoleh ke arah Mia dan pandangan mereka bertaup menjadi satu. Hembusan nafas mereka dan deru angin bernyanyi di dalam irama yang sama – hati yang terluka.
“Vic... boleh... boleh aku tanya... sesuatu?”
“Tanyalah...”
“
Kenapa engkau masih sabar dengan kedegilan aku? Engkau tahu kan yang aku tak akan dapat terima kau. Yang aku masih lagi mencintai Edri. Tapi bagaimana... bagaimana kau masih boleh sabar menunggu aku?”
Victor meneguk air liurnya yang hampir kering. Dia memandang Mia sekilas tetapi kemudian menundukkan wajah bagaikan orang bersalah.
“Aku tak tahu, Mia. Demi Tuhan aku tak tahu. Tapi yang pasti... bila aku melihat engkau, aku rasa gembira.” Lelaki itu terdiam seketika. Kemudian dia memandang Mia kembali dengan pandangan penuh keceriaan. Dan ada senyuman yang terukir di wajah lelaki itu. Tetapi Mia dapat merasakan satu keperitan dan kesengsaraan yang amat dalam.
“Hanya dengan melihat engkau, aku jadi tidak punya masa untuk meratapi nasib malang ku. Aku jadi terlupa bahawa engkau masih mengingati Edri. Dan aku terlupa bahawa gadis yang bernama Lara Mia di hadapan ku ini memang tidak pernah sekalipun mencintai aku...” Victor menarik nafas berat sebelum melangkah pergi. Tidak sedikit pun dia berpaling memandang Mia yang masih terpaku di tempat duduknya.
Terpaku kerana tersentak dengan kata-kata yang penuh luka yang dalam itu...

8 Comments:
« back home
Catat Ulasanaku baca sambil dengar lagu Mithali Cintaku... terkedu sebentar... hehe
Huhu... Memang syahdu...
Aku plak suka perenggan-perenggan yang terakhir tu.. tak tahu kenapa, setiap kali baca, cam rasa sedih plak.. mungkin kot disebabkan benda tu aku pernah alami sendiri.... huhuhu

Wow, wow, wow. Saya turut terpaku!
JN,
Jgn terlalu taksub dgn cinta pertama krn cinta pertama tidak semestinya cinta sejati. Cinta pertama adalah laluan hati utk merasai apa itu cinta.
Mungkin ada sebab knp dia tdk ditakdirkan utk awak. Mungkin dia bukan cinta sejati awk walaupun merupakan cinta yg pertama (Kalau saya tak salah mentafsir).Saya akui bkn mudah utk melupakan cinta pertama ttpi kadang2 tdk semua yg kita impikan menjadi kenyataan krn smmgnya begitulah kehidupan.
Kdg2 saya terfikir sendiri, knpa harus wujud perasaan cinta sedangkan dia tdk ditakdirkan utk kita. Kemudian, saya mendapat jwpnnya, krn itulah dugaan daripada Allah swt utk menguji sejauh mana ketabahan kita menempuhinya.
Saya rasa, pasti Cinderella Cinta mempunyai sentimental value pada awak. 'Di Kala Cinta Terdetik & Hati Ini Milik Siapa' adalah diantara novel saya yg mempunyai sentimental value & amat bermakna sekali.
Pendapat Ikhlas : Ebriza

Ebriza,
Terima kasih di atas kata-kata yang begitu dalam itu. Saya akui cinta pertama adalah cinta yang tidak akan dapat dilupakan walaupun ia mungkin bukan cinta sejati seperti yang awak katakan itu.
Tunjukkan satu bintang adalah garapan terbaik saya setakat ini tetapi Cinderella Cinta adalah "sesuatu" yang terjadi di dalam hidup saya dan menjadikan ia sesuatu yang bermakna dan agak sukar untuk dihabiskan. Novel paling lama untuk dihabiskan!!!

John,
Hanya yang mengalami akan mengerti.
~ebriza~
Hanya yang mengalami akan mengerti.
~ebriza~
John,
Hanya yang mengalami akan mengerti.
~ebriza~
Hanya yang mengalami akan mengerti.
~ebriza~
Ebriza...
Betul... :)
Betul... :)