Cinderella Cinta... sneak peek!
Selasa, Januari 09, 2007
Sedikit preview dari dalam CINDERELLA CINTA...
Pagi itu, rombongan mereka bertolak awal. Seawal mentari yang baru terbit di ufuk timur. Pandangan di luar sana masih lagi berkabus tika kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki melalui kawasan lebuh raya pergunungan Malakand – Swabi. Gunung ganang terbentang luas. Kedinginan mencengkam tubuh walaupun sinar mentari telah menyuluh terang bumi Tuhan yang terbentang luas ini.
Tiba di Shahbazgarhi, kawasan arkeologi yang menempatkan patung-patung penyembahan lama zaman Asoka beratus-ratus tahun yang lampau, mereka terus membelok empat puluh lima darjah ke utara. Perjalanan berliku itu ditempuhi tanpa banyak bicara. Masing-masing terpesona dengan keindahan di sekeliling mereka. Ada kalanya perasaan gerun hadir bila mana kenderaan yang bergerak perlahan itu melalui cerun curam atau mendaki puncak yang jalannya sempit dan punya gaung yang dalam.
Tetapi di dalam hati Mia, cuma ada satu perasaan sahaja yang bergelora hebat. Resah yang amat. Dan kata-kata pakcik Abdul Rahman berulang kali bermain-main di kotak fikiran. Apakah memang benar dia berada di persimpangan kini? Persimpangan untuk menerima cinta Victor dan melupakan Edri?
Tapi aku sedang cuba mencari Edri!
Kau takkan jumpa Edri lagi Mia...
Aku sayangkan Edri.
Victor yang mencintai engkau, bukan Edri!
Tapi...
Kalau Edri mencintai engkau, kenapa dia tinggalkan engkau begitu saja. Dan kalau Victor tidak mencintai engkau, kenapa dia masih boleh setia menanti engkau sehingga saat ini?
Victor. Mia mengeluh kecil dan mengerling ke arah Victor. Tetapi jantungnya bagaikan mahu gugur di situ juga. Victor sedang tajam memandangnya!
Dan demi Tuhan, ada kesedihan yang terpancar dari mata lelaki itu.
Cepat-cepat Mia memutar pandangannya seratus lapan puluh darjah ke arah lain. Mia dia tidak berdaya untuk memandang dengan lebih lama lagi wajah Victor.
Sejak dari semalam lagi, Victor tidak bercakap dengannya. Marah kah dia? Adakah kerana Mia masih lagi tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan Victor dulu sehingga membuatkan lelaki itu tidak mahu bertegur sapa dengannya lagi?
Benar kata orang tua semalam tu, kau memang dah sesat jauh!
Apa maksud kau?
Pura-pura tak tahu! Kau dah terlalu jauh mencintai Edri sehingga kau lupa dengan cinta di depan mata!
Mia mendengus lemah. Ah! Memang dia sudah tersesat jauh dan buta dengan realiti di depan mata. Memang Victor seorang lelaki yang baik. Terlalu baik. Tidak ada cacat celanya Victor. Yang cacat dan celanya adalah Mia sendiri. Yang tidak mampu melupakan kenangan cinta lama adalah gadis yang bodoh ini!
Tiba-tiba kenderaan yang mereka naiki berhenti mendadak. Semua yang ada (kecuali Mia) memandang ke arah pemandu gemuk yang tidak pernah bersuara sejak daripada tadi lagi.
“Kita berhenti sekejap. Kalau ada sesiapa yang nak berehat dan makan, bolehlah pergi. Lepas ni kita takkan berhenti sampailah ke pekan Nagral. Dari sana, kenderaan Mercy Manchester akan bawa anda semua ke Thalkot.” Beritahu lelaki gemuk itu di dalam bahasa Inggeris yang tersekat-sekat. Masing-masing mengangguk dan tanpa disuruh terus keluar mengambil udara segar dan berehat seketika. Mia yang terakhir keluar dari land rover yang berdebu itu. Yang lainnya telah menghilang atau berehat seketika sambil melayan perasaan masing-masing.
Dari jauh Mia nampak kelibat Victor yang sedang bersandar keletihan di sebuah batu besar di tepi alur air yang jernih dan sejuk airnya. Kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu. Adakah tentang misi kemanusiaan mereka atau dia sedang memikirkan tentang Mia dan cinta yang tidak pasti?
Perlahan-lahan Mia menghampiri Victor yang tidak sedikit pun mempedulikan kehadirannya di situ.
“Victor, kau tak mahu bercakap dengan aku sejak dari semalam lagi. Kenapa? Adakah kerana perbualan aku dengan Maimoon semalam? Atau apa-apa yang aku buat sampai kau tak mahu bercakap dengan aku?” Mia cuba mendapatkan reaksi dari Victor. Tetapi Victor masih tidak mahu melayannya.
“Vic! Tolong jangan buat aku macam ni. Aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak mahu kau pun hilang dari hidup aku. Seperti... seperti Edri!”
Kali ini Victor berpaling ke arah Mia. Wajahnya muram tetapi sinar matanya membayang perasaan tidak puas hati yang meluap-luap.
“Sayangkan persahabatan kita? Engkau tak mahu aku hilang dari hidup kau? Itu adalah kata-kata yang tinggi pengharapannya, Mia! Atau sebenarnya kau mahu aku tunggu sehingga Edri yang kau puja-puja tu muncul semula, lepas tu aku boleh pergi ke mana yang aku suka? Itu kah maksud kau, Mia?”
Mia terpaku sejenak. Hatinya jadi sakit dengan tohmahan itu. Tetapi rasa bersalahnya membuatkan dia tidak mampu menafikan kata-kata Victor.
Benar, Vic. Aku sedang mencari Edri supaya nanti kau tahu bahawa aku tidak mencintai engkau, Vic! Supaya senang aku tolak cinta kau!
Oh! Mia kau memang keji!
“
Tidak, Vic! Aku cuma perlu sikit masa lagi untuk pilih jalan hidup aku. Aku tahu kau benar-benar jujur tapi aku perlu tetapkan hati aku. Aku perlu tahu jalan yang aku pilih nanti tak akan buat aku menyesal seumur hidup!”
Victor tersenyum sumbing. “Walaupun engkau dah berada di persimpangan tu sejak satu tahun yang lalu? Walau pun engkau tahu bahawa di persimpangan tu, kau tak akan berjumpa dengan Edri lagi buat selama-lamanya?”
Mia tersenyum pahit cuba menyembunyikan rasa malu yang mendalam. Oh! Tuhan dia hampir-hampir dapat mengetahui berita Edri yang menghilang melalui pakcik Abdul Rahman. Dia hampir-hampir dapat menemui sang arjunanya. Ah! Mungkin kalau dia tidak dapat bertemu Edri di sini (dan jika Edri sudah balik ke Malaysia), mungkin Ona punya berita yang menggembirakan. Dan tiba-tiba dia jadi tidak sabar untuk memeriksa e-melnya kalau-kalau Ona telah membalas e-mel yang dihantarnya dahulu.
“Aku akan cuba untuk tidak memusnahkan harapan kau, Vic...”
“Dan cincin yang aku beri kau dulu? Sudah kah engkau punya jawapannya?”
Oh! Tuhan. Tolonglah jangan bangkitkan perkara itu! Berilah dia peluang untuk bertemu dengan Edri dahulu! Mia baru sahaja mahu membuka suaranya bila tiba-tiba Maimoon muncul sambil membawa tiga bungkus mangkuk plastik yang berisi makanan. Mia mengeluh lega. Tidak payah dia menjawab pertanyaan Victor yang memeningkan itu!
“Pandai kau berdua cari tempat! Ryan dan Mohammad dah makan dah. Engkau berdua nak makan?”
Maimoon terus mengambil tempat duduk di sebelah Victor lalu menghulurkan sebungkus nasi seorang kepada Mia dan Victor.
“Aku memang dah lapar!” Beritahu Maimoon tidak mempedulikan sama ada dia telah mengganggu perbualan Mia dan Victor atau pun tidak. Gadis itu terus sahaja membuka bahagiannya dan terus makan tanpa menunggu Mia dan Victor.
“Kau tak mahu duduk, Mia?” Tanya Maimoon setelah menghabiskan suapannya yang pertama. Victor di sebelah Maimoon juga telah mula menikmati hidangannya.
“Aku... aku tak lapar.” Beritahu Mia menggeleng kepala. Dia duduk di sebelah Maimoon sambil pandangannya jatuh ke alur air yang sedang mengalir lesu di hadapannya. Maimoon mengangkat kening tanda tidak percaya.
“Kalau tak mahu, aku boleh makan kan untuk kau!”
“Ada lebih kurang enam jam lagi perjalanan kita, Mia. Kita tak akan berhenti lagi sehinggalah ke Nagral. Engkau kena makan juga untuk mengalas perut.” Beritahu Victor tiba-tiba. Dia tidak memandang walau sekilas pun ke arah Mia.
“Betul kata Victor tu Mia. Sekurang-kurangnya kau tak akan mabuk dalam perjalanan nanti.” Maimoon mengiakan. Mia mengeluh kecil dan bagaikan anak kecil yang disuruh ibu, dia mulai menjamah makanannya...
P/S: Oh.. ya! Kepada yang bertanya sama ada Daniel di dalam Cinta Dalam Sepotong Keju adalah Daniel yang sama dengan Daniel di dalam Tunjukkan Aku Satu Bintang, jawapannya tidak sama... TETAPI Asnawi dan Daniel ada membuat Cameo di dalam Cinderella Cinta... HEHEHE

4 Comments:
« back home
Catat Ulasanwahhh.. ada cameo appearance ni mengingatkan aku tentang citer True Romance, Pulp Fiction dan Reservoir Dog... characters muncul (atau disebut) sana sini dalam ketiga2 filem nih... well done!
Hehehe.. aku nak buat dunia yang tersendiri di mana watak-watak ini punya cerita yang tersendiri tetapi TETAP berinteraksi di antara satu sama lain..
By the way Pulp Fiction my fave!
By the way Pulp Fiction my fave!
Jalan2 tersesat kat sini, punyalah layan santai2 dgn CC sampai naik leka. Hati tertanya2 tanpa ada kesabaran, bila nak kuar ni, tak sabar nak membaca citer sepenuhnya. - ebriza ;)
Sabar.. sabar kan separuh dari iman hehehee :) (Jangan marah Ebriza... gurau ajer!