Hasil Kajian Novel Popular: Tunjukkan Aku Satu Bintang
Jumaat, Januari 05, 2007
Saya masih lagi berfikir sama ada untuk menghantar keseluruhan kertas kerja tersebut di ruangan ini atau tidak kerana nanti kepada sesiapa yang masih belum membaca Tunjukkan Aku Satu Bintang akan menjadi spoiler pula dan tidak lagi suspens dengan jalan ceritanya.
Apapun berikut adalah kesimpulan yang ditulis oleh Prof. Madya Dr Rosnah Baharuddin (UKM)
Novel Tunjukkan Aku Satu Bintang merupakan novel yang menggarap tema dan persoalan yang agak serius. Novel ini dalam masa yang sama meneropong sebahagian gaya hidup penduduk kota besar Manchester termasuk juga pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Tanpa bimbingan agama yang berterusan dan memilih cara hidup terasing dapat mengaburkan ketakwaan kepada agama yang berentetan kepada masalah membina keluarga yang sempurna.
Unsur komersial dan intelektual bersepadu dengan baik dalam novel ini. Gaya hidup di kota besar digambarkan dengan jelas. Institusi agama Kristian digambarkan melalui sisi gelap Father Thomas. Pengarang menggambarkan sikap dan perlakuan negatifnya itu menerima balasan yang setimpal. Dia mati ketika merengkok dalam penjara.
Bagi orang Muslim menjalani hidup yang sesat dan menyeleweng tidak akan bahagia. Rasa bersalah dan berdosa terus menghantui jiwa yang masih ada roh keislamannya. Dalam novel ini pengarang menyirat pendapat betapa pentingnya seseorang Muslim itu dibimbing ke arah kebaikan dan menjalani hidup lurus dan benar.
Novel ini tidak memaparkan tema dan persoalan cinta yang dikatakan sebagai teras novel popular. Percintaan hanya sekadar persoalan sampingan. Pemaparan tema yang lebih serius disertai teknik penulisan menarik seperti suspens telah digunakan yang dapat menarik selera pembaca. Tambahan pula bab-bab novel sebanyak 74 bab ini merupakan bab yang relatif pendek dapat menghindarkan rasa keletihan dalam proses membaca.

6 Comments:
« back home
Catat Ulasanjangan kasi tahu ending weh.. hehe.. aku dah lama beli Tunjukkan Aku Satu Bintang... since 2005 tapi sampai sekarang tak baca lagi sebab tertinggal kat Mesia... bulan 3 nih aku balik...aku baca OK.. hehe
Huhu.. nasib baik tak hantar semua sekali!
John,
Tahniah kerana panel berpuas hati dgn TASB. Tak mampu rasanya nak tandingi TASB. Hik Hik Hik (Jeles nih!)
Neway, tingkatkan usaha ... And Best Of Luck!
~ebriza~

Ebriza, tapi saya masih tak dapat kalahkan awak.. awak penulis prolifik.. penulis yang sorang ni nak siapkan satu novel setahun pun terketar-ketar!!! :)
terketar-ketar pun tak pe janji ada kualiti
Betul tu em ... sebab tu ler saya katakan tak mampu tandingi penulis yang sorang ni, walaupun mampu menghasilkan novel lebih satu dalam setahun. :) :)
~ebriza~
~ebriza~