Mukhsin filem terbaik?
Isnin, Mac 12, 2007
Baru sahaja menonton filem 'Mukhsin' dua hari yang lepas.
1. Adakah filem ini lagi bagus dari 'Sepet' dan 'Gubra?
2. Adakah ini filem yang mencemar budaya masyarakat melayu?
3. Adakah ini filem kontroversi?
Jawapannya:
1. Ya dan Tidak
2. Tidak
3. Tidak
Aku tidak mahu mengulas no. 2 dan 3. Dan aku juga bukan pengkritik filem bertauliah untuk mengatakan filem Yasmin Ahmad yang mana yang paling bagus (atau kepada pengkritik Yasmin Ahmad - filem mana yang tak banyak sangat kontroversi dan mencemar budaya!). Aku bukan orang filem!
Namun apa yang membuatkan aku menulis sesuatu tentang Mukhsin dan Yasmin Ahmad adalah kerana aku benar-benar teruja dengan wanita cekal ini. Filem-filem Yasmin Ahmad penuh dengan kejujuran yang tidak diselindungkan. Tidak seperti kebanyakan filem Melayu yang lain, filem-filem Yasmin Ahmad memberi nafas baru kepada industri perfileman di Malaysia - Jujur, ringkas tetapi penuh dengan realiti. Mungkin ada lima enam orang lagi pengarah filem di Malaysia yang telah memberi kelainan kepada industri filem kita yang kecil ini (aku harus menyebut Afdlin Shauki, Yu Hang, Shuhaimi Baba, Amir Muhammad sebagai penghargaan) tetapi tidak dapat dinafikan lagi bahawa Yasmin Ahmad memang berada di dalam kelas yang tersendiri.
Tetapi kepada yang menyukai filem-filem melayu yang ala-ala Bolyywood, atau kisah-kisah mat rempit, atau jenaka anak mami yang slapstik, maafkan aku, tetapi aku tidak menyukai filem-filem jijik seperti itu.
Mungkin filem-filemnya bukan realiti masyarakat malaysia secara keseluruhan, tetapi itulah yang dilihat oleh Yasmin Ahmad dan kita tidak boleh berkata ia salah sama sekali. Yasmin Ahmad telah melakarkan karya tentang sesuatu yang dia tahu dan melakukannya dengan jujur. Sebagai pengkarya seni, aku faham perkara itu!
Karya adalah luahan ekspresi tuan empunya diri.
Dan "Mukhsin" telah membenarkan kenyataan itu.
Ah! Bayangan Rumi dan sajak-sajaknya terlukis di setiap penjuru Mukhsin....
Jadi berbalik kepada soalan dan jawapan yang aku berikan tadi, filem Mukhsin memang hebat; seperti kata orang putih, ia adalah sebuah filem yang 'innocent' - filem yang benar-benar mengembalikan semula kenangan kita sewaktu kecil dahulu. Dan bukan sahaja ia hebat kerana berjaya mengembalikan kenangan sewaktu kecil dahulu, 'Mukhsin' hebat kerana ekpresi lakonan yang ditunjukkan, suntingan yang mantap, sinematografi, runut bunyi dan lagu-lagu telah diadunkan dengan sebegitu baik sehingga terasa kita bersama-sama dengan watak orked dan Mukhsin dari mula sehingga ke akhir.
Tetapi adakah ia lebih baik dari "Sepet" dan "Gubra"? - Masih lagi Ya dan Tidak. Seolah-olah seperti membandingkan tiga orang anak kesayangan anda dan kemudian dipaksa untuk memilih hanya satu di antara tiga! Tidak! Aku tidak dapat memilihnya kerana ketiga-tiga filem Yasmin Ahmad (aku masih belum melihat Rabun) punya kekuatan yang tersendiri. Tetapi untuk tahun 2007 ini, Mukhsin adalah yang terbaik setakat ini!
Ah! Terlalu banyak yang hendak disampaikan tetapi terlalu sedikit masaku ini..
Cuma apa yang mahu aku katakan, jika anda semua mahu merasa kembali betapa manisnya cinta pertama anda, tontonilah Mukhsin.
Dan jika anda mahu keluar dari panggung wayang dengan seribu satu rasa kepuasan, kegembiraan, kelegaan, tontonilah Mukhsin.
Anda tidak akan menyesal...

2 Comments:
« back home
Catat UlasanYe ... memang tak dinafikan, filem atau iklan yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad memang ada kelainan dan pengarah ini juga menjadi pengarah pilihan hati saya. Lihatlah sajalah Iklan Petronas setiap kali menjelang perayaan, memang menyentuh hati dan saya smmgnya tertunggu2 iklan arahan Yasmin Ahmad ini. - ~ebriza~
untuk merasa kembali manisnya cinta pertama? john, adakah ini pengalaman peribadi? cerita lah sikit...