Baca dua buku setahun aja??
Khamis, Mei 10, 2007
Masih lagi berkisar sekitar Pesta Buku AntaraBangsa (yang tak sangat antarabangsanya!) KL 2007...
Lokasi: Jauh dari PWTC
Hadirin: Kawan-kawan lama
Tangannya pantas menafikan. Kata kawanku lagi, buat masa sekarang dia tidak punya masa untuk membaca. Kerja menambun. Komitmen terlalu banyak!
OK... aku terima kata-katanya. Maklumlah dia seorang profesional. Tentu masanya banyak dihabiskan bersama orang-orang elit sahaja!
"Jadi apa yang kau baca, dalam tempoh lima enam bulan ni?"
Temanku yang seorang ini menggelengkan kepala. Dia sibuk dalam tempoh lima enam bulan ni. Aku mengangguk bersetuju, "Dalam tempoh setahun... er.. dalam tempoh dua tahun ni lah, berapa banyak buku ilmiah yang sudah dibaca?"
Kali ini tangan temanku ini dimasukkan ke dalam kocek. Dia tersengih lebar. Wajahnya yang putih menjadi kemerah-merahan bagai udang yang dibakar!
"Kau novelis, baca ke buku-buku ilmiah ni?" Tanya temanku tersenyum sambil memulangkan paku buah keras. Aku berfikir sejenak.
"Aku baru aja habis baca buku autobiografi tentang Samurai Williams, lelaki eropah pertama yang sampai di Jepun pada kurun yang ke-15. Hmmm.. dua bulan lepas baru aja habis biografi Tun Dr. Mahathir. Sekarang nak baca tentang "History of God" karya Karen Armstrong - buku ilmiah tu... In between aku baca buku fiksyen Murakami, dah tiga novel dia aku baca dan novel Rahsia Perindu karya novelis tempatan Ramlee Awang Mursheed. Dah beli juga "Kau Yang tak Mengerti, karya Ebriza tapi belum berkesempatan nak baca lagi.. mungkin bulan depan kot!" kataku tenang. Dia tersengih lebar sambil mengangguk-angguk.
"Aku susahlah nak baca buku... lama dah tak baca buku, cuma selak-selak Readers' Digest ngan National Geographic aje.. tapi kalau majalah kereta okla! Macam mana kau ada masa? Kau tak kerja ke?"
Dan semua yang ada tergelak besar. Dia tidak memberitahu dengan terperinci tetapi kami semua dapat mengagak bahawa di dalam tempoh dua tahun itu, dia tidak pernah memegang apa-apa jenis bahan bacaan yang dikategorikan sebagai buku. Tidak bahan ilmian tidak novel yang katanya tidak membina minda. Aku berani bertaruh sudah lebih kurang lima tahun dia tidak memegang buku. Mungkin kali terakhir dia memegang buku ketika berada di universiti dahulu!
Dan kemudian tiga empat orang lagi tampil dan mengakui bahawa mereka juga sudah lama tidak memegang buku, sama ada ilmiah atau fiksyen. Bukan sebulan dua - Tetapi dua tiga tahun yang sudah! Kesuntukan masa menjadi alasan mereka yang paling kuat. Menjaga anak juga alasan yang dihamburkan walaupun ku kira rakan-rakan lelaki ku tidak sepatutnya menjadikan alasan menjaga anak sebagai penyebab mereka tidak membaca. Hmm.. tak membaca pun masih malas untuk menjaga anak!
Nah! Kajian Nasional yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca bahan berupa buku kurang daripada dua buah buku setahun harus ambil perhatian. Kajian itu salah. Ada juga rakyat Malaysia yang tidak pernah membaca buku bertahun-tahun!
Dan aku jadi keliru. Kenapa dia (dan yang lain-lain juga) boleh mengatakan bahawa dia tidak menyukai novel-novel Melayu kalau dia sendiri tidak membaca buku-buku ilmiah? Pening aku!
Dan bagaimana pula wawasan 2020 untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju jika rakyatnya tidak berfikiran seperti fikiran rakyat di negara maju? Hei! Timbalan Perdana Menteri kita sendiri punya koleksi buku yang banyak... kenapa kita tidak boleh ikut contoh seperti itu dengan mempunyai koleksi buku-buku sendiri? (Tidak kiralah ilmiah atau tidak)
Nampak sangat yang sebenarnya ramai dari kita hanya memberi alasan dengan mengatakan novel-novel Melayu itu tidak membina TETAPI yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam novel Melayu itu sendiri!!!
Kadang-kadang aku kasihan dengan mereka. Buku, sama ada ilmiah atau tidak, karya sastera tulen atau novel popular, sama ada di dalam bahasa Inggeris atau Melayu, atau apa sahaja bahasa sebenarnya memberikan pengajaran berguna kepada kita. Tidak kiralah bahan bacaan ilmiah atau tidak, yang penting, kita mengasah minda kita dengan selalu membaca.
JANGAN MEMPERLEKEHKAN NOVEL POPULAR KERANA DI DALAM NOVEL-NOVEL POPULAR ITU SENDIRI ADA PENGAJARAN UNTUK KITA MENGHARUNGI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.
Kami bersurai dengan hati yang gembira kerana dapat mengeratkan lagi tali persahabatan yang sudah lama terputus. Dan aku telah memberikan novel keduaku, Tunjukkan Aku Satu Bintang agar dia dapat membacanya ketika hendak tidur nanti.
Aku cuma berharap agar buku itu tidak hilang atau terjatuh di bawah katil dan selepas itu tidak dijumpai bertahun-tahun lamanya!!!!
Lokasi: Jauh dari PWTC
Hadirin: Kawan-kawan lama
Aku telah berkesempatan menemui kawan-kawan lamaku yang tidak ada kena mengena dengan dunia penulisan novel tanah air ketika singgah di Kuala Lumpur sempena pesta buku KL yang lalu. Rakan-rakan bekas teman persekolahan dahulu, bekas teman seuniversiti dahulu dan bekas teman sekerja yang lama dahulu. Seronok bertemu dengan mereka semua. Masing-masing sudah punya kerja yang baik. Isteri yang cantik (atau suami yang dah tak berapa 'handsome' kerana perut yang buncit!). Gaji yang tinggi.
Segala-galanya elit. Ah! Mereka semua adalah profesional-profesional Melayu milenium dan mungkin juga pemimpin-pemimpin masa depan Malaysia!
Ada di antaranya yang tahu bahawa aku adalah salah seorang penulis novel kreatif di Malaysia. Ada juga yang tidak tahu. Aku tidak kesah. Aku bertemu dengan mereka pun bukan kerana mahu mempromosikan novel terbaru ku, Cinderella Cinta. Aku hanya mahu merapatkan kembali tali persahabatan yang sudah lama terputus kerana jarak goegrafi dan masa. Tidak ada agenda yang lain.
Perbualan kami bertukar menjadi perbincangan tentang dunia buku tanah air bila masing-masing mengetahui bahawa tujuan kedatangan ku ke KL adalah untuk mempromosikan buku terbaruku Cinderella Cinta.
Ada yang terperanjat. Ada yang menganga tidak percaya.
"Kau dah jadi novelis dah?" Aku tersenyum. Separuh malu. Separuh bangga.
"Buku apa yang kau tulis?" Aku tersenyum lagi. Masih separuh malu. Masih separuh bangga.
"Novel Cinta..." Jawabku ringkas. Masing-masing tertawa. Ada yang bangga, tidak kurang yang menggeleng kepala. Salah seorang dari rakanku memberitahu bahawa dia tidak pernah membaca novel-novel melayu. Dia memberitahu lagi, novel-novel melayu tidak ada 'class'. Novel melayu tidak membina.
Aku tersenyum, "Kau baca novel Inggeris lah ni?"
Dia tersenyum dan memberitahu bahawa dia tidak menyukai novel-novel Fiksyen. Noktah. Novel-novel ini (Inggeris dan -apatah lagi- Melayu) hanyalah untuk remaja-remaja yang sedang dilamun cinta. Mana mungkin novel Fiksyen boleh membina minda. Dia lebih suka membaca buku-buku Ilimiah atau buku-buku akademik sahaja.
Aku mengangguk. Aku tidak menyalahkan dia. Seorang individu itu punya hak untuk membaca genre buku yang disukainya. Dan aku bertanya lagi. Buku ilimiah apa yang dia baca dalam tempoh sebulan dua ini?

26 Comments:
memang mudah melabel kerana rasa tak biasa atau tidak berkenan atau juga rasa diri bagus. Anyway kini rakyat malaysia mula berubah. Mereka mula minat membaca. Perubahan pula bukanlah dapat di lihat dalam masa yang singkat. Tak kira apa jua bahan bacaan, pengajaran tetap ada cuma kita perasan atau tidak sahaja...
Terima kasih kak Anis dan seriaira... saya rasa memang benar pendapat tu. Sekarang, rakyat Malaysia sudah punya kesedaran membaca. Memang perubahan ini sukar dilihat dalam sekelip mata.
Cuma masih ada juga yang tidak mahu membaca... apa cara terbaik untuk memberikan minat membaca kepada mereka ini?

Amacam kalau bagi insentif satu buku sepuluh ringgit? hikhikhik
pada Ria cara terbaik untuk beri minat membaca ialah tanamkan minat membaca sejak kecil. Jadi kita sekarang harus tanamkan minat membaca dalam diri anak2 even kita tak suka membaca. Macam Ria sendiri, sejak baby umur 4 bulan Ria dh bacakan dia buku cerita. Hubby juga galakkan sebab dia mahu anak dia suka membaca, tidak seperti dia yang kurang minat membaca. Semua itu tugas kita semua sekarang! Hasilnya, anak ria yang baru umur setahun cukup suka buku! Dia akan ketawa seronok bila Ria belikan dia buku baru!
Betol tu.. ia mesti dimulakan dari kecil lagi.. nampaknya saya terpaksa belajar dari Ria utk tanamkan minat membaca pada anak-anak saya nanti. Maklumlah saya ni masih lagi bujang trang tang tang lagi.. :)
CK.. Gamaknya kalau kerajaan nak bagi sepuluh ringgit satu buku... tak sampai setahun kerajaan jadi bangkrupt!!!
auwww! bujang lagi uuu! menarikkkk! hehehe...
Hahahahah... Bujang pemalu ni!!! :)
John,
2 buku setahun..?? macam tak percaya la pulak..!! Kak wan rasa kalau tak membaca esp novel tak senang duduk.. rasa mcm ada kurang rencah dlm hidup..!! nak kata hari2 membaca tu tak le..!! ikut mood kalau ok then 1 hari pun boleh khatam 1 novel yg ketebalannya lebih kurang 400-500ms dlm masa 3 jam.!! [tu utk novel yg benar2 menarik le] :D
Pendpt seriaira ttg tanamkan minat membaca di jiwa anak2 sedari kecik... itu cukup bagus & baik...!! mcm anak kakwan dia paling suka masuk kedai buku [sbb mak dia nak tgk buku dan dia terpaksa ikut..hehehe] so sekrg ni dia lak yg teruja klu nampak kedai buku, tapi yg tak syoknya dia pilih buku yg MAHAL2 mak dia yg kopak nak membayarnya :p
anyway kakwan suka sbb ada gang..!!

Hehe Betullah apa yang kak Wan kata tu.. Mcm saya pon kalau tak ada masa terluang pon akan cuba curi masa nak baca novel cam masa tengok TV, nak tido dll. Tapi itulah ramai lagi diluar sana masih lagi tak tahu bestnya baca novel ni :)
Wah! Wah! Nampaknya nak mendidik anak supaya suka membaca ni kena tanya pada kak Wan dengan Seriaira lah!

Betul John...masa Ria bujang dulu memang novel asyik lekat di tangan. kalau nak kenderaan awam pun pasti ada novel dlm beg. Bila dah kahwin still membaca juga. Padamulanya hubby ketawakan sebab baca cerita mengarut katanya tapi Ria betulkan persepsi dia dan cerita semula ttg cerita yg ria baca. alhamdulillah dia faham. But bila dah ada anak, ria terpaksa juggle masa untuk membaca juga menulis. biasanya waktu membaca ketika malam selepas baby tidur...memang sukar tapi bila dah minat tetap curi juga masa tu...now ada 5 biji novel menanti untuk di habiskan...
5 novel sekaligus? Huh terernyer.. saya benar-benar salute pada penulis-penulis cam seriaira, ebriza, nass alina yang ada masa nak buat bebrapa novel berlainan pada masa yang sama walaupun punye komitmen tugas dan keluarga. Mmg respect betol!
Bagilah idea dan petua camner nak buat tu?
saya nak mulakan dengan dua lagi buku sebelum pesta buku tahun hadapan.. ah itupun dah rasa semput sangat!

JN, Petua saya senang jek. Saya buat nota dulu dari bab 1st sampai End. Pastu, baru saya kembangkan bab by bab ikut jalan citernya.
Tiap2 hari saya taip satu bab. Tapi bila cuti saya pulun 2 3 bab sekaligus. Saya setkan masa bila nak habis. Tapi kena gak ler korbankan keinginan yg lain macam shopping, tgk tv.
Itu stail saya. F dah mengadap PC, pasti idea melimpah ruah. Alhamdulillah. Tahun ni tak tau sama ada blh siapkan 2 buah novel ke tidak sebb sekarang saya tgh siapkan artikel utk majalah Singapore.
Nak tary cara saya silakanlah tapi jgn pecah kepala sudah.Hehehe ..
~ebriza~

Heheh.. memang nak pecah kepala kalu ikut cara ebriza hehehe.. tapi betol lah, kita kene sedia untuk berkorban keinginan cam tengok tv, jalan-jalan dll untuk menulis ni.. kalu tak jawabnya setahun pun tak siap!
Artikel utk majalah singapore? novel bersiri ke?

Novel bersiri pun ye tapi dalam 20-30m/s jek utk 10 keluaran. Lain2 tu macam citer seram,lucu, skrip drama sebabak semuanya dlm 2m/s. Dh 3 thn jadi penulis sambilan mrk.
Mmg kena banyak berkorban utk menulis ni. Sebab tu saya masih ... (Faham2 sendiri jelah yek.)Org lain tak kan faham. Hanya org dlm bidang ni jek yg akan faham dgn karier seorg penulis.;)

Betul.. banyak kan pengorbanan sebagai seorang penulis ni, kan?
Btw.. takperla komen tu ader dua.. tak reti plak nak padam ingat tahu tadi hehehe

baru je petang tadi aku baru habis baca buku bank aku. buku yang sentiasa buat aku tensen jek bila baca.
lepas ni aku nak baca buku SRT pulak.
lepas ni aku nak baca buku SRT pulak.
you make me laugh John! bukan 5 novel untuk di habiskan menulisnya tapi 5 novel untuk di habiskan pembacaannya. Well, talking about masa menulis ni pun satu hal...Ria tak mampu buat macam Ebriza (memang salute dia ni!)Ria sibuk juggling masa dengan kerja, rumah, anak, suami, diri sendiri yg dah penat...so end up, 1 novel mengambil masa yang cukup panjang untuk di habiskan...
Hehehe...
Ingatkan 5 novel utk disiapkan..tapi takper.. at least tu boleh jadi pembakar semangat untuk buat 5 novel sekaligus nanti!
Yeap! Salute kat Ebriza, siap ada masa lagi utk buat artikel utk majalah singapore tu... Fuh! Tak larat nak ikot!

Najwa,
Buku bank pon nak kena baca jugak ker?
Buku bank pon nak kena baca jugak ker?
pelik tp benar... sy pernah ke rumah seorg hamba allah yg bahan bacaannya cuma majalah gila2 saja... penuh satu ruang bacaan mereka sekeluarga!
Nor Ash Burn,
Membaca cerita anda mengingatkan kepada salah seorang kawan baik saya, novel naruto dan komik-komik kungfu menambun tetapi tidak ada sebuah buku pun di rumahnya!!!

Carrie memang tidak hairan jika ada masyarakat Malaysia yang jarang baca buku. Kita masih belum sampai ke peringkat - membaca dengan serius. Kalau kita lihat di negara-negara maju - majoriti mereka membaca di mana saja, kan. Baik pelakon, penulis atau personaliti di negara-negara maju, mereka boleh menjawab soalan wartawan dengan bernas sekali - menunjukkan mereka ada ilmu; mereka betul-betul mengkaji watak yang mereka lakonkan, aspirasi filem tersebut. Bukan sekadar tersengih-sengih dan kadang-kadang tidak tahu menjawab walau soalan yang senang.
Jika kita membaca di tempat awam di negara kita, kita pula yang seolah-olah terasing kerana masyarakat kita bukan begitu sifatnya. Sayang sekali.

Benar-benar setuju dengan Carrie.
Teringat ketika anugerah academy awards yang lalu version red carpet Malaysia - salah seorang dari aktor kita di tanya filem mana yang bakal jadi filem terbaik.. dia boleh jawab Blood Diamond sbb die suka diamond. Memalukan ajer.. Dia tak tahu Blood Diamond tak tercalon dalam kategori filem terbaik!!!!!

Kak Anis