Bintang pelayaran

Selasa, Mei 29, 2007







Percutian hujung minggu JN ke Mersing hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Pekan ikan yang terasing. Pekan mimpi dan kenangan lalu. JN cuba mencari ilham untuk menulis. Tetapi terpukau dengan laut dan langit membiru. Sambil mengira waktu dengan berendam di laut jernih. Dan duduk di atas pasir kristal memutih dengan fikiran yang kosong. Tidak ada garapan seterusnya untuk novel terbaru. Kosong yang total. Akhirnya JN balik ke rumah tanpa sebaris ayat tertulis! (Dan wajah hitam dibakar mentari!!! Aghhhhh....)






















Malam itu,
Ketika kami melihat bintang pelayaran,
Dia tersenyum dan berkata,
Masanya telah tiba,
Untuk dia pergi,
Dan rindu ku menghilang dari pantai ini...

Aku cuba menafikan dan membalas,
Bahawa rindu ku akan terus segar abadi,
Dan sejauh mana aku dan dia hilang di laut biru ini,
Aku akan menjejaki dia,
Bersama bintang pelayaran yang akan membawa kami pulang ke sini...

Dia tertawa dengan seribu sendu,
Dan cuba meyakinkan aku,
Bahawa tidak ada jalan untuk takdir kami bersatu lagi...

Tetapi aku bersumpah,
Biar seribu tahun datang dan seribu tahun pergi,
Biar bintang terakhir gugur dan langit bima sakti ini tiada lagi,
Berganti kegelapan infiniti,
Aku dan dia tetap di sini,
Dan terus hidup untuk mengira kasih yang abadi...

Dia tertawa dengan seribu pilu,
Dan cuba menyedarkan aku,
Bahawa tidak ada jasad yang dapat bertahan sebegitu lama,
Aku dan dia akan menghela jua nafas yang terakhir,
Dan cinta kami akan terkubur bila tidak ada lagi yang membalas rindu...

Di pantai sepi ini,
Malam penuh bintang,
Dan bulan yang malu di balik awan,
Aku termangu di dalam sendu,
Dan aku tahu,
Dia telah pergi dan tidak akan kembali...

Untuk satu saat itu,
Aku tahu,
Tidak ada perlunya aku hidup di sini lagi...
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 7:35 PG, |

13 Comments:

  At 8:57 PG Anonymous Tanpa Nama said:
wahhhhhhh seronok sakan yer....cantik betul sunset/pantai tu...tergamam seketika....dan kehidupan pun begitulah cantik nyer JN... jgn dibazirkan masa yg ada...eehemmm hhmmmmm
  At 9:06 PG Blogger Nashya said:
Rindunya nk lepak kt tanjung mlm2 buta... agak2nya ada lg ke penghuni tu? hehehehe....

alahai mamat...
  At 9:10 PG Blogger Wan Amalyn said:
waaaa syoknye dpt bercuti..!!! jeles..!! jeles..!! jeles..!! :(
Iz,
Hehe.. Iz memang betul. Itu sebab JN terus terpaku tak boleh menulis. Cantik benar tempat tu. Best betol dapat berehat sambil menenangkan fikiran :)

Nasya,
Ada lagi tak yang duduk di Tanjung Mersing tu hehehe

KWan,
Jangan jeles aahhh! heheheheh
  At 10:22 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Wah,
JN, cantiknya tempat tu. Macam pemandangan di dalam poskad pula. kat mana tuh. Air papan?

Dan puisi tu, kalau sudah tak perlu berada di sini, di mana pula? heheheheh!

Lyn
Bukan kat Air papan tp atas sket sebelum penyabung. Nama tempat tu teluk sisek berdekatan dengan teluk gorek.

Hehehe, kat mana ye? Mungkin terbang ke destinasi yang tak pasti hukhukhuk!
  At 4:10 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
Saya pun terpaku dengan keindahan pantai ni.

~ebriza~
Betul Ebby,
Mendamaikan jiwa. Membuatkan hilang segala duka.
  At 4:34 PTG Blogger Sue said:
Tak sebaris ayat, tapi kan udah ada puisi.....sungguh syahdu *best best best*
  At 4:35 PTG Blogger Sue said:
Tak sebaris ayat, tapi kan udah ada puisi.....sungguh syahdu *best best best*
Hehehehe. Puisi jer yang dapat buat. Tapi hatta sebaris ayat pun untuk Garis-garis Dejavu terbengkalai tak dapat ditulis! :)
  At 12:33 PG Blogger ManjLara said:
JN, pesal skrg tak anto lg puisi2 canggini kat Rjap, bz ek? dedolu sy rajin simpan puisi/sajak yg sy kopipes kat Rjap, temasukler karya JN. Tp skrg cam tak caye yg sy dpt b'tegur sapa ngan JN kat sini, kmbg gakler idung! (yg smmgnye kmbg nih hehehe)
Thanks 4 sharing!
  At 8:01 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Insya Allah, kalau tak ada aral memang saya nak hantar lagi puisi/artikel di relexjap, cuma masih lagi belum berkesempatan sahaja pada masa sekarang.

Hehe saya juga dulu tak kenal Lara, sekarang dah jadi geng dah! Alhamdulillah melalui blog ni, yang tak kenal dapat dikenalkan, yang jauh dapat dirapatkan -penghubung silaturrahim