Hasil karya John Norafizan

Rabu, Mei 23, 2007
Sebahagian dari isi kandungan buku-buku karya JN. Juga sekilas pandang akan novel terbaru beliau yang akan diterbitkan, Garis-garis Deja vu....


“...cinta bukan satu paksaan. Memaksa orang untuk membuat apa yang kita mahu bukannya satu cinta, tapi perjanjian yang mengikat kebebasan. Tapi mencintai orang yang tak mahu mencintai kita juga bukan satu kesalahan. Kita tak jatuh cinta dengan orang tu dengan syarat orang tu mesti mencintai kita. Jadi kenapa kita perlu takut untuk jatuh cinta?” (m/s 173)

MANCHESTER (Taman Picadilly)
Dinihari ini, Lantai tanah penuh dengan salji memutih,
Dingin yang membeku, Kau bakar dengan panas sinar mata mu,
Dan hati ku mencair di dalam mu...

MERSING (Pelabuhan jeti lama, Ayer Puteri)
Terbang bagai burung, merentas angin di pantai sepi,
Mengejar mentari pagi,
Hingga terlupa luka di hati... (m/s 110 dan 111)

(Sempadan Tanpa Seri)




Empat musim datang dan empat musim telah pergi. Cuma seorang Asnawi masih lagi di sini. Menanti cinta di tebing sungai yang mengalir lesu. Menangis dalam diam yang pilu. Tidak ada sesiapa kecuali dia, sungai lesu dan alam yang terlalu sepi itu.
Dia tahu orang yang paling dicintainya tidak akan datang lagi buat menenangkan jiwanya yang gundah. Tetapi dia akan tetap di situ. Membiarkan air matanya jatuh ke dasar sungai biar menjadi batu-batu kerikil tajam yang akan di bawa arus terus ke lautan lepas agar cintanya dapat dilupakan.
Tetapi dia tahu dia tidak akan dapat melupakan cintanya. Cintanya pasti tetap ada di dalam dirinya. Seperti sungai itu yang akan tetap ada di situ buat selama-lamanya. Cintanya juga begitu. Rindunya juga. Dan kesedihannya. Dan nama itu. (m/s273)

(Tunjukkan aku satu bintang)



Di bawah langit pelabuhan tua itu, di dalam dingin malam yang menyentuh tubuh, Edri dan Mia mengira bintang-bintang infiniti – bagaikan yakin kebahagiaan mereka juga seperti itu, tidak ada akhirnya. Edri di sebelahnya merenung jauh. Memaku pandangan ke arah bintang-bintang di wajah malam, walaupun dia kira pandangan Edri menembusi jagat raya dan bintang-bintang yang bergemerlapan malam itu!
“Bintang-bintang di atas sana bagaikan raja dan permaisuri agung. Dan mereka akan duduk di sana selamanya. Dan bintang yang kita lihat semalam masih tetap bersinar indah malam ini... tapi...”
“Tapi?”
“Tapi cinta kita bagaikan bintang-bintang infiniti,
Di atas sana,
Engkau mungkin dapat melihat bintang semalam,
Sekali lagi malam ini,
Tetapi siapa tahu?
Bintang-bintang di atas sana,
Adalah geografi rindu,
Gugusannya mungkin telah berubah,
Dan sinarnya mungkin sudah tidak sama seperti semalam,
Engkau juga mungkin sudah tidak dapat melihat,
Bintang yang sama malam ini,
Tetapi cinta kita tetap bersinar selama yang mungkin!” (m/s 20)

(Cinderella Cinta)




Kata Rumi, jika engkau dapat bersama dengan orang yang kau cintai, bersatu di dalam satu nafas, maka di dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya. Jangan rosakkan cinta yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua.
Itulah takdir seorang pencinta.
Pemuja dan orang yang dipuja.
Tetapi sayang! Kini dia telah berpaling dari takdir itu! (m/s 1)


Adakah seseorang itu boleh menyayangi orang lain setulus hatinya hari ini tetapi kemudian membenci orang itu keesokan harinya?
Adakah tanda kasih sayang itu hanya dengan menyediakan keperluan seharian tetapi menjauhkan diri dari orang yang disayanginya?
Damien selalu melihat di kaca televisyen tentang manusia yang hidup di tepi jalan. Pengemis yang tidak punya tempat tinggal. Ada yang masih kecil dan ada juga yang sudah terlalu tua. Dan dia dapat melihat dirinya seperti itu. Berjalan di lorong-lorong kecil sambil meminta sedekah selepas ummi meninggal dunia. Selepas ummi terbang dengan lingkaran cahaya putih seperti di dalam mimpi tadi dan terus menghilang pergi, baba tidak akan menyayanginya lagi sampai bila-bila! (m/s 13)

(Garis-Garis Deja Vu)
 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 8:08 PG, |

12 Comments:

  At 9:52 PG Blogger Unknown said:
sedap tajuk garis-garis dejayu tu! macam ada misteri sikit!
Hehehe naluri seorang penulis memang sensitif la... :)

Betul aira... untuk novel garis-garis dejavu ni, JN nak cuba genre cinta mistik pula. (Tetapi bukanlah seperti novel-novel misteri/cinta yang ditulis oleh Awang Ramlee Murshid tu)

Harap-harap peminat-peminat novel di Malaysia dapat menerimanya.
  At 2:24 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
JN.. dh keluar bk baru ke? aisey.. bk cinderella cinta pun sy belum bc lg! dr creative jgk ke?
Eh! Norash belom lagi hehehe... BAKAL diterbitkan. Insya Allah tak ada aral saya masih bersama Creative lagi.
  At 7:50 PG Anonymous Tanpa Nama said:
Rumi, cinta pertama yang dirasa sering membuai lena perasaan dalam kealpaan tanpa sempadan, tapi apakah benar cinta pertama itu akan terus berpaksi di dasar hati atau mungkinkah bakal membawa bersama tsunami kecewa yang akan merobek lantas memusnahkan harapan dan impian......
  At 8:45 PG Blogger Unknown said:
mmmmm...cintik mistik sikit ya! i likeee! nnt dh keluar kasi tau ya!
  At 10:34 PG Blogger Unknown said:
Belum terbit sudah ada cover? Wahhh... cemburunyaaa...
Anonymous,
Walaupun hati dirobek luka, dan sudah sembuh, ia tetap tidak akan dikenang sampai bila-bila. Kerana ia adalah pengalaman pertama yang mengajar kita tentang erti kasih sayang dan rindu!
Aira,
Cinta mistik, pengembaraan aneh, mimpi penuh ilham, pengembaraan misteri, rindu seorang anak kepada ayah dan ibunya, pengharapan cinta yang dalam dan impian untuk bahagia selamanya, saya sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk mengkategorikan genre novel garis-garis dejavu ni
Zalisa,
ahaks! hehehe, itulah misteri dan mistik namanya, dah ada cover walaupun belom terbit.
  At 11:47 PG Blogger Iza'Izz said:
Wahhhh JN, ni memang dah betul2 cinta mistik...eeerrr ada pengalaman ker...
Errr.. err.. pengalaman ala-ala pilem 'Jangan pandang belakang' tak ada la heheheh... pengalaman yang diceritakan orang kepada JN ada la.

Tapi jangan takut, cinta mistik ni akan membuatkan pembaca menangis dan bermuhasabah tentang diri dan masa depan :)