Mia dan Cinderella
Selasa, Mei 08, 2007
Cinderella Cinta…
Itulah tajuk buku terbaruku. Kali ini aku cuba menyelami hati seorang wanita yang cuba mencari kebahagiaan di dalam hidupnya. Aku cuba mencari kelainan di dalam novel ini dengan memfokuskan cuma kepada watak utamanya sahaja. Ya dari mula sehinggalah ke akhir. Dari bab satu sehinggalah ke epilog CC – watak yang ditonjolkan hanyalah Mia dan bagaimana dia berinteraksi dengan manusia dan cerita kehidupan di sekelilingnya. Tidak ada watak lain yang diutamakan.
Kenapa aku menulis dengan sebegitu rupa?
Aku mahu pembaca benar-benar berada di dalam diri Mia, merasai apa yang dirasainya, berkongsi dengan apa yang ditemuinya sepanjang ‘pengembaraan’ nya di dalam mencari cinta. Segala kebahagiaannya, segala penderitaannya. Tidak kurang dan juga tidak lebih.
Lagipun bukankah kehidupan ini juga seperti itu?
Setiap hari kita berhadapan dengan suasana baru, dengan tugasan baru, dengan manusia baru yang kita temui. Ada orang yang ditimpa kesusahan, ada yang tiba-tiba mendapat rezeki durian runtuh. Ada yang bertemu dengan cinta abadi. Di dalam setiap episod-episod ini, kita merasainya secara sendirian. Mungkin ada suami atau isteri yang turut berkongsi rasa, mungkin ayah dan ibu ada untuk meluahkan apa yang tersirat di hati, dan anak-anak serta teman untuk ketawa bersama. Tetapi secara totalnya, hanya diri kita yang merasai nikmat kebahagiaan atau jerih keperitan pengalaman itu. Hanya diri kita yang mampu meluahkan ekpresi di dalam hati kita. Dan itulah yang aku cuba sampaikan di dalam novel terbaruku ini.
Lalu kenapa Cinderella Cinta?
Aku tidak memilih Cinta Cinderella atau Kisah Cinta Cinderella atau yang seumpamanya kerana aku tidak mahu menyamakan Mia dengan Cinderella. Mia bukan Cinderella. Tetapi Mia adalah lambang cinta itu sendiri. Lambang cinta yang terseksa di dalam mencari kebahagiaan. Sama ada dia berjaya atau tidak di dalam pencariannya, segala-galanya akan terjawab di dalam buku itu.
Sukar?
Ya, aku terpaksa mengakui bahawa proses menulis dengan menggunakan satu watak itu cukup mengujakan minda. Aku terpaksa melakukan sesuatu yang dapat membuatkan pembaca terpesona dengan watak Mia sehingga ke akhirnya. Dan itulah cabaran yang terpaksa aku lalui untuk menyudahkan cerita Mia ini. Tetapi aku berpuas hati kerana dapat menyelesaikan sebuah cerita yang sukar ini.
HEI! APAKAH YANG LEBIH SUKAR DARI MENYELAMI HATI SEORANG WANITA?

6 Comments:
« back home
Catat Ulasansuka dengan tajuk cinderella cinta ni..
Terima kasih kerana turunkan tandatangan mahal john atas buku CC saya. Tapi tak sempat lagi nak baca walaupun keinginan dah berkobar-kobar
Lyn..
terima kasih... hehe.. tajuk di ambil kerana pada saya ia lebih kuat dari Cinta Cinderella

Em,
Saya rasa lagi bangga kerana Em sanggup datang ke pesta buku untuk dapatkan tandatangan pada buku cinderella cinta...
Macam tukang masak la.. suka bila masakan yang di masaknya disukai orang lain :)

John!
Aku dah baca buku Cinderela Cinta ko! Best! Tertarik dengan ketabahan Mia tu! Syabas!!!

Orang RJ yang mana ni ek? Belakang tabir ke? Anyway, terima kasih kerana suka dengan Cinderella Cinta! :)