Pesta Buku KL 2007
Isnin, Mei 07, 2007
Seminggu yang lalu aku berada di ibu kota Kuala Lumpur untuk mempromosikan buku terbaruku, Cinderella Cinta (29 April 2007) di Pesta Buku Antara Bangsa KL. Ah! Banyak kenangan manis di sana, apatah lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan penulis yang lain seperti Nass Alina Noah, Najwa Aiman, Ujang dan Noor Juliana. Ralat juga bila tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Ebriza, Zaliza Mas dan beberapa orang yang lain.
Tak mengapalah, Insya Allah jika diizinkan yang Esa, kita bakal bertemu di lain kesempatan nanti.
Dan aku juga cukup gembira kerana dapat bertemu dengan mereka yang selama ini menyokong perjalanan karier ku sebagai seorang penulis. Kak Wan Amalyn! Terima kasih kerana sudah dua kali datang semata-mata untuk membeli buku yang ditandatangan!! (Tahun lepas, kak Wan pun datang untuk membeli Tunjukkan Aku Satu Bintang yang ditanda tangan). Dan kemudian kak Noor, Kak Nora, Pink Jambu, DreamCatcher, Haliza, Ain dan banyak lagi yang aku sudah terlupa namanya. Maafkan aku tetapi aku benar-benar berasa berbangga kerana dapat bertemu dengan kalian semua!! SUNGGUH!!!
Oh! Ya.. sebelum aku terlupa... Aku juga telah bersua muka dengan Carrie Kirana, pengulas blog yang tersohor itu. Aduh malunya.... bila aku tidak perasaan cik Carrie yang tersenyum manis dan dengan selambanya memberitahu aku untuk menulis nama di dalam buku sebagai Rin atau Carrie Kirana. Ah! Aku terkena! Aku terkena! Harap-harap dia akan memberikan ulasan yang positif untuk Cinderella Cinta! Hehehehe...
Ah! Ini yang membuatkan aku teruja untuk terus menyiapkan projek novel seterusnya, Garis-Garis Deja vu. Semoga kalian semua tetap menyokong perjalanan seni ku sehingga ke akhir hayat! Terima kasih semua!

10 Comments:
Tak per.. nanti jumpa gak ngan si ebriza nih!
Hehehe.. mintak buku tu dapat disiapkan bulan 6 atau 7 nanti so dapatlah dikeluarkan tahun ni jugak...

Assalammualaikum ...
Yuhuu ... jangan aa kak wan, saya tak seberapa ler. hehehe ... insyaallah, kalau diperkenankan kita akan bertemu tahun depan. Oh ye JN, saya dah beli novel CC awak, tapi sayang tak dapat signature. Saya suruh Sufi beli dulu sebb nak signature tp dia bz aarr. Apa nak buat. Tak sabar nak baca CC. Tunggu aaa..
~ebriza~

Laaaa.. awat tak bagitau pada saya ari tu.. bole saya tinggalkan satu copy yang dah tandatangan untuk ebriza pada sufi sebab dier ada masa sessi saya ari tu...
Erm... takper insya Allah jumpa jugak nnati tahun depan :)

Saya terlupa. Lagipun dalam keadaan kelam kabut tak tahu nak contact macam mana. F ada nombornya lain ler. Tak pelah,saya tunggu Cinta Dlm Sepotong Keju plak.
~ebriza~
~ebriza~
Ebriza,
Cinta dalam sepotong keju kena perap la.. hehehe.. kekeringan idea untuk dikembangkan..
tapi saya tengah buat novel yang baru.. tajuknya GARIS-GARIS DEJA VU :)

Oh Ya.. tak da aral Cinta Keju tu untuk pesta buku akan datang la
carrie dengan Rin sama ke?
To anonymous atau adakah itu Carrie Kirana? hehehe
Erk.. sebenarnya lupa lak nama yang Carrie beri masa jumpa tu.. tapi lebih kurang sama la :)

Salam John...
Baru hari nih Carrie dapat menjenguk...Tgh baca Cinderella Cinta ( belum habis lagi ).*jeling kat susunan buku yg sgt tinggi kat meja itu*. Nama sebenar Carrie bukan Rin. hehehe. John dah lupa lah tuh ...Selamat Carrie.

kak wan lagi terharu sebab John masih ingat akan kak wan... :D
Jgn jeles... kak wan dah jumpa in person ngan cik Ebriza kita yang kecil molek + ceria tu..!! :)
uiks ada buku baru lagi...?? ni project utk tahun ni ke atau tahun depan..?? *masuk duit dlm tabung rimau utk beli buku John yg akan dtg* :p