Tanggungjawab seorang penulis
Isnin, Mei 21, 2007
Hujung minggu yang lalu, aku menghabiskan sebuah buku bertajuk ‘A Short History of Myth’, karya Karen Armstrong. Ia adalah buku yang menjejak sejarah manusia (dari zaman Paleolitik (2000-8000 BCE) hinggalah ke zaman globalisasi sekarang ini) tentang mitos dan agama yang menjadikan manusia itu berbeza dari makhluk yang lain.
Dan aku benar-benar teruja dengan apa yang ditulisnya lebih-lebih lagi tentang peranan seorang penulis - tidak kira apa jenis novel yang ditulisnya. Berikut adalah terjemahan bebas beberapa perenggan daripada buku beliau. (untuk keterangan buku beliau klik di sini)
...pengalaman (bila seseorang itu) membaca novel mempunyai kualiti sama seperti sentimen mitologi tradisional. Ia boleh dilihat sebagai muhasabah diri. Pembaca (novel) terpaksa hidup bersama novel (sewaktu proses pembacaan) selama berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu. Ia (pembacaan novel) membawa pembaca ke satu dunia lain, yang selari tetapi tidak sama dengan kehidupan seharian mereka.... Novel yang berkesan boleh menjadi sesuatu yang penting di dalam kehidupan kita, lama selepas kita menghabiskan buku ini. (m/s 154)
Jika ia (novel) ditulis dan dibaca dengan niat yang benar, sebuah novel, seperti mitos dan karya-karya seni yang hebat, boleh menjadi penggerak untuk membantu kita melalui kehidupan yang memeritkan dari satu fasa, dari satu pemikiran, ke arah yang lain (yang lebih baik).
Sebuah novel, seperti mitos, mengajar kita (manusia) untuk melihat dunia di dalam persepsi yang berbeza; Ia menunjukkan kita (manusia) bagaimana melihat ke dalam hati dan memerhatikan keadaan sekeliling dari perspektif yang bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Jika pemimpin agama profesional tidak dapat memimpin kita di dalam kepercayaan lama (dan amalan turun temurun), ahli seni dan penulis-penulis kreatif MUNGKIN dapat menunjukkan jalan dan membawa sesuatu yang segar di dalam dunia (hari ini) yang sudah jauh tersesat dan berantakan. (m/s 155)
Nah! Apa lagi penulis-penulis (dan penggemar novel) di Malaysia? Jadikan karya-karya anda sebagai sesuatu yang berguna dan menjadi pembimbing masyarakat kita!

5 Comments:
salam JN, wat kunjungan balas, sebenarnya kita selalu je singgah kat sini tp tak tinggal jejak, cuma tinggal tapak kasut tinggi kakmOn je :p
semoga JN dan semua penulis yg lain akn dpt mendidik dan terus mendidik dlm tulisan2 seterusnya..
psssttt bole kasi turun nama sunshine tu kat bawah tak??? *muka merona merah celak 50sen*
salam ukhuwah dari kakmOn

Insya Allah KakMon.. :)
Eh.. naper plak nak turunkan nama kat tepi tu.. okla tu :)

Setakat ni sy blm terbaca lagi novel2 kreatif yg berunsur negatif. Unsur2 nasihat/agama mmg patut dititik-beratkan dlm setiap karya kreatif, supaya 'penchenta novel' cam sy ni akan terus berada di landasan yg betul. Kredit juga utk En John krn byk menyelitkan unsur2 pengajaran/kemanusiaan dlm penulisan :)
Terima kasih Lara. Insya Allah selagi Allah mengizinkan saya untuk terus menulis, saya akan cuba memasukkan pengajaran di dalam novel2 saya
Kesimpulannya penulis nvl kena lah bertanggungjawab di atas apa yang mereka tulis.