Ulasan buku Cinderela Cinta
Rabu, Mei 16, 2007

Ulasan dari saudari Noor Juliana Mohd Nor, penulis novel WAJAH KEKASIH. Aku rasa jika ada orang yang bertanya 'boleh ceritakan tak serba sedikit tentang Cinderella Cinta?', maka aku dengan berbangganya akan menyuruh orang itu untuk membaca ulasan ini. Terima kasih tidak terhingga Ju/Cik Nasya. Sekarang cuma tinggal Chempaka biru sahaja yang masih lagi belum melunaskan "HUTANG"nya. HuHuHu...
CINDERELLA CINTA BOLEH DI DAPATI SECARA ONLINE DI LAMAN CREATIVE UNTUK EDISI PRA CETAK DAN AKAN BERADA DI PASARAN SECARA RASMI PADA BULAN JULAI NANTI!!
Ikutilah ulasan beliau...
Pelabuhan Dover menjadi saksi ikrar cinta agung Lara Mia dan Edri...
Pelabuhan Dover juga menjadi azimat kecekalan cinta Lara Mia yang hilang...
Dan...
Pelabuhan Dover juga menjadi nisan cinta suci yang bersemadi tanpa makam...
Bumi England menemukan mereka. Mengalun lagu rindu, menganyam permaidani cinta, menyulam janji di hati. Percintaan mereka bukanlah satu dongengan. Kasih yang mereka semai bukan untuk main-main. Andai mati, biar mati bersama.
Lara Mia dan Edri.
Mereka ibarat Uda dan Dara.
Boleh jua dikatakan seperti Romeo dan Juliet.
Atau juga Laila dan Majnun.
Namun kisah cinta mereka tiada penghalang! Cinta mereka terlerai bukan kerana tiada restu! Cinta mereka berkubur kerana janji dimungkiri!
Pemergian Edri ke bumi Pakistan meninggalkan coretan luka di dalam diari hidup Lara Mia. Pemergian tanpa pesan. Tiada kata-kata terakhir. Yang ada hanyalah tanda tanya. Seribu satu persoalan yang bersarang tanpa jawapan.
Tindakan Edri membuahkan sengsara kepada Lara Mia. Victor hadir menghulurkan kembali bahu untuk Lara Mia menangis. Masih menagih cinta yang bertepuk sebelah tangan, Victor sabar menanti sehingga pintu cinta Lara Mia terbuka untuknya. Cinta ditolak bukan bererti tiada peluang, cuma mungkin belum tiba masanya lagi untuk benih cinta bercambah. Biar dia terluka, asalkan Lara Mia bisa tersenyum kembali...
Langit Pakistan sekali lagi menyaksikan kecekalan Lara Mia. Menyertai rombongan Mercy Manchester bersama Victor, Maimoon dan Mohammad; Lara Mia menyimpan harapan yang menggunung untuk bertemu kembali dengan kekasih hati di negara itu.
Di bumi itulah, Lara Mia bertemu Salimullah dan Fatimah dalam usaha untuk membela nasib rakyat Thalkot. Harapan Lara Mia agar nasib kaum wanita di tanah Thalkot berubah (selain dari merubah nasib dirinya dan cintanya sendiri!).
Bermusim di Thalkot, wajah Edri masih segar di dalam ingatan Lara Mia. Namun mengapa jawapan semakin kelam? Satu persatu soalan hanya jatuh berguguran tanpa dijawab. Derita semakin parah, luka semakin mendalam. Ke mana menghilang arjuna hatinya? Bukankah Edri ke Pakistan untuk membantu rakyat di sana sejak dua tahun yang lalu?
Kepada Ona derita dikongsi bersama. Kepada Ona segala calitan hidup diberitakan. Mengapa masih juga belum ketemu orang yang dirindu? Mengapa terlalu payah untuk dia mengutip kembali serpihan cinta yang tinggal?
Pertemuan dengan Babar Yousofzai semakin merumitkan pencariannya. Langkah Lara Mia semakin tersekat. Antara pengorbanan yang harus diberi demi untuk mencari kembali kekasih hati yang hilang atau mengalah pada ugutan lalu terus meratap nasib rakyat Thalkot yang tidak akan berubah, Lara Mia terduduk mencari jawapan.
Zubeidah hadir merungkai segala-galanya. Episod hidup Zubeidah yang lara mendesahkan nafas lega di dalam pencarian Lara Mia. Zubeidah yang menjadi mangsa keadaan adalah punca segala rahsia terbongkar.
Dan sekali lagi...
Pelabuhan Dover menjadi hakim. Pengakhiran cinta yang kecundang... adakah akan tercantum kembali? Janji manis yang mengharapkan kemaafan... adakah mungkin akan menjadi dendam yang terindah? Cinta yang bertepuk sebelah tangan... mungkinkah benih cinta sudah mula bertunas dan akan terus menguntum?
Segala-galanya tertunai di Pelabuhan Dover...
Cinderella Cinta yang bahagiakah Lara Mia?
Atau... Cinderella Cinta yang merana kerana cinta?
Masih lagi... Pelabuhan Dover masih teguh untuk mengungkap segala persoalan...
19 Comments:
« back home
Catat Ulasanhehehe... tx ek JN sudi letakkan my review kt dlm blog nih... harap2 menepati citarasa... segan lak bl tgk ulasan tu ada kt sini.... hehehe... so pasni xyahlah susah2 nk citer lagik kt seme org kan? suruh je masuk kt blog utk baca...
Ju ... KIta tgh membaca CC ni tapi tak abis lagi tapikita tak pandai beri review macam awak dan Pu3 ...
Mmg best citer dia n mampu menggamit kesedihan di dalam hati kerana sesekali terasa diri kita pulak dlm diri Lara Mia. (Wah Gitu!)
~ebriza~
Mmg best citer dia n mampu menggamit kesedihan di dalam hati kerana sesekali terasa diri kita pulak dlm diri Lara Mia. (Wah Gitu!)
~ebriza~
Ju..
Huhu betol tu! Nak kena print satu copy dan bawak ke mana.. lepas ni tak sabar nak tunggu review dari pu3 plak.. cik ebriza kiter pun nnti nk bagi feedback kan? *kenyit mata* - dun wori nnti kiter pun nak review Kau yang tak mengerti tu.. tapi takla sehebat Ju ni hehe
Ebriza...
Alhamdulillah... sukanyer bila mendengar feedback yang positif dari penulis yang terkenal.. rasa benar-benar bangga saya *senyum malu-malu kambing*

Memang ulasan yang bagus dari Juliana..
Lyn pun dah baca CC, benar-benar membuatkan Lyn teruja..
CC lain dari TASB - CC pantas menyelak keperitan demi keperitan yang dialami oleh Mia sehingga kita juga terasa keperitan itu
TASB pula lain - membuatkan kita seolah-olah berada di dunia Daniel, Jeslina dan Asnawi dengan perlahan tetapi tidak membosankan. Dunia yang buat kita menangis.
Apa pun, syabas pada JN.. Cinderella Cinta dan TASB (juga STS) merupakan novel melayu yang mengangkat standard novel2 di pasaran.

Lega saya dengar Lyn pon suka gak ngan CC!
Harapan JN ialah untuk buat novel yang bagus untuk semua pembaca. I hope i can do it for my next novel, GARIS-GARIS DEJAVU!!!
Harapan JN ialah untuk buat novel yang bagus untuk semua pembaca. I hope i can do it for my next novel, GARIS-GARIS DEJAVU!!!
bunyinya seperti berat novel ini...entahlah sejak akhir2 ini cukup suka membaca novel berat. Nantilah Ria akan dapatkan satu copy novel John ni. errr....John mmg ada pengalaman pergi kat tempat2 tu or byk buat research?
Ria novel ni berat dengan tema kemanusiaan dan tolong menolong di antara satu sama lain. Namun ia juga bukanlah novel yang terlalu berat sehingga remaja tidak dapat memahaminya.
JN cuba balancekan di antara pembaca yang suka novel berat dan juga pembaca yang suka dengan novel ringan.
Apa yang JN cuba tekankan di dalam Cinderella Cinta ialah bagaimana ketabahan seorang wanita itu dapat merobohkan segala ancaman yang datang kepadanya, sama ada mainan hati atau ujian fizikal, tidak menjadi halangan kepada Mia spt kata peribahasa tangan yang menggoncang buai tu boleh menggoncang dunia.
Lara Mia adalah seorang wanita yang cuba mengembalikan cinta yang hilang tetapi terpaksa berhadapan dengan segala macam pancaroba. Dan dia menjadi matang dan mulai memahami maksud cinta itu sendiri.
Terseliuh otak cuba untuk menyelami hati dan perasaan wanita untuk novel ni

lupa lak nak beritahu Ria,
Sebenarnya JN gabungkan kedua-duanya - pengalaman sendiri dan juga buat research.
Seperti kehidupan puak Pashtun di Thalkot, itu cuma research sahaja walaupun JN juga penah pergi ke Bunair dan Thalkot suatu masa dahulu....

JN,
Tak yah ler cakap kita ni penulis terkenal. Mana ada terkenalnya ... tak rasa pun. Masih ramai yg tak mengenali diriku ini.
Seronoknya dapat merantau negeri org. Blh muatkan dlm novel. Kita nk cuba korek balik negeri yg pernah kita lawat suatu waktu dahulu.

tahniah JN. saya mengagumi dan berbangga dgn setiap hasil tulisan saudara. semoga satu hari nanti saya akan dpt mengikut jejak langkah saudara (menjadi novelis).
Samsiah,
Terima kasih saya rasa benar-benar bersyukur kerana pembaca dapat menerima buku-buku saya selama ini.
Insya Allah, berkat dengan usaha dan kesungguhan saya doakan semoga anda juga akan menjadi seorang novelis.

Anonymous,
Tulislah... misti best! Lps tu kan semua kenangan yang manis teringat-ingat hingga buat kita tersenyum sendiri.
Tulislah... misti best! Lps tu kan semua kenangan yang manis teringat-ingat hingga buat kita tersenyum sendiri.
Amboi dari ulasan Ju, rasa cam tak sabar nak baca CC... rasa cam nak pi rembat je kat kedai buku maniam tu, ghase duit dalam tabung gajah tu cukup kot..hehehehehe apa pun, satu tema yang cantik di garap indah mencetuskan satu plot baru yang tidak akan membosan pembaca.... keep work Brother....
Chempaka biru,
Thank you sister *kenyit mata*
Takper.. tunggu aje abang posmen yang ganteng datang hari ini.. ada sesuatu untukmu.. huhuhu
Thank you sister *kenyit mata*
Takper.. tunggu aje abang posmen yang ganteng datang hari ini.. ada sesuatu untukmu.. huhuhu
la tak surprise lagi lah sebab hang dah habaq.... hahaahhahaa apa pun terima kasih lah banyak-banyak.. aku amat menghargainya.... terharu tul rasanya....
untung jika kita ada pengalaman ya john...anyway Ria nak cari novel ni nanti...menarik bunyinya...
John pun nak cari novel Ria dengan nor ash burn minggu ni! tak sabar pula nak baca buku penulis novel yang dh kenal dan dh jadi rakan internet pula :)
John...
FYI kak wan baru je abis bc CC... & kak wan rasa cam nak ketuk2 je budak nama John Norafizan ni...!!! sbb apa..?? nanti kak wan fikir dulu...!!! hehehe
FYI kak wan baru je abis bc CC... & kak wan rasa cam nak ketuk2 je budak nama John Norafizan ni...!!! sbb apa..?? nanti kak wan fikir dulu...!!! hehehe
Kak Wan hehehee...
Nape plak... tak sabo nak dengar review dari k wan heheheheheh
Nape plak... tak sabo nak dengar review dari k wan heheheheheh