Buku yang dibaca?

Isnin, Jun 11, 2007

Lima buku yang aku baca sepanjang minggu lepas:

The Mistress of spices – Chitra Banerjee Divakaruni

Komen ku: Setiap baris-baris katanya bagai puisi yang mendesah rasa. Buat aku terpaku dan meronta untuk membacanya sehingga ke ayat yang terakhir.

Kau yang tak mengerti – Ebriza aminnudin

Komen ku: Elemen emosi (sedih dan komedi) diadun dengan baik. Bacaan semi santai tetapi kadang-kadang buat aku terfikir tentang kehidupan. Aku harap teman ku ini akan menulis di dalam genre sebegini untuk novel-novelnya yang akan datang.

1515 – Faisal Tehrani

Komen ku: Aku tahu ada kalanya komen penulis ini tentang penulisan kreatif (dibaca popular) begitu menyinggung perasaan. Tetapi karya 1515 jujur dan penuh semangat diri. Aku hormat pada karyanya.

The last voyage of Columbus –Martin Dugard

Komen ku: Ketika aku menonton Pirates of the Carribean 3: At world’s end, aku ingin menjadi seorang lanun. Tetapi bila membaca semangat waja yang harus ada pada seorang pelayar, aku rasa lebih baik aku menghunus mata pena dari mata pedang! Satu bacaan yang baik jika anda mahu mengenali tentang orang pertama yang menjumpai benua Amerika.

The Renaissance – Paul Johnson.

Komen ku: Aku menguap berkali-kali mahu menghabiskan buku yang satu ini. Tapi di muka surat 63 aku terpaksa mengaku kalah dan menutup buku ini dengan jengkel. Seolah-olah seperti membaca buku tesis pensyarah ketika di universiti dahulu (hehe!). Oh! Ya, ini adalah cerita sejarah tentang perkembangan pemikiran moden yang melanda Eropah pada kurun lima belas dan enam belas.

Buku-buku lain yang sudah dibaca:

Wild Sheep Chase – Haruki Murakami

Samurai Williams (History of Adventurer who unlocked Japan) – Giles Milton

Kembar Artakus – Ahmad Patria Abdullah

Jonathan Strage and Mr. Norrel – Susanna Clarke

Never let me go – Kazuo Ishiguro

Warisan – A. Talib Hassan

Megalomania – Fatin nilam sari

Masnawi – sufi Jalaluddin Al Rumi

History of God (Judaism, Christianity and Islam) – Karen Armstrong

I am Muslim – Dina Zaman

Madras on rainy days – Samima Ali (dan banyak lagi… uh! Uh! Terlalu banyak (!) yang tidak dapat disenaraikan di sini)

Nah! Lima buku yang dibaca minggu ini… Oopps! Hehehe… empat buah buku sebenarnya. Aku telah beritahu serba sedikit buku-buku yang aku baca ketika waktu senggang ku (selain dari menulis- nah! Kak Wan dah tahu pun apa yang JN baca kan? huhu!). Mungkin kalian juga dapat berkongsi buku apakah yang dibaca di dalam tempoh seminggu ini.

 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 7:45 PG, |

12 Comments:

  At 9:06 PG Anonymous Tanpa Nama said:
wow..4 buku seminggu?! syabas! minggu ni saya cuma baca Pudarnya Pesona Cleopatra. Rasanya dah tak boleh nak kembali ke zaman kegemilangan 4 buku seminggu
  At 9:10 PG Blogger Unknown said:
wah! hebatnya JN blh baca 4 novel seminggu. anyway ria mmg teringin nak baca the mistress of spice tu. macam best je cerita dia. errr...JN pernah baca Ramses the damned oleh Anne Rice tak? kalau belum cubalah cari. kisahnya menarik.
EM,
Hehe, saya pon terkial-kial nak menghabiskannya, untungla sekarang ni saya cuba mendisiplinkan diri untuk menghabiskan masa di hadapan TV, itu yang baru ada masa...

Tapi tak tahulah bila dah kawen nanti. huhuhu...

Seriaira,
Oh! Betul ke. Saya memang baca karya-karya Anne Rice especially vampire chronicels, banyak yang mencabar akal dan konsep ketuhanan di dalam novelnya, huhuhu. Insya Allah saya akan cuba mencarinya nanti.
Oops...lupa plak!

Mistress of spice dalam buku lebih magik dari filem adaptasi yang dilakonkan oleh Ashwarya Rai tu.

Satu lagi, watak tu sepatutnya tua, ini tidak, ashwarya Rai tu cun melecun! mana bole.... huhuhu. Cubalah ira dapatkannya.
  At 10:21 PG Blogger Nashya said:
halamak john...
klu watak MoS yg difilemkan tu watak org tua, rasanya citer tu xleh meletup hahahaha...

citer tu mmg best! spirit of the spices tu rasanya mmg ada klu kita betul2 'berkomunikasi' ngn 'dia'...

almost finish Dina Zaman n will start with Duong Thu Huong soon hehehe...
Tapi kan Nasya,
Kalu ashwarya rai di solek tua, hanya pada penghujung dijadikan muda... kan lebih ada ummphnye!

Nanti bagi komen untuk buku Duong thu hong tu ye!
huh 4 buah..?? wow..!! so impressive!! kakWan minggu ni cuma sempat baca 1 je Tesa by Marga T.
  At 10:56 PG Anonymous Tanpa Nama said:
JN.. sepanjang minggu lepas sy sibuk bc bk kanak2.. sj nk tukar selera.. dn smlm sy g library, pinjam lg bk kanak2.. pakai kad pinjam sy dn kad bberapa ahli keluarga yg lain.. adalah dekat 20 buah bk sy pinjam kesemuanya! seronok ler bc.. lg2 yg byk gambar berwarna. *nyum2 selamba*
Kak Wan,
Alhamdulillah, dapat mencuri-curi sedikit masa di sana sini :)

Nor ash burn,
wow! 20 buku, bile nak habis tu? saya pon sebenarnyer minat baca dan juga berkeinginan menulis buku cerita kanak-kanak seperti siri lima penyiasat tu.
  At 1:13 PTG Anonymous Tanpa Nama said:
JN.. cubalah buat. sy rasa menulis bk kanak2 dlm bahasa Melayu nie lebih mencabar berbanding nvl remaja. tak ramai yg mampu buat sehingga meraih minat pembc cilik mahu pun dewasa seperti kita.. nvl kanak2 dlm bahasa Melayu yg ada dlm simpanan sy cumalah nvl kanak2 tulisan MATLOB..
Insya Allah nor ash burn,
mungkin selepas deja vu kot.
minggu lepas aku baca kamus Dewan Edisi 3, dan juga buku panduan telefon nak cari nombor hotel... haa... baru dua buku.

Lepas ni nak cari buku peta yang tunjukkan laluan yang TAKKAN bawa aku ke terowong SMART.