Melankoli rindu
Ramai yang bertanya kepada ku. Kenapa aku gemar menggunakan kota lama Manchester sebagai latar belakang penceritaan ku. Mungkin untuk novel ketiga ku, Cinderella Cinta aku banyak bermain emosi dengan Thalkot, tetapi aku masih lagi tidak melupakan kota tua di tengah-tengah bumi England itu.
Ada Manchester pada SEMPADAN TANPA SERI.
Masih dengan Manchester melalui TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG.
Dan masih lagi bersamanya dalam CINDERELLA CINTA!
Aku tersenyum. Mereka tidak tahu betapa kota itu banyak menyimpan kenangan buat ku. Seribu kenangan yang tidak mungkin terhakis di dalam waktu yang semakin berlari jauh ke hadapan. Mereka tidak tahu. Mereka tidak tahu.
Aku dan Kota Manchester bagai bertaup di dalam satu nafas yang sama. Melihat dengan pandangan yang satu. Dengan mata hati yang tidak berpaksi pada arah yang berbeza.
Satu.
Dan sama.
Ah! Bagaimana engkau dapat menghilangkan kenangan bila kenangan itu mengulit setiap mimpi mu di malam-malam yang dingin dan sepi? Mengekori dan mengintip engkau pada setiap detik yang berlalu?
Engkau tidak mungkin akan dapat melupakannya!
Di bawah jalan-jalan batu yang basah dengan salji yang mencair, di lorong-lorong beku, di antara bangunan-bangunan baru yang megah berdiri dan tinggalan-tinggalan kosong, aku masih dapat mendengar derap kaki ku di situ!
Manchester adalah tempat jatuh dan bangun ku. Tempat mengenal dunia dan cinta pertama. Tempat rindu yang tidak pernah pudar. Tempat pencarian diri.
Aku tidak tahu bila lagi akan ke sana. Tetapi suatu hari nanti, suatu hari nanti (dan dengan janji yang pasti) aku tahu bahawa aku akan dapat mendakap kota tua itu sekali lagi dengan tangan ini. Melihat manusia-manusia di dalamnya yang bertali arus dengan tujuan masing-masing yang berbeza. Menghirup udara segar tatkala bunga-bunga Dandelion terbang berserakan ke empat penjuru alam. Dan berdiri di tanahnya dengan senyuman rindu – bahawa aku akhirnya berjaya kembali ke bumi itu.
Manchester. Suatu hari nanti kita pasti akan bersatu kembali. Dan mungkin aku akan terus menetap di situ, menunggunya sehingga nafas terakhir ini pergi.
Rindu akan bersatu kembali.
Cinta akan berbunga lagi...
7 Comments:
Huhuhu, tempat mengukir kenangan ni memang payah nak dilupakan. Cuba-cuba pong masih tak belh lagi hehehehe!
norash burn,
Hehehe *muka merah* janganla cakap kuat-kuat ahaks!
Psst ... jgn kerap2 sangat, nanti semua org tahu. ;)
~ebriza~
Oh! Awak ketawakan saya ye? hehe.. Insya Allah, untuk di deja vu saya akan cuba menyelongkar bumi Jordan pula.
Azeel,
Terima kasih di atas review anda. Buat saya makin bersemangat nak siapkan novel baru ni.
najwa,
Insya Allah, nanti aku buat citer Felda Ulu Tiram.. hehehe