"Tagline" Deja vu, lepas tu aku kena tag!!! Cheh!
Tagline (maafkan aku, aku tidak tahu terjemahannya di dalam bahasa Melayu… oh! Bahasa Malaysia!!!) adalah frasa pendek di kulit muka sesebuah buku. Tidak terlalu panjang. Mungkin tidak terlalu pendek. Ia hanya sekadar sebagai imbasan kepada isi di dalam buku itu.
Tetapi tagline juga dapat memberikan pembaca sedikit gambaran tentang apa yang bakal mereka jumpa di dalam novel itu. Pemanis mulut untuk juadah berat yang membuka selera.
Tagline untuk ketiga-tiga buku ku adalah seperti berikut:
Sempadan tanpa seri:
Mereka terperangkap di dalam sejarah... terpenjara dalam cinta terlarang
Tunjukkan aku satu bintang:
Untuk sebuah cinta, aku sanggup menghadapi seribu luka
Cinderella cinta:
Hidup ini adalah rindu yang tak bertepian
Aku sedang mencari-cari apakah tagline yang sesuai untuk buku keempat ku, Garis-garis deja vu. Sememangnya buat masa sekarang, aku tidak dapat memberitahu kalian tentang sinopsis cerita ini. Cukuplah ku beritahu buat masa ini, bahawa ia adalah pengembaraan mistik dan cinta untuk mencari bahagia yang didukung oleh empat watak – seorang lelaki dewasa, dua orang wanita dan seorang kanak-kanak di tiga negara yang berbeza; Malaysia, England dan Jordan.
Nah inilah yang ku fikirkan,
Pilihan:
- Bagaimana mencintai orang yang tidak kau cintai?
- Akan ku cari engkau hingga ke hujung dunia
- Ku cari luka buat merawat bahagia
Tetapi aku tidak tahu, mungkin nanti aku tidak akan menggunakan terus tagline ini, mungkin aku akan mendapat tagline yang lebih baik dari ini...
Rupa-rupanya memang betul pun aku mendapat tagline yang lebih baik!!! Aku ditag oleh Kak Wan dan harus bercerita tentang bunga.
OKla, aku meminati bunga ini, Dandelion (lihat gambar). Kuning macam bunga matahari yang Kak Wan minat tu. Aku suka sebab bila bunga ni mati, dia akan mengeluarkan biji benih seperti kapas yang melayang-layang di udara. Macam bidadari. Macam salji. Keterangan lanjut boleh di dapati di sini.
OK la, aku ingat aku nak tag penulis-penulis ni.
2. Lily Haslina
3. Nor ash burn
4. Manjlara
5. Azira
6. Najwa Aiman
Aku harap mereka akan mengetag orang lain gak. huhuhu
12 Comments:
P/s - En JN, tesipu2 sy dibuatnye bila nama sy digandingkan ngan penulis2 novel tersohor kat 'tag pasal bunga' tuh, sy ni penulis blog jer, bukan penulis novel pun uhuhu...
takpe.. takpe... nanti aku citerkan pasal bunga kat Khayal...
nak kena imagine bercinta balik nih.. mesti spesis bunga tumbuhan ke? Bunga tayar tak boleh?
Terima kasih. Insya Allah, pengembaraan cinta mistik ini tidak akan mengecewakan. Saya juga memang suka dengan tagline 1 tu.
Manjlara,
Penulis blog pong penulis gak *tersenyum-senyum*
Najwa Aiman,
Hahaha, aku tau hang kan mat bunga, bro! hehehe.. Anto posting pasal bunga! jangan tak anto!
huhuhu jangan salahkan kakWan... salahkan permainan ini...!!
tagline... kakWan suka yg no#1: Bagaimana mencintai orang yang tidak kau cintai? - bagaimana yea perasaannya..?? so mysterious..!! jadi tak sabar la pulak nak tunggu buku ini..!!
dlm ramai2 org... napa lah nama shya jugak yg termuncul kt situ, mr john???
shya ni bkn minah bunga... shya ni minah kek.. hahaha...
tunggu sat noo.. kena pikiaq sket bunga hapa nk kena letak kt blog...
nti dh siap shya kstau ekkk...
Org pun kena gak ler dengan tag ni walaupun bukan JN yg tag tapi Kak Wan tu haaa ...
JN, Saya pun pilih Tag Line No:1 sebab saya memang suka cite tentang dunia mistik. Mencabar dan ... Entah, tak tau nak hurai macam mana. Hehehe
~ebriza~
hehehe... sebenarnyer kalu kakwan tak tak tag ebriza, JN yang akan tag! heheheh...
Wah! Nampaknyer semua orang suka Tagline no. 1... nanti kena bagitau kak Nida (my editor) huhuhu
Lambat menyahut kat sini sebab tak berapa sihat...
Saya suka tagline no 1 satu.. yg dua lagi tu mcm biasa biasa aje.
bunga? oh perempuan sama ada yg suka bunga atau mungkin yg kata tak suka bunga, tapi kalau sesekali dihadiahkan dengan bunga agak saya mesti berbesar hati! tapi usahle bunga plastik..
Nanti kalu dah sembuh, boleh buat posting pasal bunga nanti hehehe
saya suka point #1 'Bagaimana mencintai orang yang tidak kau cintai' ala2 mysterious gitu'
aku suka pengembaraan cinta sebegini. dan bukan sesuatu yang mudah untuk buat seorang insan mencintai orang yang belum lagi dicintainya.