Adaptasi: Mengimbas Cinderella Cinta

Rabu, Julai 04, 2007
Mungkin ada yang pernah melihat filem arahan Spike Jonze "Adaptation' (2002) yang dibintangi oleh pelakon filem Nicholas Cage dan Meryl Streep dan skripnya yang ditulis oleh Charlie Kauffman. Pada tahun itu (2002) ia memenangi anugerah berprestij Oscar di dalam kategori pembantu lelaki terbaik dan Nicholas Cage, Meryl Streep dan Charlie Kauffman sendiri menerima pencalonan untuk aktor terbaik, aktress terbaik, skrip dan lakon layar terbaik.

Ia mengisahkan tentang penulis skrip bernama Charlie Kauffman yang menghadapi krisis di dalam penulisannya - buntu atau writer's block. Di dalam filem itu, Charlie Kauffman (di dalam filem ia dilakonkan oleh Nicholas Cage bukan Charlie Kauffman!) telah diminta untuk mengadaptasi sebuah buku tentang orkid (yang berjudul The Orchid's thief ditulis oleh Susan Orlean lakonan Meryl Streep) menjadi sebuah filem Hollywood.

Setelah membaca cerita tentang orkid, Charlie Kauffman menjadi keliru kerana dia tidak mahu merosakkan karya yang cantik itu menjadi filem Hollywood yang streotype - penuh dengan adengan aksi, kejar-mengejar, pembunuhan, tembak-menembak, atau sesuatu yang tidak masuk dek akal. Dia hanya mahu mempersembahkan cerita tentang orkid, tentang kehebatan bunga itu.

Selama lebih kurang satu jam setengah itu, penonton dipersembahkan dengan kehidupan Charlie kauffman yang menghadapi writers block, kehidupan kembarnya yang tidak pernah menulis (tetapi setelah pergi ke seminar penulisan oleh karektor yang memang wujud di alam nyata iaitu Robert McKee - pakar motivasi penulisan terkenal) kemudian menulis skrip yang diterima, dan kehidupan penulis buku The orchid thief sendiri, Susan Orlean yang merasakan ada yang kurang di dalam hidupnya.

Ahirnya, di atas desakan kembarnya, Charlie kauffman pergi juga menghadiri seminar Robert McKee. Di dalam satu babak, Charlie kauffman bertanya kepada Robert McKee bolehkah dia membuat filem yang tidak ada satu babak pun di mana watak-watak antagonis dan pratogonis bergaduh. Inilah jawapan Robert McKee:

Nothing happens in the world? Are you out of your fucking mind? People are murdered every day. There's genocide, war, corruption. Every fucking day, somewhere in the world, somebody sacrifices his life to save someone else. Every fucking day, someone, somewhere makes a conscious decision to destroy someone else. People find love, people lose it. For Christ's sake, a child watches her mother beaten to death on the steps of a church. Someone goes hungry. Somebody else betrays his best friend for a woman. If you can't find that stuff in life, then you, my friend, don't know crap about life. And why the FUCK are you wasting my two precious hours with your movie? I don't have any use for it. I don't have any bloody use for it.

Dan kemudian (atas desakan adik kembarnya) Charlie Kauffman mulai menjejaki Susan Orlean. Dari sini segala-galanya terungkai. Ada adengan kejar-mengejar, tembak menembak bunuh membunuh dan segala stereotype Hollywood. Charlie kauffman yang tidak mahu menulis sesuatu yang berbau hollywood terpaksa melalui adengan-adengan itu semua!

Filem ini penuh dengan ironis dan muhasabah ke dalam diri (terutama kepada golongan penulis tidak kira penulis skrip filem atau penulis novel). Terlebih lagi kepada penulis yang sedang berhadapan dengan writer's block (kebuntuan - seperti aku ini! hehe). Premis yang cukup mengujakan.

Secara jujurnya, premis filem inilah yang menjadi inspirasi kepada Cinderella Cinta. Tetapi aku harap kalian tidak tersalah sangka, bukan premis yang aku maksudkan itu meniru stereotaip Hollywood. BUKAN! BUKAN!

Tetapi yang aku maksudkan adalah cuba menceritakan sesuatu dengan seadilnya - Charlie Kauffman mahu bercerita tentang Orkid, sementara aku pula mahu meluahkan isi hatiku tentang CINTA....

Cinderella Cinta punya banyak monolog dan perkembangan satu watak sahaja. Berbanding dengan Tunjukkan Aku Satu Bintang atau Sempadan Tanpa Seri - Konflik yang terhasil digerakkan perlahan-lahan, sama seperti filem Adaptation sehinggalah mencapai klimaks nya. Namun bila sampai kepada saat itu, ia 'meletup' dan meninggalkan pembaca dengan kepuasan kerana mengenali setiap watak itu dengan seadilnya.

Itulah yang aku mahu lahirkan di dalam Cinderella Cinta. Dan aku harap kalian dapat menerima buah tangan terbaruku ini.

P/S: Untuk menjawab soalan K. Rin dan K. Anis, tidak - Garis-Garis DeJavu adalah sama sekali lain dari Cinderella Cinta. Ia lebih seperti Tunjukkan Aku Satu Bintang tetapi lebih misteri dan simbolik. Pengembaraan aneh.... he he he!

P/S: Sempena bulan Julai, bulan rasmi Cinderella berada di Pasaran, aku ingin meletakkan lagu tema untuk Cinderella Cinta, dari kumpulan Junction, ingat lagi tak?




 
Anyaman rasa John Norafizan pada waktu 8:47 PG, |

1 Comments:

http://news.yahoo.com/s/ap/20070711/ap_on_sc/ghost_orchid